JellyPages.com

Thursday, April 11, 2013

Makaroni 2 in 1:)

Assalamualaikum w.b.t.

Atas permintaan beberapa orang kengkawan kat facebook, hari nih nak post resepi makaroni bakar. Nak post resepi makaroni bakar, tapi kenapa tajuk makaroni 2 in 1 plak... hehehe, sebenarye letak tajuk camtu sebab memule kiter akan wat makaroni goreng dulu baru baru wat makaroni bakar. Ok, xmau nak bebel lebih2 jom tgk resepi. Sblm tuh, resepi nih utk 10 orang mkn tau.. hehe



Bahan-bahan

  • 680 gram sos prego (botol besar)
  • 500 gram Macaroni 
  • 4 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 biji red capsicum (potong dadu)
  • 3 biji tomato (potong dadu)
  • 3 lada merah 
  • Cendawan butang (ikut suka nak banyak mana)
  • Udang 
  • Daging kisar (boleh ditukar dengan daging ayam kisar)
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk oregano
  • Mozarella,cheddar n parmesan cheese.
  • Garam
  • Ajinamoto
  • 10 biji telur
  • Sayur campur (carrot,kacang peas n jagung)
  • Pati ikan bilis
Cara-cara
  • Didihkan air di dalam periuk, masukkan sesudu minyak dan sedikit garam. Bila air dah mendidih, masukkan makaroni. Apabila makaroni sudah masak, toskan dan letak tepi.
  • Kemudian Tumis bawang putih dan bawang besar di dalam kuali sampai naik bau, kemudian masukkan pati ikan bilis. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan daging kisar dan kacau sehingga masak n masukkan sos prego. Lebihan sos dlm botol jgn terus buang, masukkan air dan goncang n masukkan dlm kuali :).
  • Kemudian masukkan udang, gaul sampai mendidih. Masukkan garam n ajinamoto secukup rasa.
  • Pastu masukkan cendawan, capsicum, sayur campur n lada merah. Gaul dan gul dan gaul.. :) 
  • Lastly masukkan tomato dan macaroni. Gaul2 rata n tutup api
  • Dah jadi makaroni goreng. Kalau da xnak wat makaroni bakar, leh la terus makan jer makaroni goreng nih k. kalau nak wat makaroni bakar, teruskan step seterusnya.
  • Pecahkan sepuluh biji telur di dalam mangkuk, masukkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Pukul telur tu sampai sebati.
  • Masukkan makaroni goreng td ke dalam satu bekas n masukkan telur yang dah dipukul td dan gaul rata. 
  • Ambil loyang dan masukkan makaroni yang dah digaul dengan telur itu. Taburkan cheese di atas sampai penuh n xnampak makaroni kat bawah k.
  • Pastu, masuk dalam oven dan bakar. Nak bgtau bape lame n bape suhu nih xpandai la plak sbb pakai dapur manual jer... so main agak2 jer td. Sorry yer.. huhuhu..

Selamat mencuba :)


Post a Comment