JellyPages.com

Tuesday, June 28, 2011

My review about citer Super 8, arahan Steven Spielberg

Salam,
bila da sekian lamer xpi tgk wayang n hati meronta2 dalam keadaan kebosanan. Dengan banggenye hari ni aku, kak naim n farah telah pegi ke Jitra mall untuk tgk wayang tp xtau nak nengok citer ape...huahuahua.. so, kami pilih jer citer yang ditayangkan lepas kol 8 mlm. Yang ader cuma citer Xmen, Green Lantern ngan Super 8. Setelah bermesyuarat selama beberapa minit di hadapan kaunter tiket, kami telah membuat keputusan utk tgk citer super 8 nih walau xtau citer nih pasai ape.. cume tertarik sebab steven spielberg yang arahkan citer ni..

Biler tgk poster citer nih, korunk rase tertarik x nak nengok citer nih n korunk dapat gambaran x citer nih pasai aper? Seriously, mase aku tgk poster nih aku terpikir, citer nih pasai ribut taufan ke ape...maybe diorg namakan ribut taufan tuh Super 8 kot...WAlau camne pown, aku merisikokan duit aku RM10 utk dilaburkan tgk citer nih n dalam ati dok berdoa jer, harap2 berbaloi la aku tgk citer ni...huhuhu...

Ape2 pown, Overall, daripada 5 bintang, aku bg 4 bintang jer la.. kenapa aku bg 4 bintang?? kalau nak diikutkan hati nak bagi 3 1/2 bintang jer.. tapi kesian lak kat steven spielberg nih penat2 wat citer...yang penting, aku balik ke rumah dengan simptom tergelak2, senyum lebar, senang hati.. kenapa?? sebab aku puas hati la...ehehe.. Walau pown manusia yang ader dalam panggung tuh boleh dikira dengan jari tangan sahaja... rugi kepada sesiapa yang xdtg utk memenuhkan panggung untuk berkongsi reaksi muka ,macam kat bawah nih sepanjang tgk citer nih... reaksi nya adalah.....jeng jeng jeng....


Memule masuk panggung da terbuat reaksi macam nih...
 pasai terkejut dengan eksiden keretapi dengan kereta n menyebabkan bebudak dalam citer tuh lari bergelimpangan menyelamatkan diri di dalam hujan keretapi yang berapi... tp mmg giler dasat bebudak nih sume menyelamatkan diri untuk beberapa minit, berlari ke sana- sini.. masuk bawah umah, keluar dari bawah umah n macam2 lagik la...(tgh bersemangat bercerita nih...ahaha) rase macam nak join sekali larik2 dalam panggung.,...

Pastu ader jugak reaksi muka camnih
i olls tergelak sambil malu2 kat orang2 belakang i olls mcm awex kat atas nih... serious, mmg mcm die... sketul2 mcm tuh... boleh dikatakan fotostat la.. ahaks...sebabnya, banyak gak dialog2 lawak n reaksi2 bebudak yang jadi watak utama dalam citer nih... serious, citer nih mmg ader banyak elemen lawak... sebab tuh sampai balik pown tergelak2..

Kemudian reaksi bertukar balik pada macam nih...
 Terkejut giler biler alien tuh muncul tibe2 n suke ati die jer nak rampas orang2 yang ader n mengambil enjin2 kete, kabel2 letrik n sebagainya... hampir2 terjerit, terlompat, tercampak n sebagainya yang "ter" nih la...

Mesti u olls pelik kan.,..memule aku kate pasai ribut , pastu keretapi, pastu ader bebudak yang sangat lawak, pastu tetibe ader alien pulak... citer pasai aper sebenarnye nih????

Kalau u olls nak tau sila la tgk link sini k Super 8 IMDb... nak citer lebih2 nnt u olls da xyah pi tgk wayang plak kan....tapi serba salah plak xbgtau... sket jer la k... citer nih pasai alien yang nak balas dendam terhadap manusia, n ader beberapa budak nih yang jadi watak utama nih berusaha untuk merungkaikan misteri alien tuh...

Aper yang best pasai citer nih?
  • penuh dengan kejutan
  • sound effect yang giler best
  • bebudak yang jd watak utama nih giler nyer lawak..
  • buat kiter xsenang duduk dalam panggung.
Ape yang xbest? 
  • jalan citer macam serabut sket la.. 
  • ader banyak persoalan yang kami telah rungkaikan dengan mengexplain semula situasi citer tuh dalam kete  mase balik td..
  • ending citer nih menyebabkan aku bereaksi muke camnih mcm kat bawah nih sambil ckp "camtu je ke ending die??"
Kalau u olls nak tau lebih detail... pi la tgk citer nih k... seriously memang berbaloi kuar RM10 tuh.. ader elemen kejutan, lawak, thrill n mcm2 lagik...

Sekian Wassalam... :D:D:D


Tuesday, June 7, 2011

Pertandingan Memancing Keluarga Jamaludin n Zailan

Assalamualaikum,
Pada 6 Jun 2011 yang lepas iaitu pada hari isnin, keluarga jamaludin dan zailan telah menganjurkan sebuah pertandingan memancing untuk semua ahli keluarganya. Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa orang pemancing tegar dan beberapa orang pemancing baru nak belajar. Antara peserta yang menyertai pertandingan ini adalah En.Jamaludin, Puan Zailan, En. Amir Hamzah, Puan Zurina, Cik Zilla Jamal, Cik Aishah Jamal, Cik Wani Jamal dan Nurul Umairah Haziqah. Pertandingan ini telah dijalankan di sebuah rakit di Gelang Patah. 

Antara hasil daripada pertandingan ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu kategori ikan biasa, ikan luar biasa dan hasil pancing yang unik. Ikan yang berada dalam kategori biasa yang telah dapat dipancing adalah ikan duri, ikan gelama dan ikan buntal. Manakala kategori ikan luar biasa adalah ikan belukang, ikan tuka@anak pari, ikan senangin. Kategori hasil pancing yang unik pula adalah belangkas, kasut but, dan belin.

Berikut adalah ikan yang berjaya dipancing mengikut peserta pertandingan:
En. Jamaludin: 5 ekor ikan yang terdiri daripada ikan duri dan ikan gelama serta ikan buntal terbesar :D
Puan Zailan: 7 ekor ikan yang terdiri daripada ikan duri, ikan gelama, ikan buntal dan kasut but :D
En. Amir Hamzah: 11 ekor ikan iaitu ikan duri, ikan gelama, belin, belangkas, dan ikan yg tidak diketahui :D
Puan Zurina: 4 ekor ikan iaitu ikan gelama dan ikan duri
Cik Zilla Jamal: 12 ekor ikan termasuk ikan duri, gelama, belukang, tuka@anak pari, dan buntal.
Cik Aishah Jamal: 6 ekor ikan iaitu ikan duri, ikan gelama, ikan buntal.
Cik Wani Jamal: 17 ekor ikan iaitu ikan duri, gelama, senangin dan ketam yang terlepas :D
Nurul Umairah Haziqah: sekadar menyokong ibubapanya untuk memancing.

Oleh itu, keputusan berikut telah diperoleh untuk pertandingan ini
Johan:           Wani Jamal
Sebab: dapat ikan senangin dan mendapat hasil pancing yang terbanyak
Naib Johan:   Zilla Jamal
Sebab: mendapat ikan tuka@anak pari dan ikan belukang yang besar tetapi telah dilepaskan sbb ikan belukang makan ta*k serta hasil pancing sebanyak 12 ekor.
Ketiga:          Amir Hamzah
Sebab: mendapat hasil pancing yang unik iaitu belangkas dan belin serta hasil pancing sebanyak 11 ekor.
Keempat:    Puan Zailan
Sebab: mendapat hasil pancing sebanyak 7 ekor dan juga kasut but :D
Kelima:      Aishah Jamal
Sebab: mendapat hasil pancing sebanyak 6 ekor ikan
Keenam:    En. Jamaludin
Sebab: mendapat 5 ekor ikan
Ketujuh:     Puan Zurina (pemancing baru)
Sebab: mendapat hasil pancing sebanyak 4 ekor ikan.
Hadiah bagi semua pemancing adalah makan hasil pancing sendiri...ehehehe

Kat bawah adalah gambar2 semasa pertandingan berlangsung... enjoyzzzz..
 Ini die juara mancing, wani jamal ngan umairah, si kecik yg menyokong.
 penantian perlukan kesabaran
Aishah jamal... ini lah suasana rakit tempat kami memancing selalu.
 mami n dedi :D

Semasa memancing..

