JellyPages.com

Saturday, November 29, 2014

.:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.

Assalamualaikum,

Kemaruk n demam korea tak habih lagi nih sebab masih teringat-ingat moment mase ader kat sana. fefeeling nak pi lagi skali tuh masih kuat. ngehngeh. kumpul duit smule la cik zilla yer.

Sebelum nih saya da citer tentang tips n planning kami nak pi south korea. So, untuk post kali nih n seterusnya saya nak citer tentang aktiviti kami semasa kami berada di sana selama 8 hari. Hamik, satu hari aktiviti, satu post saya akan wat. jenuh la korang nak bace. heheh.

Ok, sepatutnya kami bertolak ke Incheon Airport pada jam 1.00 pagi 3 nov 2014. tapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, flight kami delay selama 3 jam. jenuh gak kami menunggu sebab kami masuk dalam boarding tuh dalam kol 9;00 malam gitu.. giler awai kan. Kol 4 pagi baru kami semua bertolak. n habuan yang kami dapat sebab delay adalah burger McD n air mineral. Ok xmau citer la pasai delay nih, jom citer pasai aktiviti kami kat sane.

Kami sampai ke Incheon Airport pukul 11 pagi waktu korea. Tour guide kami da tunggu kat airport n kami dibawa terus ke Mido Hotel, Namdaemun untuk check in. Kat bawah nih gambar bilik yang kami menginap untuk 8 hari 7 malam.

Bilik sengat selesa. ader heater, aircond, peti ais(ader air mineral n air kotak yang di refill setiap hari), katil single n double, hair dryer, toilettaries tersedia, Tv yang ader macam-macam channel. Microwave, air panas, sejuk n sarapan pagi semua tersedia kat lobi hotel. Toilet jer xamik gambar, tp semua selesa. Kami pown xbanyak songeh sebab balik bilik untuk tido jer pown.:)

Selesai kami letak barang n check in, tour guide kami, encik azree terus bawak kami gi lunch kat kedai makan berdekatan hotel. Namanya Pomato. Apa yang kami makan, kami xtau la nama die sebab dalam tulisan hangul. Azree pown explain segala makanan yang dalam menu tuh n kami pilih yang maner kami nak makan. So main tunjuk2 jer la. Nak tau ape yang kami makan, leh tengok gambar kat bawah nih.

Gambo first tuh jer tau. namanya kimbap, tuh wani nyer, die xmakan berat sebab kne maintain berat badan die. tp still kimbap pown agak berat. hehe. Next tuh yana nyer. dalam die ader ramyeon, rice cake ngan cheese.. xtau namanya ape. n yang bawah tuh saya nyer, panggil nasi sotong jer. yang lain adalah side dish. Komen: sedap, n mase tuh, setiap hari kami terpikir nak pi beli bungkus utk makan tgh malam kat situ jer tp xpi pown. 

Kemudian, kami balik bilik untuk bersiap pergi ke lokasi pertama kami iaitu Namsan Seoul Tower. Untuk pi ke namsan tower nih ada beberapa cara antaranya adalah menaiki bas n lagi satu naik cabel car. Tour guide kami bawak kami pi naik bas. Kami diberi kad T-Money untuk bayar tambang naik bas, subway n macam2 lagi. So, kami naik bas number 02 or 05 kot mase tuh untuk pi ke Namsan Tower daripada Namdaemun. xbape nak hingat. nih la kesilapan besar  iaitu x take note bende2 yang nih... huhu...Balik pown kami naik bas yang sama.

Sampai je kat tempat bas berhenti, kami kene mendaki plak untuk pi ke Namsan Tower nih. mengah gak la nak mendaki sampai ke Namsan Tower nih. Tapi sambil2 naik bukit tuh, kami leh tengok pemandangan musim autumn yang cantik.
jauh kami berjalan naik ke atas.. ce tgk belakang tuh... (klik utk besarkan gambar)

pemandangan seoul daripada atas bukit.

Sebelum masuk tower lagi kami da posing sakan da. Belum masuk lagi. kami xmasukkan la gambo kami berposing kat sini bebanyak, nnt panjang plak post nih jadik. So, firstly kami masuk ke Alive Museum. Museum nih macam Trick Eye Museum. kiter leh berposing ngan macam2 gambar 3D yang ader dalam tuh. Korang tunggang terbalik la biler bergambar dalam tuh. heheh. ok, saya share sikit gambo mase kami kat dalam alive museum bawah nih :)


Next kami masuk ke bahagian observatory untuk tengok pemandangan seoul daripada atas pada waktu malam.

Selain daripada tengok2 view seoul daripada atas tower ni. kami jugak ader beli postcard n kat sini diorg ader sediakan skali perkhidmatan post untuk poskad yang kiter beli tuh. Just pilih poskad yang ada, beli setem n masukkan dalam peti pos yang diorg sediakan. So, saya beli poskad n pos untuk diri sendiri sebagai kenangan daripada Namsan Seoul Tower. Lebih kurang 2 minggu gak kad nih nak sampai pada kami kat malaysia. Memule ingat memang xsampai dah, tp alhamdulillah sampai gak.
Sempat lak mintak cashier kat situ tulis perkataan special kat kad tuh dalam tulisan korea. tapi anta kat diri sendiri gak.. hehehe.. 
Lastly aktiviti kami mase kat Namsan Seoul Tower adalah kami pi berjalan-jalan kat bawah tower tuh sebab kat luar banyak tempat amik gambar yang cantik. Kami pi bergambar kat Locks of love. tempat orang yang dilamun cinta lock diorng nyer percintaan. Kami amik gambar jer la. nak lock2 pown xtau nak letak nama sapa. Then kami bergambar la kat tempat2 lain gak.


Gambar yang bentuk love double kat bawah nih sbenarnye diorg buat daripada sayur salad2 yang bermacam warna.. sangat kreatif. memule ingatkan bunge ke ape.. upenye salad.
Lepas da abih posing bagai, kami bertolak untuk dinner. Apa yang kami makan untuk dinner, leh tengok gambar kat bawah nih. :)

Last skali, azree tunjukkan kami cara nak balik ke hotel daripada myeongdong. Myeondong nih tempat shopping bagi orang-orang yang giler kosmetik korea n macam-macam bende lain. Nih adalah salah satu tempat wajib pi utk shopping kat korea. Myeongdong nih xjauh daripada hotel kami. so, kami jalan kaki jer. Biler kami da tau jalan pi myeongdong n balik hotel, tempat tu da jadi lokasi kami berjalan tetiap malam. ehehhe..then kami balik n berehat utk recharge balik tenaga supaya esoknya kami dapat berjimba2 kat Lotte World ngan penuh bertenaga.

so, next post saya akan citer tentang aktiviti kami di Lotte World. Sekian.

Bye, Assalamualaikum. :)

Untuk maklumat lanjut:  

Website:

Tour Guide kami: 

Post berkaitan:
  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.


No comments: