JellyPages.com

Tuesday, April 13, 2010

~HePi BeSdAy JAB GROUP~

Salam,

update hari nih adalah pasal group nomie pada zaman skolah dulu.. hari nih bersamaan 13 april 2010 adalah ulangtahun penubuhan JAB Group yang ke 12 tahun... so, sempena ulangtahun nih, nak la nomie mengungkap sejarah2 lama berkaitan dengan JAB nih...

Sejarah penubuhan:
  • ditubuhkan pada 13 April 1998
  • masa nih kami baru form 1 di sekolah menengah kebangsaan kempas
  • bermula dengan 6 orang ahli iaitu adlina, baizura, wan mazlina, nomie@zilla, suhaidah dan bayani.
  • nama kumpulan yang diberi adalah Jass and Best.
  • kalau xsilap "JASS" dicadangkan oleh adlina yang membawa maksud Jalinan Antara Sahabat Setia.
  • kemudian, suhaidah dan bayani mengundurkan diri daripada kumpulan JAB.
  • zarina, zamilah, salizah, maryam, zara dan fiza menyertai kumpulan ini yang menjadikan kumpulan ini terdiri daripada 10 orang.
  • selepas daripada itu, kami tidak menerima lagi sesiapa yang ingin menyertai JAB.

Aktiviti kami:
  • mengadakan jamuan dan pertukaran hadiah bagi setiap tahun
  • menyertai pertandingan kuiz pengetahuan am dan JAB dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyertai kuiz ni.
  • menyertai pertandingan syair
  • menyertai pertandingan nyanyian lagu patriotik
  • menyertai koir sekolah
  • menyertai pertandingan nasyid dan nama kumpulan kami bertukar kepada "Nur Firdaus" dan kumpulan kami dapat Johan mase nih...ehehe
  • sebahagian menjadi pengawas pusat sumber dan sebahagian menjadi pengawas sekolah
  • pernah kami mengenakan denda dalam ahli kumpulan sendiri bagi sesiapa yang bising di dalam kelas... (skema nyer rasa...ahaks)
  • menyertai choral speaking
  • buat meeting setiap kali ader konflik semasa rehat di dalam library...eeheh
  • buat pertandingan sendiri utk ahli kumpulan dan menyediakan hadiah sendiri..contoh pertandingan, masukkan benang dalam jarum, sape paling cepat abihkan biskut n mcm2 lagik
  • karaoke di rumah adlina
  • lepak kat taman permainan, masjid, bustop n mcm2 lagik selepas waktu sekolah.
  • tulis novel berantai tapi novel nih tatau dah pada siapa akhirnyer n xjumpe da sampai skang.. sesape yang ader simpan tuh share la yer..
  • mcm2 lagik la...korunk yg ingat leh la tambah yer...ehehe
kat bawah nih antara gambar2 kami masa sekolah dulu...sumber gambar banyak daripada zara dan wan...

atas nih gambar pasangan kembar dalam kumpulan kami.. sebelah kiri adalah zarina dan sebelah kanan adalah zamilah

gambar atas nih lak gambar nomie mase skolah dulu ngan zara
yang nih dari kiri, zarina, adlina dan zara.

gambar atas nih adalah gambar maryam dan zara

aweks yang peluk zara nih plak adalah salizah.

lagik sorang awek yang peluk zara nih pulak adalah baizura.

ini die pengawas dalam kumpulan kami iaitu wan mazlina dengan fiza...

atas nih gambar diorg beramai2... kami ader bergambar satu kumpulan dengan baju sekolah tapi xdapat dikesan lak gambar tuh maner...pada geng JAB yang ader tuh uploadkan yer...thanks.


KINI.......

kini semua ahli JAB da dewasa dan mempunyai komitmen masing2....

Zara:
dalam group dipanggil kakak, sekarang dipanggil zara. maintain comel n kecik, tegas n garang mcm bese... skang bekerja dengan kanak2..

wan mazlina:
zaman skolah, wan nih kembar nomie n still kembar lain mak bapak sampai sekarang. wan pown skang da ader komitmen sendiri dengan kije nyer...

Zarina dan zamilah:
pasangan kembar kumpulan kami yang sangat spesel, disenangi, ramah, sporting dan mempunyai sore yang best kalau menyanyi...hehehe... zarina skang bekerja sambil belajar... manakala zamilah pulak bekerja di kelantan. zamilah adalah kakak dan zarina adalah adik yer...


Fiza:
lagik sorang ahli kumpulan JAB yang kecik n comel dan mempunyai suara yang best sangat kalau menyanyi... ehehe... sekarang da bekerja n masih single k...eheh
Maryam:
skang maryam da bekerja jugak... sume la da bkije...nomie jer x lagik...huhuhu... maryam still maintain cun n peramah macam dulu... kalau bjumpe mest sentiasa ader modal nak bercerita...

Zura:
da berkahwin, dan bekerja serta bz dengan komitmen nyer sendiri dengan keluarga dan kerja. amik gambar die dari fb die nih tanpa kebenaran...sowi2...huhuh

salizah:
da berkahwin dan mempunyai sepasang anak kembar yang bernama nuramirul arif dan nuramirul afif.

Adlina:
bekerja di jb dan masih lagik mcm dulu iaitu sentiasa ceria dan menghiburkan orang selalu.
zilla@nomie:
sampai skang still xkije n mencari kije... sedang belajar di peringkat sarjana dan tgh tunggub final result... makin sihat...ahaks...
kat bawah nih antara gambar2 kami yang terkini apabila bersama...

gambar yang ni masa zura dan salizah masih bujang... tp skang da kawen..
gambar nih plak masa salizah bertunang... skang da ader dua orang anak dah...
nih masa raya 2009... masa nih salizah baru disahkan mengandung kembar...
yang paling terkini ialah gambar kat bawah ni iaitu masa reunion sekolah kempas batch 1998 sehingga 2002.

Apa-apa pown... walaupun kami ader komitmen masing2, kami tetap cube berhubung antara satu sama lain. kami masih bersahabat sehingga kini dan diharapkan untuk selamanya.

i luv u olls... jgn lupekan persahabatan kiter yang da lamer sesangat nih. harap2 kiter tetap berjumpa dan berhubung walaupun jauh... bak kate pepatah biar jauh di mata tapi dekat di hati.... jgn lost contact k... sayangilah persahabatan kiter nih.... segala kenangan tidak mungkin dilupekan... semua kenangan adalah kenangan manis.... tiada yang pahit pown... misz u olls...


p/s: gambar ihsan daripada semua ahli JAB... aku cilok gambar fb korunk...ehehe...sowi yer...kalau ader fakta yg silap...btolkan la yer...:D:D

Post a Comment