JellyPages.com

Tuesday, June 7, 2011

Pertandingan Memancing Keluarga Jamaludin n Zailan

Assalamualaikum,
Pada 6 Jun 2011 yang lepas iaitu pada hari isnin, keluarga jamaludin dan zailan telah menganjurkan sebuah pertandingan memancing untuk semua ahli keluarganya. Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa orang pemancing tegar dan beberapa orang pemancing baru nak belajar. Antara peserta yang menyertai pertandingan ini adalah En.Jamaludin, Puan Zailan, En. Amir Hamzah, Puan Zurina, Cik Zilla Jamal, Cik Aishah Jamal, Cik Wani Jamal dan Nurul Umairah Haziqah. Pertandingan ini telah dijalankan di sebuah rakit di Gelang Patah. 

Antara hasil daripada pertandingan ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu kategori ikan biasa, ikan luar biasa dan hasil pancing yang unik. Ikan yang berada dalam kategori biasa yang telah dapat dipancing adalah ikan duri, ikan gelama dan ikan buntal. Manakala kategori ikan luar biasa adalah ikan belukang, ikan tuka@anak pari, ikan senangin. Kategori hasil pancing yang unik pula adalah belangkas, kasut but, dan belin.

Berikut adalah ikan yang berjaya dipancing mengikut peserta pertandingan:
En. Jamaludin: 5 ekor ikan yang terdiri daripada ikan duri dan ikan gelama serta ikan buntal terbesar :D
Puan Zailan: 7 ekor ikan yang terdiri daripada ikan duri, ikan gelama, ikan buntal dan kasut but :D
En. Amir Hamzah: 11 ekor ikan iaitu ikan duri, ikan gelama, belin, belangkas, dan ikan yg tidak diketahui :D
Puan Zurina: 4 ekor ikan iaitu ikan gelama dan ikan duri
Cik Zilla Jamal: 12 ekor ikan termasuk ikan duri, gelama, belukang, tuka@anak pari, dan buntal.
Cik Aishah Jamal: 6 ekor ikan iaitu ikan duri, ikan gelama, ikan buntal.
Cik Wani Jamal: 17 ekor ikan iaitu ikan duri, gelama, senangin dan ketam yang terlepas :D
Nurul Umairah Haziqah: sekadar menyokong ibubapanya untuk memancing.

Oleh itu, keputusan berikut telah diperoleh untuk pertandingan ini
Johan:           Wani Jamal
Sebab: dapat ikan senangin dan mendapat hasil pancing yang terbanyak
Naib Johan:   Zilla Jamal
Sebab: mendapat ikan tuka@anak pari dan ikan belukang yang besar tetapi telah dilepaskan sbb ikan belukang makan ta*k serta hasil pancing sebanyak 12 ekor.
Ketiga:          Amir Hamzah
Sebab: mendapat hasil pancing yang unik iaitu belangkas dan belin serta hasil pancing sebanyak 11 ekor.
Keempat:    Puan Zailan
Sebab: mendapat hasil pancing sebanyak 7 ekor dan juga kasut but :D
Kelima:      Aishah Jamal
Sebab: mendapat hasil pancing sebanyak 6 ekor ikan
Keenam:    En. Jamaludin
Sebab: mendapat 5 ekor ikan
Ketujuh:     Puan Zurina (pemancing baru)
Sebab: mendapat hasil pancing sebanyak 4 ekor ikan.
Hadiah bagi semua pemancing adalah makan hasil pancing sendiri...ehehehe

Kat bawah adalah gambar2 semasa pertandingan berlangsung... enjoyzzzz..
 Ini die juara mancing, wani jamal ngan umairah, si kecik yg menyokong.
 penantian perlukan kesabaran
Aishah jamal... ini lah suasana rakit tempat kami memancing selalu.
 mami n dedi :D

Semasa memancing..

Aksi tayang gigi sambil memancing

Ikan belukang yang berjaya dipancing, tp dilepaskan semula sebab ikan ni makan ta*k... ehehe.. tp best wooo dapat rase tarik ikan beso camner.. bergigil satu badan...ahaha

kali nih abah xmancing sgt sbb dok melayan cucunya sahaja

ikan tuka@anak pari yang berjaya saya tangkap di tempat yang same ngan belukang td..
Balik time...

puan zurina @ kak long yang baru belajar memancing ngan Mairah yang kecik2 lagi da dibawak memancing.. serious budak nih mmg xtakut punya budak... ape2 ikan pown die nak gak pegang.. kami siap letak ikan buntal dalam besen utk die main lagik.. pastu mane mak ayah die nak mancing, kat situ die nak duduk...

amir hamzah, @ ijat @bapak mairah @ husband pn.zurina

Zilla Jamal n Aishah Jamal

Lastly ketibaan mak, abah n wani... :D:D


Sangat enjoy memancing nih.. n lagik best bile sume keluarga kaki pancing gak... lepas nih kalau cuti nak pi lagik... :D:D

2 comments:

aien said...

wow best nye mancing!! =D


p/s: hi zila, aina ni.jom exchange link jummmm! =)

Unknown said...

lor aina upenye... hehe... jom2... :D