Citer untuk post kali ni adalah kami nak share tips n persiapan untuk bercuti ke korea pada musim autumn. Sepanjang kami berada di korea selama 8 hari 7 malam (3 Nov hingga 10 Nov 2014), suhu di sana adalah antara 4 sehingga 16 darjah celcius. Sejuk yer u olls.. ada masa tu, kami sampai kene pakai sarung tangan sebab sejuk.
So, kat sini kami nak share tips n barangan yang u oll boleh bawak untuk bercuti ke korea pada musim autumn sebagai panduan u olls.
Senarai barang yang perlu di bawa untuk musim autumn di korea.
- Bawa sehelai baju sejuk atau trench coat dan sehelai sweater pun sudah mencukupi kerana berjalan kat sane dalam musim sejuk memang tak akan berpeluh.
- Sarung tangan
- Wet tissue untuk beristinjak sebab tandas di sana tiada paip atau hos untuk mencuci.
- Botol air juga perlu bawa untuk tujuan yang sama dengan number 3(boleh dibeli di sana).
- Ubat-ubatan (selsema, demam, dan penyakit lain yang berkaitan dengan diri anda) in case xtahan ngan suhu kat sane.
- Flanil atau minyak angin sebab kat sane akan banyak berjalan. so, kalau sakit otot, leh sapu minyak.
- Bawak gula-gula untuk kunyah2 time lapaq tetiba.
- Bawak la megi ke brahims ke, tuna ke roti ke tp jangan terover bawak pulak. Kastam leh lepas asalkan simpan dalam luggage. jangan bawak kat hand luggage, memang xlepas.
- Toilettaries. Kalau dok hotel, xyah bawak sebab hotel sediakan. Tapi kalau nak gunakan tanpa was-was, bawak sendiri.
- Hand n body lotion. Sangat penting untuk dibawa sebab musim autumn nih sejuk dan akan menyebabkan kulit kita menjadi sangat kering n mengelupas.
- Bawa cermin mata gelap sebab cahaya matahari sangat terik. tapi xpanas.
- Vaseline atau lip balm. supaya bibir sentiasa lembap. kalau x, nnt bibir leh kering dan pecah2.
- Stokin untuk pakai berjalan dan stokin untuk tido
- kasut bertutup. supaya dapat tahan sejuk. jangan pakai heels, takut xlarat jalan banyak nanti.
- international plug adapter. wajib bawa sebab di sana plug nyer berbeza dengan malaysia
- Extention plug. xwajib bawa, tapi kalau rase2 u olls banyak bende nak kene cas, sila la bawa :)
- kamera wajib bawa. Kalau bawak satu jer kamera, jangan lupa bawak bateri spare. sbb dalam cuaca sejuk, bateri cepat abih. n lagi satu sebab, kiter mesti akan amik gambar banyak punyer sbb pemandangan sane cantik. (percaya x, kami pi sane 8 hari 7 malam n gambar yang kami amik ader 5000++ keping.. heheh)
- telekung travel jangan lupa. Boleh juga solat menggunakan pakaian sedia ada tp pastikan ia cukup syarat menutup aurat.
Yang tidak perlu.
- longjohn. sangat tidak perlu.
- Mafla/Scarf pown tidak perlu
- xperlu aktifkan roaming untuk guna internet di sana sebab mahai. Free Wifi di sana merata-rata, so u olls leh main internet n share aktiviti korang. just on wifi.
- Snow cap.. topi berkait tuh.. xyah bawak..
- hot pack pown xperlu.
Persiapan
- kuatkan stamina sebab kat korea memang akan banyak berjalan, naik turun tangga dan panjat bukit.
- pastikan passport tamat tempohnya tidak kurang drpd 6 bulan.
- Tukar duit RM ke Won siap-siap di malaysia
- Bawa juga sedikit duit RM
- Aktifkan kat ATM anda supaya boleh digunakan di korea. In case emergency nak pakai duit lebih.
- Kalau anda memang pi sana untuk shopping, wat list n research siap-siap barang yang anda nak beli supaya nanti u oll da tau ape yang u olls nak.
- try research tempat-tempat yang u olls nak pergi supaya tau serba sedikit tempat tu.
- Research tentang tax refund. U olls kene tau kalau u olls shopping kat sane, u olls leh dapat tax refund.
- Money changer di sana ada merata-rata. kalau tetibe duit habih, leh tukar ngan diorg. :)
- Discount voucher. Untuk yang pergi ke korea untuk shopping cosmetic, ader website yang keluarkan discount voucher untuk u olls gunakan bila shopping di sana. U olls hanya perlu print out voucher tuh dan tunjukkan pada cashier semasa shopping. Tgk link bawah nih k. :)
Perkara yang u olls perlu tahu
- Kedai makanan halal banyak di itaewon.
- Kalau nak shopping makeup, leh pi kat myeongdong
- Kalau nak shopping souvenir n tshirt i love korea dan brooch yang murah leh pi kat namdaemun
- Kalau nak shopping coat leh pi kat Ewha Women University. Situ banyak coat yang cantik-cantik dan murah,
- Study basic korea, annyeonghaseyo( hello), Kamsahamnida( tq), eolmaeyo(how much), Kaka Juseyo (boleh bagi diskaun?) -lebih kepada nak shopping.. hehehe
- mereka akan tunjuk harga menggunakan kalkulator
- Confirm diorg akan cakap bahasa korea juga dengan kita walau kita tak pandai. Diorg akan gunakan body language sampai kiter paham. tp kita akan paham jugak nanti.. hehe.
- Terdapat individu yang memakai jaket berwarna merah, bertopi dan memakai tag di merata tempat. (xder amik gambar plak nak tunjuk, sorry yer) Mereka nih boleh bercakap dalam bahasa inggeris, so, kalau sesat atau nak pi tempat yang kita xtau boleh tanya diorg. diorg sangat membantu. Siap bg peta lagi utk memudahkan kita :)
- Kalau nak pi backpackers jer, apps Jihachul sangat membantu utk maklumat tentang subway.
- Sampai sane terus beli kad T-money utk digunakan bila naik bas, subway n nak beli brg kat convenience store pown boleh. :)
Tax Refund
Ramai pelancong malaysia yang tidak tahu bahawa kita boleh dapatkan tax refund kalau kita berbelanja di korea. So, i olls nak bg tau cara macam mana kita nak dapatkan tax refund ni k supaya u olls tau.
- Pastikan anda shopping di kedai yang mempunyai logo di atas ini untuk mendapatkan tax refund.
- Shopping sekurang-kurangnya 30,000 won di dalam satu resit
- Minta tax refund punya resit pada cashier
- mereka akan masukkan resit pembelian dan resit tax refund ke dalam sampul mengikut jenis tax refund iaitu sampul berwarna biru untuk global blue, berwarna jingga untuk Global tax free. Jangan campur adukkan kedua-dua jenis ini. Kumpul sampul ini sehingga u olls nak balik
- Selepas u olls habis shopping, malam terakhir anda di korea. Kumpulkan semua resit dalam satu jenis sampul mengikut warna. Jika anda ada 5 sampul warna jingga, ambil semua resit daripada sampul jingga tersebut dan masukkan dalam satu sampul jingga sahaja. Perkara yang sama dilakukan untuk sampul biru.
- Tulis segala details yang diperlukan dalam setiap resit tax refund dan juga sampul tax refund pada malam terakhir anda di korea supaya anda tidak kelam kabut semasa mendapatkan tax refund di airport nanti.
- pastikan barangan yang anda beli dan nak dapatkan tax refund tidak dibuka plastik sampulnya.
- letakkan barang yang anda beli dalam luggage sebab xboleh bawak dalam hand luggage.
- Di setiap sampul tax refund ada tunjuk lokasi untuk dapatkan tax refund di incheon airport. Anda boleh terus ke pegawai kastam untuk mendapatkan cop dan u olls akan diminta untuk buka luggage sebab mereka nak tengok barang tersebut. (masa kami pi, diorg xminta bukak beg, diorg terus bagi cop jer)
- Kemudian ada mesin di sebelah imigresen itu untuk kita scan resit pembelian kita di situ. Jangan risau sebab akan ada orang yang membantu kita untuk gunakan mesin itu, yang penting passport kene ader untuk diorg scan passport kita kat mesin tuh. kalau takde orang nak bantu, u olls leh select bahasa inggeris kat mesin itu dan ikut arahan yang diberikan,
- pastu u olls leh pi check in dan drop baggage u olls. nih masih belum dapat tax refund lagi tau.
- lepas check in, bila u olls da masuk boarding, kat dalam tu ader lagi mesin yang sama macam sebelah kastam tadi, kat situ akan ada orang yang membantu kita juga. seperti biasa passport kene ada. kat sini la u olls akan dapat duit u olls balik dalam Won. so, u olls leh bawak balik duit tu, atau shopping lg kat dalam boarding tuh utk perabih duit. tempat shopping kat dalam tuh tax free.
- Done. :)
ini adalah sampul tax refund. global blue, Smart tax free dan global tax free. |
emmmm... aper lagi ek... rase macam da cukup da.. nanti kalau tetibe teringat yang penting i olls akan update k.
Tq. Selamat bercuti.:)
Post Berkaitan:
- .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket dan Pakej:.
- .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
- .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
- .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
- .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
- .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
- .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
- .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
- .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
- .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon Stream:.
- .:Trip to Korea: Shopping Haul:.
1 comment:
Hi nak Tanya boleh ke bwk kembara meals tu?
Post a Comment