JellyPages.com

Sunday, December 12, 2010

alhamdulillah~

dengan lafaz bismillah~...

YAHOOOOOO!!!!! kereta dah sampai.. hehehe... happy sangat.. tak terkate rase happynye.. nervous pun ade jugak, first time bawak kerete setelah mengalami trauma apabile dengan tak sengaje nye melanggar motor mamat rambut tegak memakai rantai besi.. huhuhu... tapi tu kes kat johor, ini sekarang dekat changloon.. so.. boleh survive kot!.. huhu..

first day je dah kene amik mak esah.. perempuan kampung dari tanjung malim. dah la bawak beg banyak. gigih angkut sorang2. hish.. nasib baik la die kuat walaupun gembeng.. huhuhu.. kire die la penumpang pertame nomie. family yang lain plak, insyaALLAH ade peluang jugak naik jumaat nI.

jumaat ni nak g sungai petani plak.. ade majlis perkahwinan sepupu.. anak mak nik yang sulung. dah lame tak jumpe family belah sane.. n takde pengalaman pun drive jauh2.. walaupun mak esah ade kat sblah, die bukan boleh harap. mesti die mbebel sepanjang jalan, terkumat kamit mulut membace segale ayat2 yang die tau.. nape ntah die tu.. huhu..

ape pun.. diharapkan perjalanan ke sungai petani nnt selamat dan lancar saje hendaknye.. Aminnnnn~~~~~



yang gigih menaip: MAK ESAH.

Saturday, July 3, 2010

Resepi Ayam Rica-rica

salam,
post kali ni lak adalah resepi daripada seberang yang nomie sgt suke.... slalu nomie n the geng pi makan kat sebuah restoren indonesia kat USM dulu...tp skang restoren tu da tutup da.... stiap kali datang situ, feveret food yang nomie akan order adalah ayam rica2 nih...sampai ble datang restoren tuh mest diorg da tau da nomie nak makan aper...heheheh

ader beberapa resepi rica2 yang berlainan...so korunk leh cube la maner2 yang korunk lebih mudah nak wat k..

Ayam Rica Rica (resepi pertama)

bahan2:
  • 1kg ayam
  • 5 ulas bawang putih(kisar)
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 2 biji tomato dikisar halus
  • 2cm halia(kisar)
  • 3 batang serai (kisar)
  • 2 biji cili padi (ikut kepedasan yang korunk nak)(kisar)
  • 10 helai daun limau purut
  • garam secukupnya
  • minyak
  • limau nipis/lemon
cara menyediakannya:
  • ayam digoreng/direbus/dipanggang sehingga masak dan diketepikan
  • tumis semua bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan agak kering, garamnya.
  • bila bahan da agak kering, masukkan ayam tadi. tudung kuali dan biar seketika
  • bila dah agak kering, padam api dan perah limau nipis atau lemon
  • siap utk dihidang
  • kalau rajin, panggang lagi sekali baru perah dengan lemon.

Ayam rica-rica (resepi kedua)

bahan-bahan:

Bahan A (tumbuk kasar)
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 8 biji cili merah
  • 10-15 cili api
Bahan B
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • garam dan aji secukupnya
cara menyediakannya:
  • tumis bahan A
  • bila naik minyak masukkan tomato dan tambah sedikit air
  • masukkan serai dan daun limau purut
  • masukkan ayam tadi
  • kacau sehingga sebati dan agak kering kemudian tutup api dan hidangkan..

SELAMAT MENCUBE SEMUA..:D:D



Monday, June 21, 2010

.:Kek Coklat Lembap:.


salam,

resepi kali ni jugak adalah antara resepi yang family nomie n kawan-kawan nomie suke selain daripada kek batik biskut marie dan kek coklat yang sebelum nih...

resepi nih nomie dapat daripada tenet gak n cube wat sendiri...alhamdulillah menjadik dan da banyak kali gak buat..

so, resepinyer kat bawah nih k..

Kek Coklat Lembap

Bahan-Bahan:
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dengan 2 sudu kecil nescafe
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • coklat masakan yang dicairkan (topping)
Cara-cara:
  • pukul telur sehingga kembang
  • masukkan gula dan pukul lagi
  • masukkan minyak masak
  • ayak sodium bikarbonat, baking powder, serbuk koko dan tepung gandum dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan vanila essence, susu segar perasa coklat dan air yang telah dicampur dengan nescafe tadi.
  • gaul sehingga sebati
  • bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • utk toppingnya, coklat yang telah dicairkan dicurah ke atas kek yang telah siap dibakar tadi.

