JellyPages.com

Monday, January 4, 2010

~Happy Besday Abah~

Salam semua pembaca blog nomie..

post kali nih adalah khas utk abah nomie sebab hari ini bersamaan dengan 5 januari iaitu hari selasa adalah hari lahir abah yang ke 54.

kat bawah nih gambar abah nomie, still hemsem kan...hahaha... nomie akan suh abah bace blog nomie utk post kali nih...
nih lak gambar kami satu family... rase mcm xclear jer gambar nih ...huhuhu...xper la...
so, ucapan zilla untuk abah...

"abah,
selamat hari lahir yang ke 54. semoga Allah sentiasa memberikan kebahagiaan, kesihatan, keceriaan, dan segalanya yang baik2 kepada abah. zilla nak ucapkan terima kasih kepada abah sebab abah membesarkan zilla ngan adik bradik lain dengan baik. ketegasan abah dan kegarangan abah dah bentuk kiteorang adik bradik menjadi insan yang baik. terima kasih jugak sebab abah menyokong setiap apa yang kami lakukan yang abah anggap baik dan menolak setiap perkara yang abah rasakan tidak baik dan tidak perlu untuk kami lakukan... semua tuh adalah sebab abah taknak kami terlibat dalam perkara-perkara yang tidak diingini.

Abah,
terima kasih jugak atas segala penat lelah abah mencari rezki untuk membesarkan kami, menyekolahkan kami, menjaga kesihatan kami dan semuanya yang abah dah beri kepada kami. Kami takkan lupa semua tu. Terima kasih abah. Kami semua iaitu mak, ijat, zilla, ain, mamat dan wani sayangkan abah.

Abah,
Semoga abah dipanjangkan usia, sentiasa dikasihi Allah, sentiasa ceria, sihat, bahagia, terhindar daripada hasat dengki segala makhluk Allah, terhindar daripada bahaya bencana dan sebagainya. Lagik sekali... We love you abah."

~Selamat Hari Lahir Abah~

P/S: Hepi besday to Yana n Fiza ex rumet jugak yer sbb besday same ngan besday my abah...heheh