Aksi tayang gigi sambil memancing

Ikan belukang yang berjaya dipancing, tp dilepaskan semula sebab ikan ni makan ta*k... ehehe.. tp best wooo dapat rase tarik ikan beso camner.. bergigil satu badan...ahaha

kali nih abah xmancing sgt sbb dok melayan cucunya sahaja

ikan tuka@anak pari yang berjaya saya tangkap di tempat yang same ngan belukang td..
Balik time...

puan zurina @ kak long yang baru belajar memancing ngan Mairah yang kecik2 lagi da dibawak memancing.. serious budak nih mmg xtakut punya budak... ape2 ikan pown die nak gak pegang.. kami siap letak ikan buntal dalam besen utk die main lagik.. pastu mane mak ayah die nak mancing, kat situ die nak duduk...

amir hamzah, @ ijat @bapak mairah @ husband pn.zurina

Zilla Jamal n Aishah Jamal

Lastly ketibaan mak, abah n wani... :D:D


Sangat enjoy memancing nih.. n lagik best bile sume keluarga kaki pancing gak... lepas nih kalau cuti nak pi lagik... :D:D

Wednesday, June 1, 2011

~Tiada IbuBapa, Tiadalah Kita~

Salam kepada semua pembaca,
Dah lame giler xupdate blog nih. tp tetiba pulak terpanggil untuk mengepos satu topik yang sangat penting tetapi ader sesetengah orang xhargainya. Topik aper? Pasai family....
Facebook mmg satu tempat utk share banyak bende, tapi kekadang tu ader gak bende2 yang biler kiter baca mcm nak ckp camnih jer:
"HELLO, BENDE CAMTUH POWN KO NAK BGTAU SUME ORANG KER, PASAI FAMILY SENDIRI KOT"

Bukannya apa, just nak highlight kat cni, xkan kiter xpuas ati ngan family sendiri pown nak update kat fb. pastu orang yg komen lak leh sokong... adoiyai... dimanakah kesensitifan anda.. takdak mak ayah, xdak la kiter lahir kat dunia nih.. 

lagik satu, mak ayah kiter bagi nasihat sebab diorg lebih banyak tau apa yang berlaku kat dunia realiti nih.. orang kate "mereka lebih banyak makan garam daripada kita". Jadi, apa yang dinasihatkan oleh mereka tuh sila lah terima dengan baik. memang dalam usia yang remaja nih asik nak memberontak jer, xleh terima pakai banyak nasihat yang diberi oleh mak ayah. dalam masa terdekat nih memang u olls xkan nampak kesan daripada nasihat yang diberi tuh. Tapi suatu hari nanti u olls akan keluarkan ayat camnih "Patutla mak ayah aku pesan mcm tu dulu, ader sebabnya"... atau camnih " kalau mak ayah aku xbg nasihat kat aku dulu, mesti aku jadik teruk"... bende2 nih sume berlaku juga pada saya.. skang saya da nampak kesan daripada didikan mak abah bg pada saya dulu. 

So, please la, xperlu kutuk2 mak ayah sendiri kat orang lain n umum kat fb plak biar semua orang tau... sangat tidak sesuai.. kemungkinan 2 perkara akan berlaku iaitu, anda akan dianggap anak yang xbaik sbb kutuk mak ayah sendiri atau sesetengah kwn2 kamu akan setuju ngan kamu. 

SAYANGILAH KELUARGA KAMU. TANPA MEREKA TIADALAH KAMU DI DUNIA INI. SEGALA PESANAN DAN NASIHAT SERTA LARANGAN YANG DIBERIKAN ADALAH UNTUK KEBAIKAN, BUKAN UNTUK MEMUDARATKAN KAMU. 


LASTLY, RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL.

I LOVE MY FAMILY. 
THANKS MAK ABAH BESARKAN KAMI ADIK BERADIK DENGAN BAIK :D