Bahan-bahan untuk wat kek nih pown senang nak dapat....nak buat pown xsusah dan xlamer.

SELAMAT MENCUBE.....

PASNI RESEPI MASAKAN DARIPADA INDONESIA...RICA-RICA...MY FAVORITE..


Saturday, June 19, 2010

.:Resepi Kek Coklat :.

Salam,

kali nih update nomie adalah resepi kek coklat yang slalu nomie buat... ader gak kengkawan yang nak resepi kek nih...sbb tuh nomie nak share kat sini supaya sume orang leh try wat kek yang sedap nih...:D:D:D


Bahan-bahan:
  • 250 gram tepung gandum
  • 250 gram gula icing
  • 250 gram marjerin
  • 70 gram koko
  • 1 sudu besar kopi
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 biji telur
  • 1 tutup esen vanilla
Cara-cara:
  • pukul marjerin dan gula icing sampai kembang
  • tapis tepung gandum, koko, kopi, soda bikarbonat 2 hingga 3 kali.
  • masukkan telur satu persatu dalam campuran gula dan marjerin tadi dan pukul sampai kembang. masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • masukkan adunan yang ditapis tadi sedikit demi sedikit berselang dengan air dan kacau rata.
  • kemudian masukkan dalam loyang dan bakar di dalam ketuhar....
utk kek nih, nomie ske letakkan coklat masakan yang telah dicairkan kat atas kek tu... sedappp sangat.....

SELAMAT MENCUBA SEMUA :D:D

AKAN DATANG KEK COKLAT LEMBAP PULAK YER....





Thursday, April 15, 2010

Kempen Kami Prihatin Harapan Tanpa Suara


salam,
entry kali ni adalah tentang Kempen Kami Prihatin...


kempen ini dianjurkan oleh utusan Malaysia dengan kerjasama kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat serta
stesen televisyen Astro Awani dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

kempen ini diadakan atas kepekaan terhadap isu pembuangan bayi dan penderaan bayi. nomie mmg sokong sangat dengan kempen ni.. diharapkan dengan adanya kempen ini timbul kesedaran dalam diri masyarakat untuk mengambil berat terhadap perkara yang berlaku disekeliling... dan apabila masyarakat terdengar, ternampak apa2 yang tidak diingini berlaku silalah hubungi talian Nur iaitu 15999.....


apabila ada kempen seperti ini, diharapkan juga pelbagai tindakan atau program yang lain diwujudkan untuk mengurangkan masalah ini daripada berlaku... apa yang penting adalah kepekaan dan tindakan yang sepatutnya dilakukan daripada masyarakat sekeliling...

lastly, sayangi anak anda, anak anda bukan boneka atau permainan... nyawa tidak ternilai harganya.....
atas tuh sume ayat skema...skang ayat xskema dari hati ni yang geram...
  • jangan ar korunk tambah dosa korunk dengan membunuh bayi yang tak bersalah tuh..
  • kalau korunk xnak bayi tuh, ramai lagik orang yang bersedia nak jaga baby tuh...
  • banyak tempat perlindungan bayi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sanggup amik baby tuh...
  • dosa korunk besar tau kalau membunuh nih... ingat la yer......
Skang hayati video klip harapan tanpa suara yang dinyanyikan oleh artis2 tanahair... melelh airmata ble hayati n tgk video nih...


Lirik lagu Harapan Tanpa Suara

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu S.Atan
Lirik Habsah Hassan

TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM NI.....

Tuesday, April 13, 2010

~HePi BeSdAy JAB GROUP~

Salam,

update hari nih adalah pasal group nomie pada zaman skolah dulu.. hari nih bersamaan 13 april 2010 adalah ulangtahun penubuhan JAB Group yang ke 12 tahun... so, sempena ulangtahun nih, nak la nomie mengungkap sejarah2 lama berkaitan dengan JAB nih...

Sejarah penubuhan:
  • ditubuhkan pada 13 April 1998
  • masa nih kami baru form 1 di sekolah menengah kebangsaan kempas
  • bermula dengan 6 orang ahli iaitu adlina, baizura, wan mazlina, nomie@zilla, suhaidah dan bayani.
  • nama kumpulan yang diberi adalah Jass and Best.
  • kalau xsilap "JASS" dicadangkan oleh adlina yang membawa maksud Jalinan Antara Sahabat Setia.
  • kemudian, suhaidah dan bayani mengundurkan diri daripada kumpulan JAB.
  • zarina, zamilah, salizah, maryam, zara dan fiza menyertai kumpulan ini yang menjadikan kumpulan ini terdiri daripada 10 orang.
  • selepas daripada itu, kami tidak menerima lagi sesiapa yang ingin menyertai JAB.

Aktiviti kami:
  • mengadakan jamuan dan pertukaran hadiah bagi setiap tahun
  • menyertai pertandingan kuiz pengetahuan am dan JAB dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyertai kuiz ni.
  • menyertai pertandingan syair
  • menyertai pertandingan nyanyian lagu patriotik
  • menyertai koir sekolah
  • menyertai pertandingan nasyid dan nama kumpulan kami bertukar kepada "Nur Firdaus" dan kumpulan kami dapat Johan mase nih...ehehe
  • sebahagian menjadi pengawas pusat sumber dan sebahagian menjadi pengawas sekolah
  • pernah kami mengenakan denda dalam ahli kumpulan sendiri bagi sesiapa yang bising di dalam kelas... (skema nyer rasa...ahaks)
  • menyertai choral speaking
  • buat meeting setiap kali ader konflik semasa rehat di dalam library...eeheh
  • buat pertandingan sendiri utk ahli kumpulan dan menyediakan hadiah sendiri..contoh pertandingan, masukkan benang dalam jarum, sape paling cepat abihkan biskut n mcm2 lagik
  • karaoke di rumah adlina
  • lepak kat taman permainan, masjid, bustop n mcm2 lagik selepas waktu sekolah.
  • tulis novel berantai tapi novel nih tatau dah pada siapa akhirnyer n xjumpe da sampai skang.. sesape yang ader simpan tuh share la yer..
  • mcm2 lagik la...korunk yg ingat leh la tambah yer...ehehe
kat bawah nih antara gambar2 kami masa sekolah dulu...sumber gambar banyak daripada zara dan wan...

atas nih gambar pasangan kembar dalam kumpulan kami.. sebelah kiri adalah zarina dan sebelah kanan adalah zamilah

gambar atas nih lak gambar nomie mase skolah dulu ngan zara
yang nih dari kiri, zarina, adlina dan zara.

gambar atas nih adalah gambar maryam dan zara

aweks yang peluk zara nih plak adalah salizah.

lagik sorang awek yang peluk zara nih pulak adalah baizura.

ini die pengawas dalam kumpulan kami iaitu wan mazlina dengan fiza...

atas nih gambar diorg beramai2... kami ader bergambar satu kumpulan dengan baju sekolah tapi xdapat dikesan lak gambar tuh maner...pada geng JAB yang ader tuh uploadkan yer...thanks.


KINI.......

kini semua ahli JAB da dewasa dan mempunyai komitmen masing2....

Zara:
dalam group dipanggil kakak, sekarang dipanggil zara. maintain comel n kecik, tegas n garang mcm bese... skang bekerja dengan kanak2..

wan mazlina:
zaman skolah, wan nih kembar nomie n still kembar lain mak bapak sampai sekarang. wan pown skang da ader komitmen sendiri dengan kije nyer...

Zarina dan zamilah:
pasangan kembar kumpulan kami yang sangat spesel, disenangi, ramah, sporting dan mempunyai sore yang best kalau menyanyi...hehehe... zarina skang bekerja sambil belajar... manakala zamilah pulak bekerja di kelantan. zamilah adalah kakak dan zarina adalah adik yer...


Fiza:
lagik sorang ahli kumpulan JAB yang kecik n comel dan mempunyai suara yang best sangat kalau menyanyi... ehehe... sekarang da bekerja n masih single k...eheh
Maryam:
skang maryam da bekerja jugak... sume la da bkije...nomie jer x lagik...huhuhu... maryam still maintain cun n peramah macam dulu... kalau bjumpe mest sentiasa ader modal nak bercerita...

Zura:
da berkahwin, dan bekerja serta bz dengan komitmen nyer sendiri dengan keluarga dan kerja. amik gambar die dari fb die nih tanpa kebenaran...sowi2...huhuh

salizah:
da berkahwin dan mempunyai sepasang anak kembar yang bernama nuramirul arif dan nuramirul afif.

Adlina:
bekerja di jb dan masih lagik mcm dulu iaitu sentiasa ceria dan menghiburkan orang selalu.
zilla@nomie:
sampai skang still xkije n mencari kije... sedang belajar di peringkat sarjana dan tgh tunggub final result... makin sihat...ahaks...
kat bawah nih antara gambar2 kami yang terkini apabila bersama...

gambar yang ni masa zura dan salizah masih bujang... tp skang da kawen..
gambar nih plak masa salizah bertunang... skang da ader dua orang anak dah...
nih masa raya 2009... masa nih salizah baru disahkan mengandung kembar...
yang paling terkini ialah gambar kat bawah ni iaitu masa reunion sekolah kempas batch 1998 sehingga 2002.

Apa-apa pown... walaupun kami ader komitmen masing2, kami tetap cube berhubung antara satu sama lain. kami masih bersahabat sehingga kini dan diharapkan untuk selamanya.

i luv u olls... jgn lupekan persahabatan kiter yang da lamer sesangat nih. harap2 kiter tetap berjumpa dan berhubung walaupun jauh... bak kate pepatah biar jauh di mata tapi dekat di hati.... jgn lost contact k... sayangilah persahabatan kiter nih.... segala kenangan tidak mungkin dilupekan... semua kenangan adalah kenangan manis.... tiada yang pahit pown... misz u olls...


p/s: gambar ihsan daripada semua ahli JAB... aku cilok gambar fb korunk...ehehe...sowi yer...kalau ader fakta yg silap...btolkan la yer...:D:D

Tuesday, March 23, 2010

Mancing di Gelang Patah

Salam,

update kali nih pasal mancing... pada 20hb ngan 21 hb mac yang baru lepas nih, nomie ngan family, family pak talib, n cik ali & cik mai kat gelang patah... kami mancing kat rakit jer.. tp mmg best n berbaloi sbb mmg banyak dapat ikan. so, nomie nak share gambar n aktiviti kiteorg mase gi mancing tuh...

gambar kat bawah nih adalah hasil mancing bagi nomie satu family... nomie jer dapat tangkap 4 ekor ikan duri, 6 ekor ikan gelama n sekor ikan daun baru... ikan semilang kat bawah nih mak yang dapat tangkap... ketam plak tsangkut kat matakail joran wani @ my adik.. antara ikan yang kami dapat tangkap mase tuh adalah ikan duri, ikan gelama, ikan daun baru, ikan semilang, ikan usat, ikan tekuk, n yang paling best kami ader gak dapat ikan buntal....tapi ikan buntal tuh dilepaskan balik...hehe
okeh, skang nak mule ngan gambar mase kami baru nak btolak... nih gambar nomie ngan family mase kat umah cikmai n cik ali... yang bawah nih bgambar ngan wani n mak..
yang nih plak bgamba ngan abah...
ok, skang nih gambar mase kami tgh tunggu bot kat jeti utk amik kiteorg ke rakit yang kami akan lepak n mancing tuh... bawah nih bgamba ngan cik mai...
mak tersengih n xsabar2 nak pi mancing... ayat glemer yang mak slalu gune " aku dulu mase kecik2 slalu ikut mak aku pi mancing tau..." hehehe
antara hero2 kami yang join memancing.. dari kiri, mamat, cik ali n abah..
ini die family pak talib... dari kiri, mak jai, pak talib, yasin, mamat n in...
sempat lagik kami berposing sementara tunggu bot sampai..
ble da sampai jer, kami cepat2 amik joran n tros amik port masing2 utk mancing... mase nih nomie baru jer turunkan umpan, da mengena da... nomie orang first dapat ikan mase tuh... nomie dapat ikan duri... best... kat cni banyak ikan duri jer n kaum kerabatnyer macam usat n semilang.. gambar bawah nih gambar ikan yang wani dapat tangkap.. yang duduk tuh plak mak n abah.. ksian kat abah, xsempat mancing asik tolong kiteorang buang duri ikan duri jer sampai abah sendiri terkena sengat ikan duri tuh....huhuhu... sowi abah...
lagik gambar ikan yang wani dapat tangkap..
nih lak ikan gelama yang nomie dapat tangkap...ikan kat cni kecik2 jer tp ok la sbb puas dapat mancing...ader ikan besar tp payah nak dapat... nomie mase nih baling umpan punyer ar jauh tapi ble da gulung tali sampai dekat sket baru dapat ikan...huhuhu... xpe2, yg penting mencube utk baling sejauh yang boleh...ehehe...
tuh la port nomie slalu dok mase mancing kat cni... tgk papan2 tuh, risau gak mase nak lalu kat sangkar nih...takut2 terjatuh dalam sangkar ikan orang or jatuh kat depan tuh... tp mancing nyer pasal, kne beranikan diri gak... tp lame2 da bese n tak takut sgt da...walaupun i berat, papan tuh masih leh tampung tau...ehehe
nih lak binatang yang dipanggil belin... belin ni kalau da makan matakail, die akan belit2 sampai tali tangsi terbelit n tersimpul n kiter akan tpakse mengorbankan matakail dengan potong jer tali tuh.. kalau die lepaskan matakail tuh da kire mmg bek gler ar tuh... mmg banyak kali kami dapat belin nih... nomie tensen sampai stop jap mancing... pastu sambung balik sbb geram tgk mak n cik mai asik dapat ikan jer....
nih mase kami mengisi perut dengan masakan mak, mak jai n cik mai... mcm2 pilihan makanan kami ader...
nih sape yang buli sape ntah dalam gambar nih... muke wani mcm tak rela jer...ahaha
nih lak gambar yang wani amik mase malam tuh... nomie still dok kat port yang same... sbb kat cni nomie banyak dapat....eheh..xdak lampu kat bhgn ni... nyamuk pown banyak, sbb tuh pakai sweater n lg satu pakai sweater sbb sejuk...ehehe
gambar bawah nih lak saje wani amik mase diorang tdo... mamat antara orang yang awal tdo... nomie tdo dalam kol 3 lebih... manakala mak, wani, abah, cik mai n cik ali lak tdo dalam kol 4 pagi...tu pown pasal abah da suh diorg tdo...kalau x, mest diorg x tdo lagik... diorang tdo kat papan antara sangkar ikan tuh...tempat diorg tdo nih, kalau diorang pusing jer gerenti masuk dalam sangkar tuh...huhuh
nih lak pagi tuh... semangat gle nak mancing n xnak buang masa, bangun dalam keadaan mamai2 tuh dok capai joran n amik port yang sama utk mancing... mase nak pi ke port tuh, mamai2 sampai terhuyung hayang sket... risau gak terjatuh dalam sangkar orang... tp teruskan gak... yang penting dapat mancing...ehehe
nih mase kami nak balik....
gambar nih plak da sampai kat umah... ikan yang nomie dapat tuh ikan daun baru... nomie sowang jer dapat ikan nih.... yang len sume xdpt...:D:D
nih lak gambar wani tunjuk ikan yang len sket daripada ikan yang bese diorg dapat mase mancing tuh iaitu ikan tekuk... n ketam yang tersangkut kat matakail die...
antara perkara yang takleh lupe mase mancing nih adalah my kazen tetibe wat gempak ngan cakap joran die berat n xleh nak pusing... abah ngan pak talib berlari ke arah die cepat2 sbb nak tolong kot2 dapat ikan besau.... skali ble dinaikkan, dapat ikan duri saiz normal mcm kiteorang dapat gak... kami sume gelak besar gle2 malam tuh...... ksian die asik kne perli jer ngan kiteorang....ahahahaha...

yang pasti, abah kate kami akan pi lagik tempat nih.... n nomie pown xsabar gle nak pi lagik tempat nih... cik aishah jamal, insyaallah ader rezeki ko pegi la yer... abah kate abah nak bagi kami kursus sebelum pi mancing lagik supaya dapat pasang matakail sendiri, dapat buang duri sendiri daripada ikan n sebagainya supaya kiteorang xyah mintak tolong abah lagik n kiteorang lebih berdikari kalau nak jadik pemancing tegar...ahaks... kami skeluarga mmg minat gler mancing... bestttttt...

hidup memancing!!!! ahahaha...