JellyPages.com

Saturday, November 29, 2014

.:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.

Assalamualaikum,

Kemaruk n demam korea tak habih lagi nih sebab masih teringat-ingat moment mase ader kat sana. fefeeling nak pi lagi skali tuh masih kuat. ngehngeh. kumpul duit smule la cik zilla yer.

Sebelum nih saya da citer tentang tips n planning kami nak pi south korea. So, untuk post kali nih n seterusnya saya nak citer tentang aktiviti kami semasa kami berada di sana selama 8 hari. Hamik, satu hari aktiviti, satu post saya akan wat. jenuh la korang nak bace. heheh.

Ok, sepatutnya kami bertolak ke Incheon Airport pada jam 1.00 pagi 3 nov 2014. tapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, flight kami delay selama 3 jam. jenuh gak kami menunggu sebab kami masuk dalam boarding tuh dalam kol 9;00 malam gitu.. giler awai kan. Kol 4 pagi baru kami semua bertolak. n habuan yang kami dapat sebab delay adalah burger McD n air mineral. Ok xmau citer la pasai delay nih, jom citer pasai aktiviti kami kat sane.

Kami sampai ke Incheon Airport pukul 11 pagi waktu korea. Tour guide kami da tunggu kat airport n kami dibawa terus ke Mido Hotel, Namdaemun untuk check in. Kat bawah nih gambar bilik yang kami menginap untuk 8 hari 7 malam.

Bilik sengat selesa. ader heater, aircond, peti ais(ader air mineral n air kotak yang di refill setiap hari), katil single n double, hair dryer, toilettaries tersedia, Tv yang ader macam-macam channel. Microwave, air panas, sejuk n sarapan pagi semua tersedia kat lobi hotel. Toilet jer xamik gambar, tp semua selesa. Kami pown xbanyak songeh sebab balik bilik untuk tido jer pown.:)

Selesai kami letak barang n check in, tour guide kami, encik azree terus bawak kami gi lunch kat kedai makan berdekatan hotel. Namanya Pomato. Apa yang kami makan, kami xtau la nama die sebab dalam tulisan hangul. Azree pown explain segala makanan yang dalam menu tuh n kami pilih yang maner kami nak makan. So main tunjuk2 jer la. Nak tau ape yang kami makan, leh tengok gambar kat bawah nih.

Gambo first tuh jer tau. namanya kimbap, tuh wani nyer, die xmakan berat sebab kne maintain berat badan die. tp still kimbap pown agak berat. hehe. Next tuh yana nyer. dalam die ader ramyeon, rice cake ngan cheese.. xtau namanya ape. n yang bawah tuh saya nyer, panggil nasi sotong jer. yang lain adalah side dish. Komen: sedap, n mase tuh, setiap hari kami terpikir nak pi beli bungkus utk makan tgh malam kat situ jer tp xpi pown. 

Kemudian, kami balik bilik untuk bersiap pergi ke lokasi pertama kami iaitu Namsan Seoul Tower. Untuk pi ke namsan tower nih ada beberapa cara antaranya adalah menaiki bas n lagi satu naik cabel car. Tour guide kami bawak kami pi naik bas. Kami diberi kad T-Money untuk bayar tambang naik bas, subway n macam2 lagi. So, kami naik bas number 02 or 05 kot mase tuh untuk pi ke Namsan Tower daripada Namdaemun. xbape nak hingat. nih la kesilapan besar  iaitu x take note bende2 yang nih... huhu...Balik pown kami naik bas yang sama.

Sampai je kat tempat bas berhenti, kami kene mendaki plak untuk pi ke Namsan Tower nih. mengah gak la nak mendaki sampai ke Namsan Tower nih. Tapi sambil2 naik bukit tuh, kami leh tengok pemandangan musim autumn yang cantik.
jauh kami berjalan naik ke atas.. ce tgk belakang tuh... (klik utk besarkan gambar)

pemandangan seoul daripada atas bukit.

Sebelum masuk tower lagi kami da posing sakan da. Belum masuk lagi. kami xmasukkan la gambo kami berposing kat sini bebanyak, nnt panjang plak post nih jadik. So, firstly kami masuk ke Alive Museum. Museum nih macam Trick Eye Museum. kiter leh berposing ngan macam2 gambar 3D yang ader dalam tuh. Korang tunggang terbalik la biler bergambar dalam tuh. heheh. ok, saya share sikit gambo mase kami kat dalam alive museum bawah nih :)


Next kami masuk ke bahagian observatory untuk tengok pemandangan seoul daripada atas pada waktu malam.

Selain daripada tengok2 view seoul daripada atas tower ni. kami jugak ader beli postcard n kat sini diorg ader sediakan skali perkhidmatan post untuk poskad yang kiter beli tuh. Just pilih poskad yang ada, beli setem n masukkan dalam peti pos yang diorg sediakan. So, saya beli poskad n pos untuk diri sendiri sebagai kenangan daripada Namsan Seoul Tower. Lebih kurang 2 minggu gak kad nih nak sampai pada kami kat malaysia. Memule ingat memang xsampai dah, tp alhamdulillah sampai gak.
Sempat lak mintak cashier kat situ tulis perkataan special kat kad tuh dalam tulisan korea. tapi anta kat diri sendiri gak.. hehehe.. 
Lastly aktiviti kami mase kat Namsan Seoul Tower adalah kami pi berjalan-jalan kat bawah tower tuh sebab kat luar banyak tempat amik gambar yang cantik. Kami pi bergambar kat Locks of love. tempat orang yang dilamun cinta lock diorng nyer percintaan. Kami amik gambar jer la. nak lock2 pown xtau nak letak nama sapa. Then kami bergambar la kat tempat2 lain gak.


Gambar yang bentuk love double kat bawah nih sbenarnye diorg buat daripada sayur salad2 yang bermacam warna.. sangat kreatif. memule ingatkan bunge ke ape.. upenye salad.
Lepas da abih posing bagai, kami bertolak untuk dinner. Apa yang kami makan untuk dinner, leh tengok gambar kat bawah nih. :)

Last skali, azree tunjukkan kami cara nak balik ke hotel daripada myeongdong. Myeondong nih tempat shopping bagi orang-orang yang giler kosmetik korea n macam-macam bende lain. Nih adalah salah satu tempat wajib pi utk shopping kat korea. Myeongdong nih xjauh daripada hotel kami. so, kami jalan kaki jer. Biler kami da tau jalan pi myeongdong n balik hotel, tempat tu da jadi lokasi kami berjalan tetiap malam. ehehhe..then kami balik n berehat utk recharge balik tenaga supaya esoknya kami dapat berjimba2 kat Lotte World ngan penuh bertenaga.

so, next post saya akan citer tentang aktiviti kami di Lotte World. Sekian.

Bye, Assalamualaikum. :)

Untuk maklumat lanjut:  

Website:

Tour Guide kami: 

Post berkaitan:
  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.


Wednesday, November 19, 2014

.:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.

Assalamualaikum,

Citer untuk post kali ni adalah kami nak share tips n persiapan untuk bercuti ke korea pada musim autumn. Sepanjang kami berada di korea selama 8 hari 7 malam (3 Nov hingga 10 Nov 2014), suhu di sana adalah antara 4 sehingga 16 darjah celcius. Sejuk yer u olls.. ada masa tu, kami sampai kene pakai sarung tangan sebab sejuk.

So, kat sini kami nak share tips n barangan yang u oll boleh bawak untuk bercuti ke korea pada musim autumn sebagai panduan u olls.

Senarai barang yang perlu di bawa untuk musim autumn di korea.

  1. Bawa sehelai baju sejuk atau trench coat dan sehelai sweater pun sudah mencukupi kerana berjalan kat sane dalam musim sejuk memang tak akan berpeluh.
  2. Sarung tangan
  3. Wet tissue untuk beristinjak sebab tandas di sana tiada paip atau hos untuk mencuci.
  4. Botol air juga perlu bawa untuk tujuan yang sama dengan number 3(boleh dibeli di sana).
  5. Ubat-ubatan (selsema, demam, dan penyakit lain yang berkaitan dengan diri anda) in case xtahan ngan suhu kat sane.
  6. Flanil atau minyak angin sebab kat sane akan banyak berjalan. so, kalau sakit otot, leh sapu minyak.
  7. Bawak gula-gula untuk kunyah2 time lapaq tetiba.
  8. Bawak la megi ke brahims ke, tuna ke roti ke tp jangan terover bawak pulak. Kastam leh lepas asalkan simpan dalam luggage. jangan bawak kat hand luggage, memang xlepas.
  9. Toilettaries. Kalau dok hotel, xyah bawak sebab hotel sediakan. Tapi kalau nak gunakan tanpa was-was, bawak sendiri. 
  10. Hand n body lotion. Sangat penting untuk dibawa sebab musim autumn nih sejuk dan akan menyebabkan kulit kita menjadi sangat kering n mengelupas. 
  11. Bawa cermin mata gelap sebab cahaya matahari sangat terik. tapi xpanas.
  12. Vaseline atau lip balm. supaya bibir sentiasa lembap. kalau x, nnt bibir leh kering dan pecah2.
  13. Stokin untuk pakai berjalan dan stokin untuk tido
  14. kasut bertutup. supaya dapat tahan sejuk. jangan pakai heels, takut xlarat jalan banyak nanti.
  15. international plug adapter. wajib bawa sebab di sana plug nyer berbeza dengan malaysia
  16. Extention plug. xwajib bawa, tapi kalau rase2 u olls banyak bende nak kene cas, sila la bawa :)
  17. kamera wajib bawa. Kalau bawak satu jer kamera, jangan lupa bawak bateri spare. sbb dalam cuaca sejuk, bateri cepat abih. n lagi satu sebab, kiter mesti akan amik gambar banyak punyer sbb pemandangan sane cantik. (percaya x, kami pi sane 8 hari 7 malam n gambar yang kami amik ader 5000++ keping.. heheh)
  18. telekung travel jangan lupa. Boleh juga solat menggunakan pakaian sedia ada tp pastikan ia cukup syarat menutup aurat.
Yang tidak perlu.
  1. longjohn. sangat tidak perlu.
  2. Mafla/Scarf pown tidak perlu
  3. xperlu aktifkan roaming untuk guna internet di sana sebab mahai. Free Wifi di sana merata-rata, so u olls leh main internet n share aktiviti korang. just on wifi.
  4. Snow cap.. topi berkait tuh.. xyah bawak.. 
  5. hot pack pown xperlu.
Persiapan 
  1. kuatkan stamina sebab kat korea memang akan banyak berjalan, naik turun tangga dan panjat bukit.
  2. pastikan passport tamat tempohnya tidak kurang drpd 6 bulan. 
  3. Tukar duit RM ke Won siap-siap di malaysia
  4. Bawa juga sedikit duit RM
  5. Aktifkan kat ATM anda supaya boleh digunakan di korea. In case emergency nak pakai duit lebih.
  6. Kalau anda memang pi sana untuk shopping, wat list n research siap-siap barang yang anda nak beli supaya nanti u oll da tau ape yang u olls nak.
  7. try research tempat-tempat yang u olls nak pergi supaya tau serba sedikit tempat tu.
  8. Research tentang tax refund. U olls kene tau kalau u olls shopping kat sane, u olls leh dapat tax refund.
  9. Money changer di sana ada merata-rata. kalau tetibe duit habih, leh tukar ngan diorg. :)
  10. Discount voucher. Untuk yang pergi ke korea untuk shopping cosmetic, ader website yang keluarkan discount voucher untuk u olls gunakan bila shopping di sana. U olls hanya perlu print out voucher tuh dan tunjukkan pada cashier semasa shopping. Tgk link bawah nih k. :)
Perkara yang u olls perlu tahu
  1. Kedai makanan halal banyak di itaewon.
  2. Kalau nak shopping makeup, leh pi kat myeongdong
  3. Kalau nak shopping souvenir n tshirt i love korea dan brooch yang murah leh pi kat namdaemun
  4. Kalau nak shopping coat leh pi kat Ewha Women University. Situ banyak coat yang cantik-cantik dan murah,
  5. Study basic korea, annyeonghaseyo( hello), Kamsahamnida( tq), eolmaeyo(how much), Kaka Juseyo (boleh bagi diskaun?) -lebih kepada nak shopping.. hehehe
  6. mereka akan tunjuk harga menggunakan kalkulator
  7. Confirm diorg akan cakap bahasa korea juga dengan kita walau kita tak pandai. Diorg akan gunakan body language sampai kiter paham. tp kita akan paham jugak nanti.. hehe.
  8. Terdapat individu yang memakai jaket berwarna merah, bertopi dan memakai tag di merata tempat. (xder amik gambar plak nak tunjuk, sorry yer) Mereka nih boleh bercakap dalam bahasa inggeris, so, kalau sesat atau nak pi tempat yang kita xtau boleh tanya diorg. diorg sangat membantu. Siap bg peta lagi utk memudahkan kita :)
  9. Kalau nak pi backpackers jer, apps Jihachul sangat membantu utk maklumat tentang subway.
  10. Sampai sane terus beli kad T-money utk digunakan bila naik bas, subway n nak beli brg kat convenience store pown boleh. :)
Tax Refund

Ramai pelancong malaysia yang tidak tahu bahawa kita boleh dapatkan tax refund kalau kita berbelanja di korea. So, i olls nak bg tau cara macam mana kita nak dapatkan tax refund ni k supaya u olls tau. 
  1. Pastikan anda shopping di kedai yang mempunyai logo di atas ini untuk mendapatkan tax refund.
  2. Shopping sekurang-kurangnya 30,000 won di dalam satu resit
  3. Minta tax refund punya resit pada cashier 
  4. mereka akan masukkan resit pembelian dan resit tax refund ke dalam sampul mengikut jenis tax refund iaitu sampul berwarna biru untuk global blue, berwarna jingga untuk Global tax free. Jangan campur adukkan kedua-dua jenis ini. Kumpul sampul ini sehingga u olls nak balik
  5. Selepas u olls habis shopping, malam terakhir anda di korea. Kumpulkan semua resit dalam satu jenis sampul mengikut warna. Jika anda ada 5 sampul warna jingga, ambil semua resit daripada sampul jingga tersebut dan masukkan dalam satu sampul jingga sahaja. Perkara yang sama dilakukan untuk sampul biru. 
  6. Tulis segala details yang diperlukan dalam setiap resit tax refund dan juga sampul tax refund pada malam terakhir anda di korea supaya anda tidak kelam kabut semasa mendapatkan tax refund di airport nanti.
  7. pastikan barangan yang anda beli dan nak dapatkan tax refund tidak dibuka plastik sampulnya.
  8. letakkan barang yang anda beli dalam luggage sebab xboleh bawak dalam hand luggage.
  9. Di setiap sampul tax refund ada tunjuk lokasi untuk dapatkan tax refund di incheon airport. Anda boleh terus ke pegawai kastam untuk mendapatkan cop dan u olls akan diminta untuk buka luggage sebab mereka nak tengok barang tersebut. (masa kami pi, diorg xminta bukak beg, diorg terus bagi cop jer)
  10. Kemudian ada mesin di sebelah imigresen itu untuk kita scan resit pembelian kita di situ. Jangan risau sebab akan ada orang yang membantu kita untuk gunakan mesin itu, yang penting passport kene ader untuk diorg scan passport kita kat mesin tuh. kalau takde orang nak bantu, u olls leh select bahasa inggeris kat mesin itu dan ikut arahan yang diberikan, 
  11. pastu u olls leh pi check in dan drop baggage u olls. nih masih belum dapat tax refund lagi tau.
  12. lepas check in, bila u olls da masuk boarding, kat dalam tu ader lagi mesin yang sama macam sebelah kastam tadi, kat situ akan ada orang yang membantu kita juga. seperti biasa passport kene ada. kat sini la u olls akan dapat duit u olls balik dalam Won. so, u olls leh bawak balik duit tu, atau shopping lg kat dalam boarding tuh utk perabih duit. tempat shopping kat dalam tuh tax free. 
  13. Done. :)
ini adalah sampul tax refund. global blue, Smart tax free dan global tax free.

emmmm... aper lagi ek... rase macam da cukup da.. nanti kalau tetibe teringat yang penting i olls akan update k. 

Tq. Selamat bercuti.:)

Post Berkaitan:

Tuesday, November 18, 2014

.:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.

Assalamualaikum,

Nak jadi citer pada 3 nov hingga 10 nov 2014 yang baru lepas nih i olls pi bercuti ke korea ngan adik n kawan i olls. so, skang nih nak la citer serba sedikit tentang pecutian we olls kat sane. I olls akan buat beberapa post pasai percutian nih sebab terlalu banyak bende nak citer dalam satu pos jer. Nanti boring lak u olls.

So, untuk post kali nih, i olls nak citer pasai camner kami terpikir nak pi ke korea n camner kami plan segala-galanya sebelum kami pi.

November 2013
Kami merancang nak pi ke korea sejak tahun lepas lagi secara spontan masa tengah borak-borak. Asalnye member xla terfikir nak pi sejauh korea, die hanya pikir nak pi vietnam jer. Tp i olls lak cadang nak pi korea, die pown setuju terus. Pastu la bermula segala-galanya. Kami start survey2 tiket flight yang ader promo dan start wat research tentang korea. Masa nih kami xdecide lagi samada nak amik travel agent atau nak pi sendiri jer.

23/24 Februari 2014
Yana alert i olls n bagitau yang air asia ader wat promo ke Seoul serendah RM200++ untuk sehala tepat jam 00:00 malam 24 Feb. So, kiteorang pown terus pilih-pilih tarikh n decide nak bertolak pada 1 nov sehingga 8 nov. tapi masa nih kami xbeli lagi, baru decide jer sbb member belum bank in duit utk beli tiket. So, esok pepagi tu, kami cecepat bank in duit n balik bilik terus bukak website airasia utk beli tiket. malangnye tiket utk 1 Nov da full book, so, kami tukar ke 3 Nov hingga 10 Nov. Xpelah yang penting harga still murah.

  • Kos tiket flight untuk seorg (pergi dan balik)=KL-Incheon-KL
    • Tiket: RM592
    • Air asia insurance: RM34
    • Check in baggage 20kg (pergi): RM65
    • Check in baggage 30kg (balik): RM95
    • Maximise meal: RM14
    • Oriental quisine: RM35
    • Pick a seat: RM90
    • TOTAL: RM925
  • Total untuk 3 orang: RM 2775
P/s: 1. kami pilih silent seat, tp rasenye same jer ngan seat bese. so, amik jer la seat bese. tp kene la ngan harga murah, kami xselesa nak tido, sempit. huhu. kalau rase nak selesa sangat amik la premium seat, mmg tido xbangun2 la. da sampai korea baru sedar.. gittuh.. cuma kene tambah duit extra la. 
       2. Kami order nasi ayam utk makan tp rase nyesal sbb xsedap.. so, kalau u olls nak makan, order siap2 nasi lemak pak naseer diorg.. mmg sedap n berbaloi. kami sempat la rase nasi lemak die, order atas flight mase tuh.

  • Kos tiket flight untuk seorang (pergi dan balik)= Penang-KL-Penang
    • Tiket: RM148
    • Air asia insurance: RM18
    • Check in baggage 20kg (pergi):RM30
    • Check in baggage 30kg (balik):RM60
    • TOTAL: RM256
  • Total untuk 3 orang: RM768

Next...

Lepas tiket da settle, kami start carik travel agency yang tawarkan ground package untuk 8 hari 7 malam. Kami start carik ngan google, pastu carik lak kat fb n tanye kengkawan yang dah pi korea. Kami cuba contact dan emel segala travel agency yang kami jumpe. tp malangnye hanya sedikit yang balas emel kami dan kebanyakan pakej mereka hanya untuk 7 hari 6 malam dan 5 hari 4 malam. Selain daripada tuh, diorg da tetapkan tarikh2 untuk diorg wat pakej. n tarikh tuh tak kene ngan tarikh kiteorang. Yang leh accept kami plak harga pakej nye lebih daripada 4k seorang untuk 8 hari 7 malam. da terlebih daripada bajet tu. so, kami xamik gak.

Lepas berusaha gigih mencarik, akhirnya kami dapat contact number Kimchee Land-Muslim Travel Style daripada member yang pernah pi korea n dapat khidmat daripada salah sorang guide daripada situ. Kimchee Land nih terdiri daripada pelajar Malaysia yang belajar di korea. So, sambil-sambil diorg study, diorg bantu gak pelancong malaysia yang dtg ke korea. Then, i olls terus contact En. Azree melalui whatsapp untuk tanye tentang pakej. Kami just bagitau details penerbangan dan bagi itinerary flight kami kat diorg n diorg terus wat kan itinerary sepanjang kami berada kat sane beserta kos perbelanjaan pakej tersebut.



Itinerary di atas adalah itinerary yang terakhir mereka buat selepas flight kami delay 3 jam. Diorg ubah terus dan aktiviti masa first day dikurangkan dan aktiviti yang sepatutnya dilakukan pada hari pertama diselitkan ke dalam hari yang lain. Yang bestnye deal ngan kimchee land nih adalah itinerary nih sangat fleksibel. pada asalnya 63 building, trick eye museum xder dalam list tempat yang akan dilawat tapi kami mintak masukkan dua tempat tuh sebagai antara destinasi yang kami nak pergi. So, kami hanya perlu tambah duit untuk entrance fee sahaja. Total kami bayar untuk ground package nih adalah RM2450 seorang. So, masih di dalam bajet kami untuk bayar ground package. ini adalah antara pakej paling murah yang kami dapat n banyak tempat dapat pegi. Malam adalah waktu free kami, so, kami leh wat ape2 aktiviti yang kami nak pada waktu malam tu.

Kesimpulannya, kalau nak pi korea dengan harga ground package yang sangat berbaloi n jimat, leh la dapatkan khidmat daripada Kimchee Land nih. Pakej ini termasuk bayaran untuk transportation, penginapan, makan tengahari dan malam n segala entrance fees tempat-tempat yang kiter nak pergi. Kita hanya perlu bawak duit untuk belanja n berjimba-jimba kat sane je. Kalau u olls jenis yang berani n suka backpackers sendiri u olls akan belanja ngan lebih jimat la. so, u olls leh pilih sendiri la samada nak pakai travel agent atau nak backpackers jer.

p/s: kami seronok dpt khidmat drpd Kimchee Land sbb:

  • they olls leh communicate dalam bahasa korea
  • they olls tau mana tempat yang leh makan
  • they olls leh tunjuk makanan apa yang boleh mkn dan xleh makan
  • we olls leh tanye macam2 bende yang we olls nak tau 
  • they olls sangat peramah n membantu n sporting
  • they olls tau kat maner leh dpt souvenir dan barang2 yang paling murah
  • they olls bg feedback kat whatsapp sangat cepat kalau kami ader apa2 nak tanye
  • so, we olls xbimbang tentang bende2 di atas,
  • Kesimpulannye, pilihla diorg sebagai tour guide u olls. (tlg promote ni.. heheh)

Lastly total kos kami untuk flight ticket dan ground package untuk seorang adalah:
  • Tiket flight KL-Incheon-KL: RM925
  • Tiket flight Penang-KL-Penang: RM256
  • Ground Package: RM2450
  • TOTAL: RM3631
Ingin kami ingatkan disini adalah harga pakej tersebut adalah untuk bercuti 8 hari 7 malam.  :)

Selamat merancang untuk bercuti ke korea :))

Untuk Maklumat Lanjut:

Website:

Tour Guide Kami:

Post Berkaitan:

  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.