JellyPages.com

Thursday, December 20, 2012

.: Bibimbap @ Mixed rice:.

Assalamualaikum,

ok resepi makanan korea seterusnya yang saya cuba bersama-sama dengan resepi sebelum ini iaitu resepi Gye Ran Mal E @ Korean Egg Roll ialah bibimbap. resepi ni jugak dipanggil sebagai mixed rice sbb lepas da susun cantik2 dalam mangkuk, kiter kne gaul die plak ngan sume bahan yang disusun cantik tuh. Nak tau bibimbap nih macam maner? Meh tgk gambar nih,

Serious cantik kan. jadi sayang plak nak makan... ehehe.. tp nih bukan saya yang buat la. xmampu nak wat secantik ini. tambahan plak nih first time cube. hehe. 

Okeh, resepinye...

Bahan-Bahan

Bahan A
  • 1/2 mangkuk ayam yang dipotong kecil (xperlu tulang)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
  • 2 sudu kicap
  • 1 1/2 sudu gula
  • 2 sudu minyak bijan
  • 2 sudu lada hitam
  • sedikit garam
Bahan B (sos)
  • 4 sudu besar gochujang
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu cuka
  • 2 ulas bawang putih (dicincang/ditumbuk)
  • sedikit bijan
  • sedikit garam
  • sedikit chilli flakes
Bahan C (topping)
  • 1/2 cawan kobis 
  • 1/2 cawan cendawan
  • 1/2 cawan kimchi
  • 1/2 cawan tauge
  • separuh  timun (dipotong panjang )
  • separuh carrot (dipotong panjang )
Bahan D 
  • Nasi 

Cara-caranya

Bahan A.
  • Perap ayam dengan semua bahan A dan dibiarkan seketika. 
  • kemudian masak ayam yang telah diperap tadi sehingga masak.
Bahan B.
  • Gaulkan semua Bahan B di dalam mangkuk. 
  • Panaskan seketika dengan sedikit minyak di dalam kuali. Ader sesetengah orang xmasak pown. Tp saya masak jugak la baru rasa puas hati nak makan.. eheh
Bahan C.
  • semua sayur di atas perlu di celur di dalam air mendidih kecuali timun.
  • kimchi plak goreng jer macam biasa dengan sedikit minyak.
  • asingkan setiap sayur itu, jangan campurkan.
Bahan D
  • Setelah semua A, B, dan C siap. 
  • Letakkan nasi dalam mangkuk dan susun bahan-bahan A, B dan C tadi mengikut kreativiti u olls. 

Ok, nak share gambar bibimbap yang saya buat tadi. Jang!!!



Sangatla tidak macam gambo first tadi yer.. hehe.. dalam gambar nih, sambal gochujang diletak kat bawah ayam tu. Ok, biler nak makan, u olls kne gaul2 nasi ngan segala sayur2 yang kat atas die tuh n akan jadi macam gambar bawah nih:


tentang rasa die plak, sedap, saya suke, cuma sos gochujang die xyah letak banyak2 la.. letak sket jer.. macam dalam gambar atas nih terlebih letak, so, kureng sket. lepas saya tambah nasi sket, baru rasa die sangat menyelerakan.. eheheh.

So, selamat mencuba u olls. :)



No comments: