JellyPages.com

Tuesday, November 18, 2014

.:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.

Assalamualaikum,

Nak jadi citer pada 3 nov hingga 10 nov 2014 yang baru lepas nih i olls pi bercuti ke korea ngan adik n kawan i olls. so, skang nih nak la citer serba sedikit tentang pecutian we olls kat sane. I olls akan buat beberapa post pasai percutian nih sebab terlalu banyak bende nak citer dalam satu pos jer. Nanti boring lak u olls.

So, untuk post kali nih, i olls nak citer pasai camner kami terpikir nak pi ke korea n camner kami plan segala-galanya sebelum kami pi.

November 2013
Kami merancang nak pi ke korea sejak tahun lepas lagi secara spontan masa tengah borak-borak. Asalnye member xla terfikir nak pi sejauh korea, die hanya pikir nak pi vietnam jer. Tp i olls lak cadang nak pi korea, die pown setuju terus. Pastu la bermula segala-galanya. Kami start survey2 tiket flight yang ader promo dan start wat research tentang korea. Masa nih kami xdecide lagi samada nak amik travel agent atau nak pi sendiri jer.

23/24 Februari 2014
Yana alert i olls n bagitau yang air asia ader wat promo ke Seoul serendah RM200++ untuk sehala tepat jam 00:00 malam 24 Feb. So, kiteorang pown terus pilih-pilih tarikh n decide nak bertolak pada 1 nov sehingga 8 nov. tapi masa nih kami xbeli lagi, baru decide jer sbb member belum bank in duit utk beli tiket. So, esok pepagi tu, kami cecepat bank in duit n balik bilik terus bukak website airasia utk beli tiket. malangnye tiket utk 1 Nov da full book, so, kami tukar ke 3 Nov hingga 10 Nov. Xpelah yang penting harga still murah.

  • Kos tiket flight untuk seorg (pergi dan balik)=KL-Incheon-KL
    • Tiket: RM592
    • Air asia insurance: RM34
    • Check in baggage 20kg (pergi): RM65
    • Check in baggage 30kg (balik): RM95
    • Maximise meal: RM14
    • Oriental quisine: RM35
    • Pick a seat: RM90
    • TOTAL: RM925
  • Total untuk 3 orang: RM 2775
P/s: 1. kami pilih silent seat, tp rasenye same jer ngan seat bese. so, amik jer la seat bese. tp kene la ngan harga murah, kami xselesa nak tido, sempit. huhu. kalau rase nak selesa sangat amik la premium seat, mmg tido xbangun2 la. da sampai korea baru sedar.. gittuh.. cuma kene tambah duit extra la. 
       2. Kami order nasi ayam utk makan tp rase nyesal sbb xsedap.. so, kalau u olls nak makan, order siap2 nasi lemak pak naseer diorg.. mmg sedap n berbaloi. kami sempat la rase nasi lemak die, order atas flight mase tuh.

  • Kos tiket flight untuk seorang (pergi dan balik)= Penang-KL-Penang
    • Tiket: RM148
    • Air asia insurance: RM18
    • Check in baggage 20kg (pergi):RM30
    • Check in baggage 30kg (balik):RM60
    • TOTAL: RM256
  • Total untuk 3 orang: RM768

Next...

Lepas tiket da settle, kami start carik travel agency yang tawarkan ground package untuk 8 hari 7 malam. Kami start carik ngan google, pastu carik lak kat fb n tanye kengkawan yang dah pi korea. Kami cuba contact dan emel segala travel agency yang kami jumpe. tp malangnye hanya sedikit yang balas emel kami dan kebanyakan pakej mereka hanya untuk 7 hari 6 malam dan 5 hari 4 malam. Selain daripada tuh, diorg da tetapkan tarikh2 untuk diorg wat pakej. n tarikh tuh tak kene ngan tarikh kiteorang. Yang leh accept kami plak harga pakej nye lebih daripada 4k seorang untuk 8 hari 7 malam. da terlebih daripada bajet tu. so, kami xamik gak.

Lepas berusaha gigih mencarik, akhirnya kami dapat contact number Kimchee Land-Muslim Travel Style daripada member yang pernah pi korea n dapat khidmat daripada salah sorang guide daripada situ. Kimchee Land nih terdiri daripada pelajar Malaysia yang belajar di korea. So, sambil-sambil diorg study, diorg bantu gak pelancong malaysia yang dtg ke korea. Then, i olls terus contact En. Azree melalui whatsapp untuk tanye tentang pakej. Kami just bagitau details penerbangan dan bagi itinerary flight kami kat diorg n diorg terus wat kan itinerary sepanjang kami berada kat sane beserta kos perbelanjaan pakej tersebut.



Itinerary di atas adalah itinerary yang terakhir mereka buat selepas flight kami delay 3 jam. Diorg ubah terus dan aktiviti masa first day dikurangkan dan aktiviti yang sepatutnya dilakukan pada hari pertama diselitkan ke dalam hari yang lain. Yang bestnye deal ngan kimchee land nih adalah itinerary nih sangat fleksibel. pada asalnya 63 building, trick eye museum xder dalam list tempat yang akan dilawat tapi kami mintak masukkan dua tempat tuh sebagai antara destinasi yang kami nak pergi. So, kami hanya perlu tambah duit untuk entrance fee sahaja. Total kami bayar untuk ground package nih adalah RM2450 seorang. So, masih di dalam bajet kami untuk bayar ground package. ini adalah antara pakej paling murah yang kami dapat n banyak tempat dapat pegi. Malam adalah waktu free kami, so, kami leh wat ape2 aktiviti yang kami nak pada waktu malam tu.

Kesimpulannya, kalau nak pi korea dengan harga ground package yang sangat berbaloi n jimat, leh la dapatkan khidmat daripada Kimchee Land nih. Pakej ini termasuk bayaran untuk transportation, penginapan, makan tengahari dan malam n segala entrance fees tempat-tempat yang kiter nak pergi. Kita hanya perlu bawak duit untuk belanja n berjimba-jimba kat sane je. Kalau u olls jenis yang berani n suka backpackers sendiri u olls akan belanja ngan lebih jimat la. so, u olls leh pilih sendiri la samada nak pakai travel agent atau nak backpackers jer.

p/s: kami seronok dpt khidmat drpd Kimchee Land sbb:

  • they olls leh communicate dalam bahasa korea
  • they olls tau mana tempat yang leh makan
  • they olls leh tunjuk makanan apa yang boleh mkn dan xleh makan
  • we olls leh tanye macam2 bende yang we olls nak tau 
  • they olls sangat peramah n membantu n sporting
  • they olls tau kat maner leh dpt souvenir dan barang2 yang paling murah
  • they olls bg feedback kat whatsapp sangat cepat kalau kami ader apa2 nak tanye
  • so, we olls xbimbang tentang bende2 di atas,
  • Kesimpulannye, pilihla diorg sebagai tour guide u olls. (tlg promote ni.. heheh)

Lastly total kos kami untuk flight ticket dan ground package untuk seorang adalah:
  • Tiket flight KL-Incheon-KL: RM925
  • Tiket flight Penang-KL-Penang: RM256
  • Ground Package: RM2450
  • TOTAL: RM3631
Ingin kami ingatkan disini adalah harga pakej tersebut adalah untuk bercuti 8 hari 7 malam.  :)

Selamat merancang untuk bercuti ke korea :))

Untuk Maklumat Lanjut:

Website:

Tour Guide Kami:

Post Berkaitan:

  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.

No comments: