JellyPages.com

Monday, December 1, 2014

.:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions)

Assalamualaikum,

Ok post nih adalah kesinambungan daripada post yang sebelum ini iaitu post berkaitan dengan indoor attractions di Lotte World Theme Park yang kami dapat naik. Bahagian outdoor di Lotte World dipanggil sebagai Magic Island. Kat luar nih la ader gyro drop, bungee drop, gyro spin sume bagai. Tapi xsemua yang kami naik sebab kekangan masa. Kat luar nih banyak la pemandangan yang cantik n tempat wajib amik gambar biler kat luar nih adalah Istana yang tersergam cantik. hehehe..



So jom citer pasai attractions yang kami dapat naik masa kat Magic Island nih.

1. Atlantis Adventure
Kelajuan rollercoaster ini adalah 72km/jam. Saya n yana memule macam nak xnak jer naik sebab biler tgk orang lain naik macam laju n menakutkan sangat sebab die start2 terus laju n banyak plak turun naik n selekohnya. Nih adalah satu-satunya rollercoaster kat outdoor. Tapi atas pujukan wani sebab die nak sangat naik n rakam, so, kami pown terjoin beratur skali ngan die. Padahal dalam hati nih macam-macam dok pikir. Masa kami beratur pown agak lamer sebab ramai giler yang beratur nak naik rollercoaster nih. biler sampai jer giliran kami, diorang xbagi plak rakam n suh letak sume barang kat tepi. seat untuk rollercoaster nih adalah untuk 8 orang sahaja. so, xla panjang sangat. saya n yana dok belakang sekali n wani dok depan kami. so, kesudahan citer, naik atlantis nih memang best giler, n berbaloi beratur lame2. saya yang jenis penakut nih pown enjoy n mata sentiasa terbukak utk tengok ape yang akan berlaku sepanjang naik rollercoaster nih. mmg thrill. Oleh sebab xdapat rakam video, kami share video daripada youtube yang dapat rakam masa main rollercoaster nih kat u olls. :)


muke2 tengah beratur

Selepas naik rollercoaster.:)


2. Gyro Drop
Untuk attraction macam nih, saya xnaik sebab takut pengsan lak kat atas tu. So, wani sorang jer yang naik sebab die nih sangat suke bende2 camnih. Gyro drop nih die akan bawak kiter naik ke atas sambil berpusing-pusing n jatuh dengan lajunye ke bawah  one shot. xder stop-jatuh- naik-stop-jatuh-naik.. Kalau yang die macam jatuh sikit2 pastu naik tuh attraction lain iaitu bungee drop. kami xnaik bungee drop nih sebab konsep die same jer ngan gyro drop. So, feel die, hanya wani sorang jer dapat rasa. n ape yang wani kata, "masa jatuh tuh, punggung xjejak seat wooo".. heheh..saya yang xnaik nih kene la jadi tukang rakam video daripada bawah. :) nak tau camner gyro drop nih, leh tengok gambar n video bawah ni :)





3. Ghost House
Yang ini kiter macam tengok movie 3D. not recommended utk korang. Melainkan nak bawak anak-anak. Sebab citer die hanya pasai seekor kucing yang masuk rumah berhantu n konon2nya kita yang menengok nih adalah kucing tuh. Agak boring yer. huhu


4. World Monorail
Next kami naik world monorail nih untuk mengelilingi lotte world n tengok indoor n outdoor lotte world drpd atas. Dapat la kami tengok keseluruhan lotte world yang menjadi salah satu lokasi citer Running Man ni. Setiap kali kami nampak tempat yang familir dalam nih mesti kami kaitkan ngan runningman, sbb slalu tgk dalam tv jer. hehe.






Yang atas nih last attraction yang kami ader naik dalam Lotte World Theme Park. Biler da pukul 6 petang, kami pown pi la amik makanan kami yang ditinggalkan dalam locker td. N terus keluar. tengok-tengok azree da tunggu da kat luar. die terkejut biler nengok kami xmkn burger udang utk lunch tadi. hehe.. galoks sgt dok main macam2 sampai xhengat nak makan. Ape2 pown pastu azree bawak kami pi dinner.

Hari ni kami makan nasi goreng kat myeongdong. Restoren ni staf diorang akan tolong gorengkan nasi goreng tuh kat meja makan kami. Ader video yang kiteorang rakam masa menggoreng tuh kat bawah ni. Hari nih memang penuh ngan rakam video saje. hehe. 



Lepas jer makan ni, kiteorang shopping dulu kat myeongdong sikit2 baru balik ke hotel untuk berehat. Kami tido lewat gak sebab dok tengok tv walau xdak subtitle sambil makan burger udang yang sepatutnya kami makan lunch tadi.

Lastly, nak share beberapa gambar masa kami kat Lotte World Themepark. :)



Ok done. Next post saya nak citer tentang trip hari ke 3 iaitu ke Ice Museum, Trick Eye Museum dan 63 building. :) So, tunggu post seterusnya k. Sekian, tq sebab bace blog saya.. ngee :D 

Bye, Assalamualaikum. :)


Untuk maklumat lanjut:

Website :

Tour Guide kami: 

Post berkaitan:


No comments: