Hari ni, kami pagi-pagi lagi da turun ke lobi sebab excited sangat nak pi ke Lotte World Themepark. Lotte World nih themepark yang ader indoor dan outdoor. so, sangat sesuai la untuk kami gi pada musim autumn yang sejuk ni. sebab kalau sejuk, kiter leh main yang indoor nyer. tp kami harung indoor n outdoor xkira sejuk ke x. lagipun, alhamdulillah masa kami pi tuh siang2 xla sejuk sangat. Post nih akan terbahagi kepada dua bahagian, satu indoor n satu lagi outdoor. nak citer sume dalam satu post leh jadi panjang sangat plak nanti. So, yang first nih kami citer attraction indoor yang kami main dulu k. :)
Tour guide kami, azree bawak kami pi naik subway kali nih. First time kami try naik subway kat korea mase nih. Sampai-sampai jer kat Lotte World, azree pi belikan tiket n makanan untuk lunch kami iaitu burger udang. So, sempat la kami posing-posing kat luar Lotte World yang banyak bende comel-comel. Tour guide kami xjoin masuk dalam themepark, n die bg kami kebebasan main sendiri kat dalam tuh n die just bgtau, die akan tunggu dalam kol 6 kat luar.
Sebelum kami masuk, kami simpan segala barang-barang kami yang xbape nak bawak supaya leh explore dengan berlenggang jer kat dalam locker yang disediakan kat luar pintu masuk. So, kami just bawak brg penting mcm passport, camera n duit jer la termasuk lunch kami yang tour guide kami bekalkan td. Biler kami da masuk dalam jer, kami rase mcm nak simpan lak lunch tuh dlm locker sebab xder rasa nak makan lagik. so, kami simpan lak mknn tuh dlm locker supaya tgn kami free daripada pegang ape2. Dengan harapan biler lapar, nnt leh la amik. upenye kami xmakan langsung pown lunch tuh sbb excited main sume attraction sampai xmo bazir masa makan. hehe..
Kami amik pamplet yang disediakan dalam bahasa inggeris yang disediakan berdekatan pintu masuk sebagai panduan untuk kiteorang berjimba-jimba kat dalam tuh. Terlalu banyak attraction n rides yang ade sampai kami kene tapis yang mana kami kene pi n yang maner kiter skip. So, attraction budak2 totally kami skip. kami hanya amik thrill nyer attraction n family attraction yang menarik. Kami xdapat nak cover sume sbb xdan. rasenye kalau u olls nak pi, sila sediakan dua hari untuk main kat lotte world jer baru leh abih sume bende.
Ok jom citer segala rides n attraction yang kami naik. saya akan letak skali video-video yang kami sempat rakam tp paham-paham jer la rakam pakai enpon macam mana kan.. tunggang tebalik video tuh jadi nyer. harap maaf yer. Gigih kami main rides sambil pegang enpon semata-mata nak merakam segala moment. seb bek enpon xjatuh. heheh..
1. Giant Loop.
Nih attraction yang first skali kami naik. masa nih tengah eksaited nak main macam-macam so xpikir bende nih kiter mampu main ke x. so, main terima jer la. terus jer beratur. tp biler da naik, rase la macam mana perasaan biler die pusing n berhenti kat atas, kami dalam kedudukan terbalik, punggung xjejak kat seat n depends pada penahan kat bahu tuh jer. Seriously, perasaan mase nih memang takut kalau penahan bahu tuh xmampu nak tahan tarikan graviti badan kami yang agam nih. tp alhamdulillah sume ok je. hehe. Nak tau bende nih camner, leh tgk video n gambar kat bawah ni :)
2. Tomb Of Horror
Tomb of horror nih adalah rumah antu diorang. Second attraction yang kami masuk. Korang leh expect la macam mana rumah hantu kan. So, dalam kami bertiga, yang paling berani adalah wani. jadi die la jadi mangsa kami untuk jalan kat depan. saya n yana jalan belakang. Kami nak share video tp video enpon nih biler gelap, xnampak ape la jadinye, tp korang leh dengar jeritan orang paling berani tu n nampak la sikit2 ape2 yang jadi. Kiteorang dok pikir mesti ader beberapa orang krew diorang yang akan terkejutkan kami, upenyer hanya ader sorg krew jer, tuh pown die lalu jer depan kami. Orang depan iaitu wani jer la yang paling banyak jerit, kami plak banyak gelak.. hehe.Tomb of horror nih salah satu drpd attraction yang kne bayar dalam Lotte World nih. Sorang kne 3000 Won. Tapi sikit jer la yang berbayar. yang lain majoriti xyah bayaq. ok, Moh nengok gambo n video.
3. Mirror Maze
Hok nih pown masuk berbayar 3000 Won sorang. nih jer la yang kami masuk berbayar dengan tomb of horror n wall climbing. yang lain sume main free. Mirror maze nih macam kami masuk kota sesat la tp disekelilingi ngan cermin. sebelum masuk, kami diberi sarung tangan plastik supaya cermin kat dalam tuh xpenuh ngan cop2 tangan kiteorang. Sebab confirm2 kiter nak carik jalan keluar daripada mirror maze tuh kami kene pegang sume cermin. beberapa kali gak la kami pusing2 jumpe kat tempat yang same gak.. tapi last-last kami dapat gak keluar. Dalam nih cantik ngan lampu2 yang warna warni, :) Selain daripada mirror maze sahaja, kat dalam nih gak ader satu bahagian untuk kiter elak segala laser yang ader ala-ala macam citer mission impossible gitu. :)
4. Flume Ride
Yang nih adalah rollercoaster tp tak extreme sebab die tak laju sangat n bahagian yang thrill die cuma dua tempat yang naik n turun menjunam. yang lain-lain lebih kepada tengok2 persekitaran. tp rollercoaster nih melibatkan air. lepas main mmg agak basah gak la kami. terpaksa dok kat tempat dryer untuk keringkan skejap coat kami. Kiteorang ader rakam video mase naik rollercoaster nih tapi malangnye mase rollercoaster tuh menjunam ke bawah utk yang first, video terpause sendiri, maybe sebab terkena air kot. so, video yang kami dapat rakam hanya separuh jer la. :(
sesi mengeringkan baju n tudung |
kat belakang tuh la flume ride |
5. The Conquistador: Swinging Boat
Naik swinging boat yang nih la paling xleh nak lupe. wani n yana relaks jer, kiter la bergigil terlebih2 sampai terangkat2 skali kaki. Betui nyer xleh handle ketakutan. I olls nih takut tinggi, so, naik bende nih memang la satu perkara yang sangat mencabar. seriously setiap kali bot tuh ke atas n saya nampak bawah, mata nih automatik tutup sebab takut tinggi. kadar kegigilan kaki yang terlampau teruk tuh sampai adik kat sebelah pown leh nampak ngan jelas kaki saya bergigil. huhu. pengalaman yang xleh lupa.. padahal xla dok ujung boat, kami dok kat tengah jer. huhu.tgk la video saya jerit xhingat nanti kat bawah nih.
nampak x, betapa tinggi nyer boat tuh naik,,, huhuhu.. |
6. The Adventure of Sinbad
Attraction yang nih plak disebabkan dia ader dalam kategori "Family Ride", so sangat tidak ekstrem. Kami naik bot n masuk ke dunia penceritaan cerita sinbad. Da macam jalan-jalan bersiar-siar naik bot la. Of course diorang bercerita dalam bahasa korea, tp kiter leh la tengok segala patung-patung sinbad bergerak di kiri kanan sepanjang bot tuh bergerak, Perjalanan daripada awal sampai ke habih mengambil masa lebih kurang 10 minit. Kami ader amik video tp kami xmau upload la sebab agak boring n terlalu panjang untuk ditengok dan xbyk bende menarik. Gambar pown kami xamik plak tuh. Sorry yer. :(
7. 4D Shooting Theater
Ok, yang nih kami just duduk dalam theater n ready untuk menembak skrin dengan kerusi yang bergerak-gerak. Dalam nih da macam pertandingan menembak. Kami bertiga duduk kat line belakang sekali n tengah-tengah supaya dapat aim dengan baik kat skrin. Diorang ader bg instruction dalam tuh tp malangnya sepatah haram pown kami xpaham. so, kami just pikir, kiter tembak jer la ape yang kiter nampak kat skrin tuh mcm org jahat. hehe. So, sesi warm up bermula.. kami pown main tembak la selagi boleh beramai ramai ngan lebih kurang 30 orang lain kat dalam tuh. biler abih jer sesi warm up, xsangke diorang tunjuk gambar top 3 penembak terbaik utk sesi warm up n muke wani ader kat skrin untuk tempat kedua. So, utk sesi menembak sebenarnye ape lagi, sume sakan la menembak bersungguh-sungguh utk tau ranking masing-masing biler last nanti. n result akhir antara kami bertiga, wani tempat ke 7, saya tempat ke 16 n yana tempat ke 22. hehe.
8. Lotte Climbing
Wall climbing nih berbayar jugak dalam 3000 ke 4000 Won camtuh la. Disebabkan tarikan graviti saya ngan yana nih sangat kuat, so kami sangat la tidak sesuai memanjat dinding ini. So, wani jer la yang panjat sebab die nak sangat. N for ur information, nih first time makcik wani nih panjat dinding. So, kami dok tepi sambil rakam, bagi semangat n jaga barang. gittuhh.. lepas wani abih panjat, sempat gak la kami bergambar ngan krew yang handle wall climbing nih. :)
9. Camelot Carrousel
Dengan perkataan mudah dan senang difahami, nih adalah merry go round. Disebabkan attraction nih dalam kategori family ride, so, kami naik la. kalau kanak-kanak memang kami xnaik la. lagi pown kami nampak ramai jer orang dewasa naik merry go round nih. Sebelum nih kalau kat funfair nengok jer la mampu sebab segan nak naik. Ha, kat sini kami naik jer sebab ramai jer orang dewasa naik. bagi lepas keteringinan tuh. hehe. at least merasa gak naik kuda naik turun sambil berpusing. hehe. attraction nih kami main last sekali sebab nak abihkan masa sementara lagi bape minit nak pukul 6 untuk jumpe tour guide kami n balik.
Ok next post, saya masih akan citer tentang Lotte World tapi yang outdoor pulak. Yang indoor nih pown masih banyak yang kami xdan nak explore. Tp xpe la, at least dapat gak merasa pi sini. Jumpe di next post ok :)
Bye, Assalamualaikum.
Untuk maklumat lanjut:
Website :
Tour Guide kami:
Post berkaitan:
- .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
- .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
- .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
- .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
- .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
- .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
- .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
- .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
- .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
- .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon Stream:.
- .:Trip to Korea: Shopping Haul:.
No comments:
Post a Comment