JellyPages.com

Saturday, July 3, 2010

Resepi Ayam Rica-rica

salam,
post kali ni lak adalah resepi daripada seberang yang nomie sgt suke.... slalu nomie n the geng pi makan kat sebuah restoren indonesia kat USM dulu...tp skang restoren tu da tutup da.... stiap kali datang situ, feveret food yang nomie akan order adalah ayam rica2 nih...sampai ble datang restoren tuh mest diorg da tau da nomie nak makan aper...heheheh

ader beberapa resepi rica2 yang berlainan...so korunk leh cube la maner2 yang korunk lebih mudah nak wat k..

Ayam Rica Rica (resepi pertama)

bahan2:
  • 1kg ayam
  • 5 ulas bawang putih(kisar)
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 2 biji tomato dikisar halus
  • 2cm halia(kisar)
  • 3 batang serai (kisar)
  • 2 biji cili padi (ikut kepedasan yang korunk nak)(kisar)
  • 10 helai daun limau purut
  • garam secukupnya
  • minyak
  • limau nipis/lemon
cara menyediakannya:
  • ayam digoreng/direbus/dipanggang sehingga masak dan diketepikan
  • tumis semua bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan agak kering, garamnya.
  • bila bahan da agak kering, masukkan ayam tadi. tudung kuali dan biar seketika
  • bila dah agak kering, padam api dan perah limau nipis atau lemon
  • siap utk dihidang
  • kalau rajin, panggang lagi sekali baru perah dengan lemon.

Ayam rica-rica (resepi kedua)

bahan-bahan:

Bahan A (tumbuk kasar)
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 8 biji cili merah
  • 10-15 cili api
Bahan B
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • garam dan aji secukupnya
cara menyediakannya:
  • tumis bahan A
  • bila naik minyak masukkan tomato dan tambah sedikit air
  • masukkan serai dan daun limau purut
  • masukkan ayam tadi
  • kacau sehingga sebati dan agak kering kemudian tutup api dan hidangkan..

SELAMAT MENCUBE SEMUA..:D:D



Post a Comment