JellyPages.com

Sunday, December 16, 2012

.:Resepi Kimchi Jigae @ Sup Kimchi:.

Assalamualaikum :)

oleh kerana hari ni saya telah mencuba masak sejenis makanan korea yang dipanggil Kimchi Jigae, jadi sy nak share sket resepi kimchi jigae nih sbb sedap giler pada saya la.. adik saya pown suke :)

Kimchi Jigae nih dalam bahasa melayunye Sup Kobis Jeruk.. First skali nak share gambar Kimchi Jigae nih.


Tuh die gambo kimchi jigae nih... nampak ala2 macam tomyam kan.. tp nih sup merah jer...  Sebelum saya cuba buat kimchie jigae nih, saya search dulu segala resepi kimchi jigae yang ader. n kalau search in "kimchi jigae" kiter akan jumpe banyak resepi yang gunakan wine n pork... so, pandai2 la kiter adjust sendiri resepi tuh ye.. kalau search "resepi sup kimchi" kiter akan jumpa banyak resepi from malaysia (of course la tulis pown dalam bahasa melayu..hehe)

Kebanyakan yang saya jumpa hanya gunakan ikan sahaja atau daging sahaja atau ayam sahaja... oleh kerana saya suke seafood n suke jugak ayam n daging... saya wat ala2 sup campur..  untuk pengetahuan korunk, resepi nih saya main letak2 n campak2 jer... letak jer la ape2 yang ade... yang penting jadi... :)

Resepinye:

Bahan2 kat atas tuh... hehe.. 

Bahan A
  • 3 sudu besar Gochujang (Hot Pepper Paste)-- kalau nak pedas letak lebih--ader jual di tesco
  • 2 sudu besar Kicap manis
  • chilli flakes
  • serbuk lada hitam
  • bawang putih (diblender)-- dlm mangkuk pink tuh pakai cincang jer hehe..
  • Air
Bahan B
  • Sotong
  • udang
  • meatball
  • isi ayam
  • 1 botol Kimchi (dgn air jeruk die sekali)---ader jual di tesco
  • pati ikan bilis
  • Air
Bahan C
  • Bawang besar (potong dadu)
  • tomato
  • Cili padi (nak pedas lebih letak la.. kalau xnak xyah letak pown xpe)
  • Daun bawang

Cara-caranya.
  1.  Campur Bahan A dalam mangkuk sampai sebati sampai jadi macam dalam gambar ni

  1. Lepas tu, panaskan periuk n masukkan air dalam periuk bersama2 dengan Bahan A yang dah di campur tadi. Kacau rata
  2. Masukkan semua bahan B n kacau lagi. Biarkan mendidih.
  3. Biler dah mendidih, masukan semua Bahan C. Biarkan skejap n then tutup api. :)
  4. Siap!!! 
Perhatian: 
  • leh campur ape2 yang kiter nak yang kiter rasa sesuai
  • garam xperlu letak sbb kimchi tu da masin.. tp ape2 pown cube rase dulu sblm nak tambah garam or xnak letak garam k.. :)
  • Makan ngan nasi atau nak makan kimchi jigae nih sahaja pown boleh gak.

Selamat mencuba :)

No comments: