JellyPages.com

Thursday, December 20, 2012

.:Gye Ran Mal E aka Korean Egg Roll:.

Assalamualaikum,

Hari nih sekali lagi cube masak makanan korea. Hari nih cuba dua resepi sekali harung. sebab boleh dikatakan resepi ini boleh dimakan bersama2 dengan resepi lagi satu yang akan di post kemudian :).

Resepi yang pertama nih dipanggil Gye Ran Mal E atau korean egg roll. Die macam kiter nyer telur dadar la. cuma bezanya dia lebih nipis dan digulung dan ader letak bahan2 lain. resepi nih sangat simple n mudah dimasak. Firstly nak share gambar die dulu. Tadaaa....


Ok, resepinye...

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur
  • 1/4 cawan carrot cincang
  • 1/4 cawan daun bawang cincang
  • 4 batang cili padi (kalau nak pedas) dicincang
  • sedikit garam
Cara-cara
  • Pukul telur > masukkan garam > kacau rata > masukkan carrot, daun bawang dan cili padi > kacau rata.
  • lepastu panaskan non-stick pan, letak minyak sket jer.
  • then, curahkan telur tadi n wat nipis jer tp jangan sampai ia jadi mudah koyak plak k. tgk gambar nih:




  • kemudian, tunggu sampai bawahnya cukup masak n boleh diangkat tanpa koyak, mula lipat dalam 1 inci di bahagian tepi n terus lipat sampai habis. ia memang tidak diterbalikkan kerana bahagian atas dibiarkan kurang masak sedikit supaya mudah melekat apabila dilipat.
  • Lepas di gulung, dibiarkan sejuk seketika n kemudian boleh start potong macam dalam gambar kat atas.. :)
  • Siap dihidang.



Rasanya bagi saya, sama jer macam rasa telur dadar. n juri tukang makan kat sini iaitu my adik kate die bg 5 bintang daripada 5 bintang. yay!! hehe

Selamat Mencuba :)

No comments: