JellyPages.com

Wednesday, February 4, 2015

.:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.

Assalamualaikum,

Hari ke 6 nih macam biasa kol 10 pagi kami da siap untuk keluar merayap. Pagi-pagi nih kami dibawak oleh tour guide kami ke namdaemun untuk shopping souvenir. Tour guide kami da biase bawak pelancong, so die tau mana kedai yang murah n berbaloi utk shopping souvenir. So, kami bertiga nih da siap wat list souvenir yang nak dibeli. Jadi kami terus bgtau pada tour guide kami barang apa yang kami nak beli. Of course barangnya adalah fridge magnet, keychain, tshirt, utensil  ngan brooch. so, tour guide kami terus bawak kami tuju ke tempat yang kami nak carik jer. Untuk kosmetik, kami da siap2 beli kat myeongdong da setiap malam yang kami pi. So, da tak pikir sangat da tang tu.
namdaemun
Tips untuk u olls kalau nak shopping souvenir nih, awai2 sila wat list nama orang-orang yang u olls akan bagi souvenir. ada lebih 30 nama dalam list i olls. hehehe.. n lagi satu, sila la beli lebih sket supaya ada bahagian untuk yang terlepas pandang. So, kalau u olls da siap wat list n tau nak bagi barang apa untuk siapa, biler shopping souvenir nanti u olls xkan susah2 dok pikir n kira-kira orang masa nak beli tuh. biler da ader list, sume proses membeli akan lebih cepat n lancar. I olls mmg da wat list tp tetibe xlancar plak masa beli tshirt untuk family sebab dok kira2 saiz bagai. tang situ jer la lambat sket. Pastu kami terus makan tengahari kat namdaemun jugak. walaupun belum sampai tengahari masa tuh. hehe.

Pastu kami sume balik ke hotel semula untuk simpan barang n kemudian turun balik untuk gerak terus ke Namsangol Hanok Village. Namsangol hanok village nih terletak rumah-rumah tradisional korea. Terdapat rumah2 asal yang dibawa ke sini dan terdapat juga rumah-rumah yang dibina semula seperti rumah yang asal tetapi dalam skala yang berbeza. Ok jom tengok gambar.



Kemudian kami bertolak ke Dongdaemun. Tour guide kami tanya samada kami nih suka shopping barang2 mcm untuk hiking n branded x. kami kata memang kami xshopping la barang2 camtu. so, die pown terus bawak kami ke dongdaemun design plaza. Cantik bangunan nih. Dalam tuh lebih kepada tempat untuk wat pameran. Ada bahagian yang kami boleh masuk free dan ada bahagian pameran yang kami kene bayar untuk masuk. So, bahagian berbayar memang kami xmasuk. hehe.



Segala aktiviti kami habis awal hari nih. hari masih belum gelap, kami da bertolak ke myeongdong untuk dinner. Lepas tuh macam biasa, kami terus la shopping2 kat myeongdong :)

Biler da habis shopping, tetibe kami teringat nak try Joice Tteokbokki. Tour guide kami da penah bawak kami ke Joice Tteokbokki tuh utk tunjuk jalan. Tapi malangnye kami nih lupe plak jalan. So, kami pown tanya la pada translator yang pakai jaket merah kat myeongdong tuh untuk tunjuk jalan. Diorg tunjukkan jalan siap bagi peta supaya kami xsesat. N lastly kami jumpe Joice Tteokbokki tu. Isu masa nak order bila kami da tunjuk kat ahjumma tu yang kami nak spicy tteokbokki kat menu. Tapi die mcm blur2. last2 ahjumma tuh panggil ahjumma lain untuk amik order kami. ngan ahjumma tuh kami tunjuk jer n die terus paham. pastu isu lain plak, iaitu kami nak bungkus jer bawak balik. beria la kami cakap 'take away'.. die xpaham, last2 diorg sebut 'take out', n kami angguk. baru lah die paham. kami pown xingat yang kat korea nih guna 'take out' bukan 'take away'. Sampai hotel, kami pown makan la tteokbokki tadi. pergh pedas berapi lidah. makan satu pastu tunggu lama nak makan lagi. dahla beli dua bungkus. Tapi alhamdulillah habis gak malam tuh. hehe.

balik hotel
dalam plastik berbungkus tuh la tteokbokki pedas giler.:)
Pasnih hanya tinggal post tentang hari ke 7 kami berada di Seoul dan post tentang shopping haul kami masa kat korea. pastuh habih da segala citer pasai trip di korea.

So, sekian utk masa nih.
Assalamualaikum :)

Untuk maklumat lanjut:  



Tour Guide kami: 

Post berkaitan:
  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.

No comments: