JellyPages.com

Sunday, August 31, 2014

~Unboxing Fashion Culture Box August~

Assalamualaikum,

Excited xhingat biler first time subscribe box ni. i olls dapat tau pasai box nih daripada blog sabrina tajudin. lepas jer bace kat blog tu, terus check website Fashion culture ni. Seriously memang jadi rambang mata walau ader 3 tema jer pown setiap bulan kan. So, utk bulan ogos ni i olls subscribe tema "wild city life" dengan tema "hippies movement". Lepas subscribe, setiap hari dok terpikir n xsabar nak dapat sebab kiter xtau ape kandungan box tu, cuma yang kiter tau lebih kepada aksesori dan based on tema2 yang die da bagi tu.

So, kelmarin da dapat da box ni. so, dengan excitednye pi amik kamera utk amik gambar luar dulu sebelum bukak, pastu start la bukak n mengambil gambo. test xlagi tu. lepas da amik gambo, baru dok pikir nak pakai camner sume aksesori nih kan. Ok sebelum dok citer lebih merapu, jom tengok ape yang i olls dapat k. :)

Ok, ini lah rupe box daripada Fashion Culture Box nih. Simple, kemas n menarik n memanggil2 kiter utk bukak. :)


Kedua-dua box nih dalamnya macam nih, dibungkus rapi n bukak2 jer da nampak comel.. seriously cara diorg bungkus memang kemas. :)


Gambar atas ni adalah daripada box wild city life. Ader 5 barang keseluruhannya iaitu beg, gelang, rantai, Joico shampoo dan conditioner. amik gambar dulu, pikir nak pakai camner tu kemudian. Jom kiter citer satu-satu barang daripada box ni k :).


Memula bukak beg ni, terus terpikir camner nak pakai beg ni sebab besenye memang xpenah pakai beg yang ader printing camnih. tetibe terlintas untuk bawak jer beg nih dalam handbag supaya tetibe pi shopping complex. kalau time tuh xder bg plastik, so leh la guna beg ni. Atau leh gak bagi kat adik sbb dalam usia yang da nak jejak 30 tahun nih macam xsesuai plak nak pakai beg camnih kan.. :) next.....



ini rantai memang cantik. i olls suke sangat, cuma i olls nih adalah wanita agam yang sihat terlampau jadi tak dapat la nak pakai rantai nih. pakai tanpa hijab pown da muat2 leher ini kan pula nak pakai di luar hijab kan. So, lepas berfikir secara mendalam, i oll akan jadikan rantai ini kepada gelang. nak tau camner i olls buat? tengok gambo bawah ni k. 


Tadaaa....boleh la pakai gini kan daripada xpakai langsung. i olls cuma pusing dua kali jer rantai tuh kat tangan, so jadi la macam tu. so, xderla rasa rugi membeli. yang penting kiter kene kreatif mengubah cara nak pakai aksesori nih kan. 

Gelang nih katanya inspired daripada Chanel double pearl accesories yang u olls leh tengok dalam fb fashion culture box.


Ok gambar bawah nih adalah Shampoo dan Conditioner daripada Joico. I olls xpenah lagi cuba brand ni so xdapat nak explain lebih2. Kedua-dua box nih ada shampoo dan conditioner yang sama. so, kesimpulannya i olls dapat dua set shampoo nih.. gittuhh, so, leh pakai lamer la. hehe. yang penting bau die wangi, i loooikkke..:)

Abih da citer pasai box Wild City Life. Sekarang kiter beralih ke box Hippies Movement. suke sangat dengan box yang ni sebab aksesori dalam die sangat colourful n kiter leh pelbagaikan cara pemakaian. Disebabkan i'm wearing hijab, so, banyak yang i olls olah cara pemakaian supaya i olls leh pakai segala aksesori nih walau memakai hijab. jom tengok kandungan box yang ni pulak.


Dengan tema hippies movement, i olls dapat rantai, headbands, anting2 sebelah dan jugak shampoo n conditioner daripada Joico.



i olls suke rantai ni, sebab adjustable ikut saiz agam kiter nih n leh pakai kat luar hijab. warna memang menarik, so, kene pandai2 la matching ngan baju u olls k. :)


Gambo atas nih baru jer amik sebab kebetulan i olls pi kenduri tadi, n da siap2 mekap, so, posing2 la terus dengan aksesori daripada fashion culture box ni. aksesori camnih i olls suke pakai kalau ader annual dinner. sebab time dinner la nak melaram pown kan. next....


Tema hippies memang xleh lari daripada feather earring, panjang dan sebelah jer. nak tau camner i olls gayakan earring nih walau berhijab. tengok gambo bawah nih k :)

                             

Caranya i olls jadikan macam brooch pakai kat tepi, biar terjuntai. Skang kan banyak orang pakai brooch labuh gini, so, kiter watla earring nih macam brooch jugak :)     

                              
Last item, headband. Dalam gambar atas nih leh nampak kat tengah memang xder bunga. i olls ingat memang gitu. upenyer ader bunga tercicir satu. so, i olls da lekatkan balik tapi xamik gambar yang baru. ini adalah lagi satu barang yang memang wajib dalam hippies movement n selalunya diorg pakai headband nih betui2 kat dahi diorg kan. Wanita berhijab, leh gak pakai kat dahi cuma nanti takut kemik2 pulak tudung tuh kan. kalau u olls pakai tudung yang melekat kat dahi macam tudung syria tuh no hal la. leh la pakai headband nih kat luar tudung. 



Nih cara i olls pakai. i olls jadikannya macam scarf. pakai atas kepala. tapi dalam gambar tuh i olls lebihkan bunga tuh ke sebelah bahagian jer. sebelah lagi xdak bunga. sorry, nak amik gambo full susah sangat sbb selfie sendiri kan.huhu. cara lain, u olls leh pakai macam scarf rambut kat atas tudung tapi jangan ketepikan macam i olls pakai dalam gambar. Lagi satu cara u olls leh pakai di dalam tudung n letakkan bunganya di dahi macam yang biasa. so, bunganya hanya akan nampak di dahi, tp yang bahagian lain ada di dalam tudung.

So tamatlah post panjang lebar kali ni. kesimpulannya, kadangkala kiter perlu jadi kreatif dalam mengolah sesuatu perkara supaya boleh digunakan dan bersesuaian dengan diri kita. gittuhh. 

Lastly, nih i olls share beberapa link yang u olls leh pi untuk tengok segalanya berkaitan dengan Fashion Culture Box.

Website: Fashion Culture Box



 Tema Fashion Culture Box untuk bulan September

 Sangat menarik tema box bulan sept nih. dok pikir ni nak subscribe ke idok..

ok, that's all untuk post kali ni.

assalamualaikum. :)

No comments: