JellyPages.com
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Monday, December 1, 2014

.:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions)

Assalamualaikum,

Ok post nih adalah kesinambungan daripada post yang sebelum ini iaitu post berkaitan dengan indoor attractions di Lotte World Theme Park yang kami dapat naik. Bahagian outdoor di Lotte World dipanggil sebagai Magic Island. Kat luar nih la ader gyro drop, bungee drop, gyro spin sume bagai. Tapi xsemua yang kami naik sebab kekangan masa. Kat luar nih banyak la pemandangan yang cantik n tempat wajib amik gambar biler kat luar nih adalah Istana yang tersergam cantik. hehehe..



So jom citer pasai attractions yang kami dapat naik masa kat Magic Island nih.

1. Atlantis Adventure
Kelajuan rollercoaster ini adalah 72km/jam. Saya n yana memule macam nak xnak jer naik sebab biler tgk orang lain naik macam laju n menakutkan sangat sebab die start2 terus laju n banyak plak turun naik n selekohnya. Nih adalah satu-satunya rollercoaster kat outdoor. Tapi atas pujukan wani sebab die nak sangat naik n rakam, so, kami pown terjoin beratur skali ngan die. Padahal dalam hati nih macam-macam dok pikir. Masa kami beratur pown agak lamer sebab ramai giler yang beratur nak naik rollercoaster nih. biler sampai jer giliran kami, diorang xbagi plak rakam n suh letak sume barang kat tepi. seat untuk rollercoaster nih adalah untuk 8 orang sahaja. so, xla panjang sangat. saya n yana dok belakang sekali n wani dok depan kami. so, kesudahan citer, naik atlantis nih memang best giler, n berbaloi beratur lame2. saya yang jenis penakut nih pown enjoy n mata sentiasa terbukak utk tengok ape yang akan berlaku sepanjang naik rollercoaster nih. mmg thrill. Oleh sebab xdapat rakam video, kami share video daripada youtube yang dapat rakam masa main rollercoaster nih kat u olls. :)


muke2 tengah beratur

Selepas naik rollercoaster.:)


2. Gyro Drop
Untuk attraction macam nih, saya xnaik sebab takut pengsan lak kat atas tu. So, wani sorang jer yang naik sebab die nih sangat suke bende2 camnih. Gyro drop nih die akan bawak kiter naik ke atas sambil berpusing-pusing n jatuh dengan lajunye ke bawah  one shot. xder stop-jatuh- naik-stop-jatuh-naik.. Kalau yang die macam jatuh sikit2 pastu naik tuh attraction lain iaitu bungee drop. kami xnaik bungee drop nih sebab konsep die same jer ngan gyro drop. So, feel die, hanya wani sorang jer dapat rasa. n ape yang wani kata, "masa jatuh tuh, punggung xjejak seat wooo".. heheh..saya yang xnaik nih kene la jadi tukang rakam video daripada bawah. :) nak tau camner gyro drop nih, leh tengok gambar n video bawah ni :)





3. Ghost House
Yang ini kiter macam tengok movie 3D. not recommended utk korang. Melainkan nak bawak anak-anak. Sebab citer die hanya pasai seekor kucing yang masuk rumah berhantu n konon2nya kita yang menengok nih adalah kucing tuh. Agak boring yer. huhu


4. World Monorail
Next kami naik world monorail nih untuk mengelilingi lotte world n tengok indoor n outdoor lotte world drpd atas. Dapat la kami tengok keseluruhan lotte world yang menjadi salah satu lokasi citer Running Man ni. Setiap kali kami nampak tempat yang familir dalam nih mesti kami kaitkan ngan runningman, sbb slalu tgk dalam tv jer. hehe.






Yang atas nih last attraction yang kami ader naik dalam Lotte World Theme Park. Biler da pukul 6 petang, kami pown pi la amik makanan kami yang ditinggalkan dalam locker td. N terus keluar. tengok-tengok azree da tunggu da kat luar. die terkejut biler nengok kami xmkn burger udang utk lunch tadi. hehe.. galoks sgt dok main macam2 sampai xhengat nak makan. Ape2 pown pastu azree bawak kami pi dinner.

Hari ni kami makan nasi goreng kat myeongdong. Restoren ni staf diorang akan tolong gorengkan nasi goreng tuh kat meja makan kami. Ader video yang kiteorang rakam masa menggoreng tuh kat bawah ni. Hari nih memang penuh ngan rakam video saje. hehe. 



Lepas jer makan ni, kiteorang shopping dulu kat myeongdong sikit2 baru balik ke hotel untuk berehat. Kami tido lewat gak sebab dok tengok tv walau xdak subtitle sambil makan burger udang yang sepatutnya kami makan lunch tadi.

Lastly, nak share beberapa gambar masa kami kat Lotte World Themepark. :)



Ok done. Next post saya nak citer tentang trip hari ke 3 iaitu ke Ice Museum, Trick Eye Museum dan 63 building. :) So, tunggu post seterusnya k. Sekian, tq sebab bace blog saya.. ngee :D 

Bye, Assalamualaikum. :)


Untuk maklumat lanjut:

Website :

Tour Guide kami: 

Post berkaitan:


Saturday, November 29, 2014

.:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.

Assalamualaikum,

Kemaruk n demam korea tak habih lagi nih sebab masih teringat-ingat moment mase ader kat sana. fefeeling nak pi lagi skali tuh masih kuat. ngehngeh. kumpul duit smule la cik zilla yer.

Sebelum nih saya da citer tentang tips n planning kami nak pi south korea. So, untuk post kali nih n seterusnya saya nak citer tentang aktiviti kami semasa kami berada di sana selama 8 hari. Hamik, satu hari aktiviti, satu post saya akan wat. jenuh la korang nak bace. heheh.

Ok, sepatutnya kami bertolak ke Incheon Airport pada jam 1.00 pagi 3 nov 2014. tapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, flight kami delay selama 3 jam. jenuh gak kami menunggu sebab kami masuk dalam boarding tuh dalam kol 9;00 malam gitu.. giler awai kan. Kol 4 pagi baru kami semua bertolak. n habuan yang kami dapat sebab delay adalah burger McD n air mineral. Ok xmau citer la pasai delay nih, jom citer pasai aktiviti kami kat sane.

Kami sampai ke Incheon Airport pukul 11 pagi waktu korea. Tour guide kami da tunggu kat airport n kami dibawa terus ke Mido Hotel, Namdaemun untuk check in. Kat bawah nih gambar bilik yang kami menginap untuk 8 hari 7 malam.

Bilik sengat selesa. ader heater, aircond, peti ais(ader air mineral n air kotak yang di refill setiap hari), katil single n double, hair dryer, toilettaries tersedia, Tv yang ader macam-macam channel. Microwave, air panas, sejuk n sarapan pagi semua tersedia kat lobi hotel. Toilet jer xamik gambar, tp semua selesa. Kami pown xbanyak songeh sebab balik bilik untuk tido jer pown.:)

Selesai kami letak barang n check in, tour guide kami, encik azree terus bawak kami gi lunch kat kedai makan berdekatan hotel. Namanya Pomato. Apa yang kami makan, kami xtau la nama die sebab dalam tulisan hangul. Azree pown explain segala makanan yang dalam menu tuh n kami pilih yang maner kami nak makan. So main tunjuk2 jer la. Nak tau ape yang kami makan, leh tengok gambar kat bawah nih.

Gambo first tuh jer tau. namanya kimbap, tuh wani nyer, die xmakan berat sebab kne maintain berat badan die. tp still kimbap pown agak berat. hehe. Next tuh yana nyer. dalam die ader ramyeon, rice cake ngan cheese.. xtau namanya ape. n yang bawah tuh saya nyer, panggil nasi sotong jer. yang lain adalah side dish. Komen: sedap, n mase tuh, setiap hari kami terpikir nak pi beli bungkus utk makan tgh malam kat situ jer tp xpi pown. 

Kemudian, kami balik bilik untuk bersiap pergi ke lokasi pertama kami iaitu Namsan Seoul Tower. Untuk pi ke namsan tower nih ada beberapa cara antaranya adalah menaiki bas n lagi satu naik cabel car. Tour guide kami bawak kami pi naik bas. Kami diberi kad T-Money untuk bayar tambang naik bas, subway n macam2 lagi. So, kami naik bas number 02 or 05 kot mase tuh untuk pi ke Namsan Tower daripada Namdaemun. xbape nak hingat. nih la kesilapan besar  iaitu x take note bende2 yang nih... huhu...Balik pown kami naik bas yang sama.

Sampai je kat tempat bas berhenti, kami kene mendaki plak untuk pi ke Namsan Tower nih. mengah gak la nak mendaki sampai ke Namsan Tower nih. Tapi sambil2 naik bukit tuh, kami leh tengok pemandangan musim autumn yang cantik.
jauh kami berjalan naik ke atas.. ce tgk belakang tuh... (klik utk besarkan gambar)

pemandangan seoul daripada atas bukit.

Sebelum masuk tower lagi kami da posing sakan da. Belum masuk lagi. kami xmasukkan la gambo kami berposing kat sini bebanyak, nnt panjang plak post nih jadik. So, firstly kami masuk ke Alive Museum. Museum nih macam Trick Eye Museum. kiter leh berposing ngan macam2 gambar 3D yang ader dalam tuh. Korang tunggang terbalik la biler bergambar dalam tuh. heheh. ok, saya share sikit gambo mase kami kat dalam alive museum bawah nih :)


Next kami masuk ke bahagian observatory untuk tengok pemandangan seoul daripada atas pada waktu malam.

Selain daripada tengok2 view seoul daripada atas tower ni. kami jugak ader beli postcard n kat sini diorg ader sediakan skali perkhidmatan post untuk poskad yang kiter beli tuh. Just pilih poskad yang ada, beli setem n masukkan dalam peti pos yang diorg sediakan. So, saya beli poskad n pos untuk diri sendiri sebagai kenangan daripada Namsan Seoul Tower. Lebih kurang 2 minggu gak kad nih nak sampai pada kami kat malaysia. Memule ingat memang xsampai dah, tp alhamdulillah sampai gak.
Sempat lak mintak cashier kat situ tulis perkataan special kat kad tuh dalam tulisan korea. tapi anta kat diri sendiri gak.. hehehe.. 
Lastly aktiviti kami mase kat Namsan Seoul Tower adalah kami pi berjalan-jalan kat bawah tower tuh sebab kat luar banyak tempat amik gambar yang cantik. Kami pi bergambar kat Locks of love. tempat orang yang dilamun cinta lock diorng nyer percintaan. Kami amik gambar jer la. nak lock2 pown xtau nak letak nama sapa. Then kami bergambar la kat tempat2 lain gak.


Gambar yang bentuk love double kat bawah nih sbenarnye diorg buat daripada sayur salad2 yang bermacam warna.. sangat kreatif. memule ingatkan bunge ke ape.. upenye salad.
Lepas da abih posing bagai, kami bertolak untuk dinner. Apa yang kami makan untuk dinner, leh tengok gambar kat bawah nih. :)

Last skali, azree tunjukkan kami cara nak balik ke hotel daripada myeongdong. Myeondong nih tempat shopping bagi orang-orang yang giler kosmetik korea n macam-macam bende lain. Nih adalah salah satu tempat wajib pi utk shopping kat korea. Myeongdong nih xjauh daripada hotel kami. so, kami jalan kaki jer. Biler kami da tau jalan pi myeongdong n balik hotel, tempat tu da jadi lokasi kami berjalan tetiap malam. ehehhe..then kami balik n berehat utk recharge balik tenaga supaya esoknya kami dapat berjimba2 kat Lotte World ngan penuh bertenaga.

so, next post saya akan citer tentang aktiviti kami di Lotte World. Sekian.

Bye, Assalamualaikum. :)

Untuk maklumat lanjut:  

Website:

Tour Guide kami: 

Post berkaitan:
  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.


Wednesday, November 19, 2014

.:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.

Assalamualaikum,

Citer untuk post kali ni adalah kami nak share tips n persiapan untuk bercuti ke korea pada musim autumn. Sepanjang kami berada di korea selama 8 hari 7 malam (3 Nov hingga 10 Nov 2014), suhu di sana adalah antara 4 sehingga 16 darjah celcius. Sejuk yer u olls.. ada masa tu, kami sampai kene pakai sarung tangan sebab sejuk.

So, kat sini kami nak share tips n barangan yang u oll boleh bawak untuk bercuti ke korea pada musim autumn sebagai panduan u olls.

Senarai barang yang perlu di bawa untuk musim autumn di korea.

  1. Bawa sehelai baju sejuk atau trench coat dan sehelai sweater pun sudah mencukupi kerana berjalan kat sane dalam musim sejuk memang tak akan berpeluh.
  2. Sarung tangan
  3. Wet tissue untuk beristinjak sebab tandas di sana tiada paip atau hos untuk mencuci.
  4. Botol air juga perlu bawa untuk tujuan yang sama dengan number 3(boleh dibeli di sana).
  5. Ubat-ubatan (selsema, demam, dan penyakit lain yang berkaitan dengan diri anda) in case xtahan ngan suhu kat sane.
  6. Flanil atau minyak angin sebab kat sane akan banyak berjalan. so, kalau sakit otot, leh sapu minyak.
  7. Bawak gula-gula untuk kunyah2 time lapaq tetiba.
  8. Bawak la megi ke brahims ke, tuna ke roti ke tp jangan terover bawak pulak. Kastam leh lepas asalkan simpan dalam luggage. jangan bawak kat hand luggage, memang xlepas.
  9. Toilettaries. Kalau dok hotel, xyah bawak sebab hotel sediakan. Tapi kalau nak gunakan tanpa was-was, bawak sendiri. 
  10. Hand n body lotion. Sangat penting untuk dibawa sebab musim autumn nih sejuk dan akan menyebabkan kulit kita menjadi sangat kering n mengelupas. 
  11. Bawa cermin mata gelap sebab cahaya matahari sangat terik. tapi xpanas.
  12. Vaseline atau lip balm. supaya bibir sentiasa lembap. kalau x, nnt bibir leh kering dan pecah2.
  13. Stokin untuk pakai berjalan dan stokin untuk tido
  14. kasut bertutup. supaya dapat tahan sejuk. jangan pakai heels, takut xlarat jalan banyak nanti.
  15. international plug adapter. wajib bawa sebab di sana plug nyer berbeza dengan malaysia
  16. Extention plug. xwajib bawa, tapi kalau rase2 u olls banyak bende nak kene cas, sila la bawa :)
  17. kamera wajib bawa. Kalau bawak satu jer kamera, jangan lupa bawak bateri spare. sbb dalam cuaca sejuk, bateri cepat abih. n lagi satu sebab, kiter mesti akan amik gambar banyak punyer sbb pemandangan sane cantik. (percaya x, kami pi sane 8 hari 7 malam n gambar yang kami amik ader 5000++ keping.. heheh)
  18. telekung travel jangan lupa. Boleh juga solat menggunakan pakaian sedia ada tp pastikan ia cukup syarat menutup aurat.
Yang tidak perlu.
  1. longjohn. sangat tidak perlu.
  2. Mafla/Scarf pown tidak perlu
  3. xperlu aktifkan roaming untuk guna internet di sana sebab mahai. Free Wifi di sana merata-rata, so u olls leh main internet n share aktiviti korang. just on wifi.
  4. Snow cap.. topi berkait tuh.. xyah bawak.. 
  5. hot pack pown xperlu.
Persiapan 
  1. kuatkan stamina sebab kat korea memang akan banyak berjalan, naik turun tangga dan panjat bukit.
  2. pastikan passport tamat tempohnya tidak kurang drpd 6 bulan. 
  3. Tukar duit RM ke Won siap-siap di malaysia
  4. Bawa juga sedikit duit RM
  5. Aktifkan kat ATM anda supaya boleh digunakan di korea. In case emergency nak pakai duit lebih.
  6. Kalau anda memang pi sana untuk shopping, wat list n research siap-siap barang yang anda nak beli supaya nanti u oll da tau ape yang u olls nak.
  7. try research tempat-tempat yang u olls nak pergi supaya tau serba sedikit tempat tu.
  8. Research tentang tax refund. U olls kene tau kalau u olls shopping kat sane, u olls leh dapat tax refund.
  9. Money changer di sana ada merata-rata. kalau tetibe duit habih, leh tukar ngan diorg. :)
  10. Discount voucher. Untuk yang pergi ke korea untuk shopping cosmetic, ader website yang keluarkan discount voucher untuk u olls gunakan bila shopping di sana. U olls hanya perlu print out voucher tuh dan tunjukkan pada cashier semasa shopping. Tgk link bawah nih k. :)
Perkara yang u olls perlu tahu
  1. Kedai makanan halal banyak di itaewon.
  2. Kalau nak shopping makeup, leh pi kat myeongdong
  3. Kalau nak shopping souvenir n tshirt i love korea dan brooch yang murah leh pi kat namdaemun
  4. Kalau nak shopping coat leh pi kat Ewha Women University. Situ banyak coat yang cantik-cantik dan murah,
  5. Study basic korea, annyeonghaseyo( hello), Kamsahamnida( tq), eolmaeyo(how much), Kaka Juseyo (boleh bagi diskaun?) -lebih kepada nak shopping.. hehehe
  6. mereka akan tunjuk harga menggunakan kalkulator
  7. Confirm diorg akan cakap bahasa korea juga dengan kita walau kita tak pandai. Diorg akan gunakan body language sampai kiter paham. tp kita akan paham jugak nanti.. hehe.
  8. Terdapat individu yang memakai jaket berwarna merah, bertopi dan memakai tag di merata tempat. (xder amik gambar plak nak tunjuk, sorry yer) Mereka nih boleh bercakap dalam bahasa inggeris, so, kalau sesat atau nak pi tempat yang kita xtau boleh tanya diorg. diorg sangat membantu. Siap bg peta lagi utk memudahkan kita :)
  9. Kalau nak pi backpackers jer, apps Jihachul sangat membantu utk maklumat tentang subway.
  10. Sampai sane terus beli kad T-money utk digunakan bila naik bas, subway n nak beli brg kat convenience store pown boleh. :)
Tax Refund

Ramai pelancong malaysia yang tidak tahu bahawa kita boleh dapatkan tax refund kalau kita berbelanja di korea. So, i olls nak bg tau cara macam mana kita nak dapatkan tax refund ni k supaya u olls tau. 
  1. Pastikan anda shopping di kedai yang mempunyai logo di atas ini untuk mendapatkan tax refund.
  2. Shopping sekurang-kurangnya 30,000 won di dalam satu resit
  3. Minta tax refund punya resit pada cashier 
  4. mereka akan masukkan resit pembelian dan resit tax refund ke dalam sampul mengikut jenis tax refund iaitu sampul berwarna biru untuk global blue, berwarna jingga untuk Global tax free. Jangan campur adukkan kedua-dua jenis ini. Kumpul sampul ini sehingga u olls nak balik
  5. Selepas u olls habis shopping, malam terakhir anda di korea. Kumpulkan semua resit dalam satu jenis sampul mengikut warna. Jika anda ada 5 sampul warna jingga, ambil semua resit daripada sampul jingga tersebut dan masukkan dalam satu sampul jingga sahaja. Perkara yang sama dilakukan untuk sampul biru. 
  6. Tulis segala details yang diperlukan dalam setiap resit tax refund dan juga sampul tax refund pada malam terakhir anda di korea supaya anda tidak kelam kabut semasa mendapatkan tax refund di airport nanti.
  7. pastikan barangan yang anda beli dan nak dapatkan tax refund tidak dibuka plastik sampulnya.
  8. letakkan barang yang anda beli dalam luggage sebab xboleh bawak dalam hand luggage.
  9. Di setiap sampul tax refund ada tunjuk lokasi untuk dapatkan tax refund di incheon airport. Anda boleh terus ke pegawai kastam untuk mendapatkan cop dan u olls akan diminta untuk buka luggage sebab mereka nak tengok barang tersebut. (masa kami pi, diorg xminta bukak beg, diorg terus bagi cop jer)
  10. Kemudian ada mesin di sebelah imigresen itu untuk kita scan resit pembelian kita di situ. Jangan risau sebab akan ada orang yang membantu kita untuk gunakan mesin itu, yang penting passport kene ader untuk diorg scan passport kita kat mesin tuh. kalau takde orang nak bantu, u olls leh select bahasa inggeris kat mesin itu dan ikut arahan yang diberikan, 
  11. pastu u olls leh pi check in dan drop baggage u olls. nih masih belum dapat tax refund lagi tau.
  12. lepas check in, bila u olls da masuk boarding, kat dalam tu ader lagi mesin yang sama macam sebelah kastam tadi, kat situ akan ada orang yang membantu kita juga. seperti biasa passport kene ada. kat sini la u olls akan dapat duit u olls balik dalam Won. so, u olls leh bawak balik duit tu, atau shopping lg kat dalam boarding tuh utk perabih duit. tempat shopping kat dalam tuh tax free. 
  13. Done. :)
ini adalah sampul tax refund. global blue, Smart tax free dan global tax free.

emmmm... aper lagi ek... rase macam da cukup da.. nanti kalau tetibe teringat yang penting i olls akan update k. 

Tq. Selamat bercuti.:)

Post Berkaitan:

Tuesday, December 31, 2013

.:Resepi Korea:Hoddeok:.

Assalamualaikum,

Hari nih, saya baru jer cuba satu lagi makanan korea. namanya hoddeok. Hoddeok nih salah satu makanan yang selalu dijual ditepi2 jalan kat korea. Kalau siapa yang biasa follow hanis zalikha nyer instagram mesti penah nampak hanis zalikha makan bende alah nih mase kat korea. Peminat2 korea pown mesti ader yang tau makanan nih. :)

Okeh, jom la tgk resepinye.

Bahan-bahan (doh)

  • 2 cawan air suam*
  • 4 sudu besar gula*
  • 4 sudu teh yis serbuk*
  • 1/2 sudu teh garam*
  • 2 sudu minyak sayuran*
  • 4 cawan tepung gandum
Bahan-bahan (filling)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu teh cinnamon powder
  • 4 sudu besar walnut cincang
Cara-cara
  • Masukkan air suam, gula, yis, garam dan minyak sayuran di dalam mangkuk dan kacau sehingga semua larut.
  • Kemudian masukkan tepung gandum dan uli adunan tersebut. Jika adunan masih melekat dijari atau disenduk, sila tambahkan tepung sehingga ia tidak melekat. Uli doh tersebut.
  • Kemudian tutup doh tersebut dan rehatkan selama 1 jam. Doh akan menjadi dua kali ganda drpd saiz asal.
  • Sementara doh direhatkan, campur semua bahan2 filling tadi dan ketepikan.
  • Setelah doh direhatkan selama satu jam, uli doh tersebut lagi. 
  • Selepas diuli, bentukkan doh menjadi beberapa bebola bersaiz sederhana seperti pau.
  • Kemudian leperkan bebola tersebut dan letakkan filling ditengah2nya dan bentukkan kembali menjadi bebola. Ia akan jadi seperti gambar di bawah ini.
  • Panaskan nonstick pan dan letakkan sedikit minyak. Letakkan bebola tadi di dalam kuali dan biarkan selama 30 saat dengan api yang kecil. 
  • Kemudian balikkan bebola tadi dan tekan ia sehingga menjadi leper.
  • Balik2kan hoddeok tadi sehingga keperangan dan masak.
  • Hidangkan dan makan.
tadaaaa siap.. :)

Hoddeok nih lebih sedap kalau di makan masa panas. Bentuk hoddeok nih akan jadi seperti pancake. Tetapi ader beberaoa perbezaan antara pancake ngan hoddeok nih. Perbezaannya adalah hoddeok nih lebih garing manakala pancake lebih fluffy. Lagi satu pancake nih syrup di luar tetapi hoddeok nih syrup nyer di dalam. 

Daripada segi rasa pulak, of course manis n ader rasa cinnamon. Kalau xsuke rasa cinnamon yang kuat, leh kurangkan cinnamon powder tuh. N yang bestnyer ader walnut dlm filling tuh. Pasnih kalau wat lg nak letak bebanyak sket filling die, biar menjejes keluar biler gigit... heheh...

So, selamat mencuba u olls... :)



Sunday, December 29, 2013

.:Resepi: Fried Oreo:.

Assalamualaikum,

Resepi yang akan di share pada post kali nih dipanggil Fried Oreo atau oreo goreng. biasanya kiter dapat tengok yang biskut oreo nih mmg digunakan dalam pelbagai jenis kek , puding dan sebagainya. so, kali nih, kiter goreng pulak biskut oreo nih. sebelum tuh, saya nak share gambar fried oreo yang dah siap.
tadaaaaa!!!!

Ok, jom tengok resepi.

Bahan-Bahan

  • Tepung penkek (saya gunakan brand nona yang perisanya original)
  • Biskut oreo
  • sebiji telur
  • air susu kotak full cream
  • gula icing
Cara-cara
  • Panaskan minyak di dalam kuali (api sederhana). kemudian campurkan tepung penkek, telur dan susu di dalam mangkuk dan kacau rata. pastikan adunan tidak terlalu cair. jika terlalu cair, sila tambahkan tepung.
  • kemudian, celupkan biskut oreo ke dalam adunan tadi dan goreng di dalam kuali. 
  • then, selepas diangkat daripada kuali, biarkan seketika dan taburkan icing sugar di atasnya. 
  • sedia dihidangkan dan dimakan.
Selamat mencuba.

bentuk fried oreo nih akan jadi seperti pau sambal. apabila dimakan, biskut oreo tadi tidak rangup tapi teksturnya menjadi seperti kek. lembut jer.. :)

p/s: saya buat main campak2 jer bahan. so, mmg xingat sukatan die berapa. sorry :)



Sunday, July 8, 2012

.:Universal Studio Singapore Part 1:.

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, skang nak citer pasal trip ke Universal Studio Singapore. Walaupun da sminggu lebih da balik daripada trip nih, tp kenangan kat sane mmg xleh nak lupe sbb mmg best giler n i olls sangat menggalakkan u olls pi. Post kali nih nak citer pasal pengalaman naik rides n mcm2 bende lain lagi... tapi memule nak bg tips sket maner nak start dulu bila sampai kat USS nih..

Apa yang patut u olls buat biler da sampai kat USS?

  • U olls kalau sampai awai giler n USS pown xbukak lagik, amik peluang amik gambo dulu kat globe USS tuh, mcm kami wat sbb sampai awai n xdak orang sangat, so, itu globe kami yang punya... ehehe
  • pastu bile pintu gate USS da bukak, xyah sibuk2 nak amik gambo bagai, pi kedai souvenir sume... sume tuh tangguhkan ke aktiviti akhir... biler da sampai tuh, terus terjah segala rides yang ada n segala aktiviti yang ader dalam setiap bahagian yang ada. masa nih, kami tangguh bab makan sebab kami takut nnt jadi lain kalau kami naik rides atau rollercoaster.
  • confirm dalam separuh hari jer, u olls da berjaya cover hampir 90% rides n aktiviti lain yang ader. lepas tuh baru kami pusing USS lagi sekali utk masuk kedai souvenir, n posing-posing bagai kat setiap tempat yang ader. 

Ok, sudah bahagian tips, jom citer pengalaman naik rides dan tgk show kat sume zon dalam USS tuh.

Zon Hollywood
First masuk jer daripada pintu depan USS kiter akan jumpa zon hollywood dulu.. kat sini xdak rides, tp ader shows n street shows jer. kat zon nih jugak banyak karakter hollywood yang kiter akan jumpa n diorg banyak berkumpul kat zone nih.. so, kami banyak kali jugak patah balik kat zon nih supaya xmiss mana2 karakter... antara yang kami sempat bergambar dgn marilyn monroe, frankenstein, betty boop,kungfu panda.
  • Monster Rock
Kami tgk show monster rock nih pukul 2.30 petang. Nih just musical show yang melibatkan pelbagai monster menyanyi n berlakon... sesuai la untuk kami yang da kepenatan meround, so masuk dalam show nih utk merelakskan kaki skejap. Antara monster yang adalah frankenstein, warewolf, drakula, n macam2 lagik.. persembahan nih ala2 macam broadway la. mcm2 lagu diorg nyanyi.. antaranya lagu wondergirls-nobody. 



  • Daddy O's
Yang nih plak, tengah2 kami berjalan tetibe diorg kuar n menyanyi kat tengah2 jalan n kat atas pentas yang diorg da readykan. sempat jugak la kami bergambar ngan diorg sebelum diorg start wat show utk kali kedua yang kami jumpa. tp sayangnye, orang yang mengambik gambar tuh, kami xsempat nak ready ape2 die terus snap, jadi muka pelik2 jer masing-masing. Sorang tuh da mcm muka remy ishak plak... hehehe.. 



Zon New York
Lepas jer kami jalan kat hollywood, kami pi ke zon new york pulak. Kat sini show yang kami masuk cuma satu jer. street shows kami xnampak la plak..
  • Lights, Camera, Action!
Nih adalah show yang pertama kami masuk. masuk yang nih jer pown kami da rase mcm hebat giler la.. mcm real. sebelum kami masuk, kami diberi taklimat dulu sket tentang apa yang kami hadapi. Sebelum kami dtg nih kami da wat research dulu n kami terbaca yang kat bahagian nih kne pakai poncho sbb melibatkan air bagai.. kami pown da ready kuarkan poncho utk pakai tp tgk orang lain xpakai pown, so, kami pegang jer la poncho tuh utk ready... eheh.. masuk dalam nih akan ader 3 barisan utk kiter berdiri, sape yang dapat barisan depan skali mmg lagi best la sbb lagi dekat ngan air n terbakar2 sume.. kami duduk kat barisan number dua. yang bestnye kiteorang rase mmg mcm dalam suasana ribut yang betul, ngan air berkocak sane sini, angin kuat giler, terbakar sane2 sini, siap ader tv yang tunjuk berita ribut teruk beserta ngan skrin kat depan yang nampak sgt real... xtergambar ngan tulisan nih la... kalau nak tau camner, sila la pi tgk.  ehehe..first show yg kami join nih pown da rase puas hati giler, jadi wat kami xsabar nak wat aktiviti yang lain.. jom tgk citer kat zon lain pulak.


Zon Sci-Fi City
  • Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle
Nih rides yang pertama kami naik n yang paling kami xkan lupe sebab terlampau best. Siap ckp ngan member, kalau ader masa lagi n kiter da abih pusing USS, kami nak naik nih lagi sekali. Kami masuk bahagian nih tanpa mengetahui apa yang ader kat sini. main masuk jer sbb da terlalu seronok lepas masuk kat Lights, Camera, Action td. Kami dibekalkan ngan cermin mata 3D utk masuk, pastu kami diberikan tempat duduk dalam satu ride yang mcm kete, i olls duduk kat tengah, kiri n kanan i olls, farah n fatin. yang bestnye, kami nih jadi watak yang ingin menyelamatkan diri dengan kereta, n transformers bantu kami utk menyelamatkan diri daripada penjahat lain. giler mencabar sebab naik rides sambil tgk 3D, pusing sane, pusing sini, terjun sane, terjun sini, sangat2 nak pecah perut... kami kejap gelak, kejap jerit... kne plak mcm i olls yang xpenah naik rides mcm nih, lagi la rase mcm hape da... dah tuh lak, duduk kat tengah2 nih , jadi mangsa cengkaman orang kiri kanan yang mmg takut jugak... giler sakit lengan i olls lepas tuh... tp i olls puas hati giler2.. last scene transformers tuh tanye kat kami, "are u ok?" we olls dengan banggenye buat thumbs up  kat transformers tuh n say thanks... pengembaraan yang penuh ngan emosi... ehehe... gilerrrrrrr best, nak naik lagiiiiiiiiiiiii.....


  • Accelerator
Accelerator nih kat funfair pown ader lebih kurang camnih... u olls naik bende nih n die akan berpusing-pusing n terus berpusing-pusing, dan berpusing-pusing, dan berpusing-pusing, dan berpusing-pusing sampai berhenti... kalau u olls nak uji tahap kepeningan diri anda, silalah naik bende nih.. kami naik gak, saje2 nak rase camner agaknye rase naik bende alah nih... heheheh
  • Battlestar Galactica : Human Vs Cylon
Ok, yang nih kami tak naik disebabkan pengalaman yang mengerikan naik rollercoaster kat zon egypt. Sbb berdasarkan pembacaan, orang kate rollercoaster yang nih adalah yang paling mengerikan, so, kami naik yang second mengerikan dulu utk tgk tahap keberanian kami iaitu rollercoaster kat egypt. Last2, kami tengok dari bawah jer diorang main rollercoaster ni sebab rasenye sangat xmampu nak naik... tengok jer pown da ngeri da.



Zon Ancient Egypt
  • Revenge of The Mummy
Seriously, roller coaster nih la yang menyebabkan kami xmau naik battlestar galactica. Memula kami masuk tuh, kami jadi pelik sebab xdak orang masuk kat bahagian nih.. kami pown xderla jangka yang rollercoaster kat sini mmg ngeri. jadi kami terus jalan masuk dalam tempat tuh sampai jumpa kat bahagian nak naik rollercoaster tuh.. kami naik ngan satu family nih, diorg dok depan, n kami dok belakang sekali. dalam tuh sangat gelap, n u olls xkan dapat sangka samada rollercoaster tuh akan pusing ker, turun ker, naik ker... nekad jer la.. memula memang slow, tetibe die bawak ke tempat yang kami nampak kat depan just dinding.. i olls nih pk, mesti dinding tu akan terbukak.. upenye jangkaan ku sangat meleset, rollercoaster tuh mengundur dengan lajunyer... kami yang kat belakang nih terus tersandar ngan keadaan terkejut n menjerit sampai xhengat dunia.. pastu die terus laju n paling xleh lupe, we olls tertunduk ke depan sampai xleh nak naikkan badan da, maybe pasai roller coaster tuh terjunam ke ape2 kot.. seriously, kami xnampak hape da mase tuh.. menjerit jer memanjang.. tudung i olls pown tertutup muka sendiri, pastu dalam keadaan tertunduk tuh sempat gak turunkan tuudng yang tertutup muka tuh... memang giler ngeri.. biler sampai jer, kami terus ckp, kami xmau naik daaaaaaaaa..... otak rase macam nak tercabut keluar, perut rase macam nak pecah n mcm2 lagi...patutla xramai naik... huhu... tapi nih memang pengalaman bestla..biler kuar jer, kami tgk gambar kami di snap mase kami naik rollercoaster tuh giler lawak... haha.. kami gelak sampai nak pecah perut pulak.. ahahahah...maybe ia lebih menakutkan sebab u olls xleh jangka apa yang akan berlaku seterusnya dalam keadaan gelap tuh... huhuhu


  • Treasure Hunters
Okeh, yang nih biasa2 jer. U olls akan dibekalkan ngan jeep version hunters yang muat untuk 4 orang n kereta tuh akan bergerak sendiri ikut landasan, n u olls akan dibawa mengelilingi kawasan tuh. mase ni, i olls jadi pemandu pelancong merangkap sebagai pemandu kete jugak membawa dua orang pelancong lat belakang iaitu, farah n fatin. 


Zon The Lost World
Kat sini ader beberapa yang kami xnaik. antaranya Amber Rock Climb sebab yang nih kne bayar. pastu kami xnaik Canopy Flyer sebab waiting time die terlalu lame. setiap bahagian rides n show, diorg akan tunjuk waiting time kat luar, so, kami hanya naik yang kurang daripada 15 minit jer. Dino Soarin plak kami xpi sebab utk bebudak jer... xsesuai dgn kami yang xberapa nak budak da... ehehe... yang kami join kat bawah nih.
  • Jurassic Park Rapids Adventure
Yang nih pown best jugak n u olls kne ready ngan poncho sebab confirm basah.. kalau u olls xready poncho pown xpe, leh beli kat situ, cuma mahai sket la.. tp kalau xmau pakai poncho pown boleh jer, diorg ader sediakan tempat utk mengeringkan badan. atau u olls boleh keringkan baju secara semulajadi mcm we olls buat, biar kering sendiri tanpa disedari... eheheh.. kat cni, u olls akan naik satu bot bulat n bot tuh akan bawak kiter keliling jurassic park melalui air. ia bermula ngan air yang tenang ngan dinasour dok main pancit2 air kat korunk sume. tuh permulaan basah.. pastu tetiba korunk akan masuk dalam terowong yang air die makin lame makin deras n da mula masuk dalam u olls nyer raft tuh n kasut pown mula basah habih...tetibe, we olls membelakangkan tempat tuh, so, xnampak la ape yang ader kat belakang, tetibe jer bot tuh meluncur, kami pown lagi sekali jadi kejadian macam dalam roller coaster egypt tp xla menakutkan sgt, cuma terkejut jer... n air pown mula terpercik abih n kami pown basah habih, especially tang seluar sebab poncho tutup atas jer... so, kami keluar dlm keadaan basah lencun n diperhatikan orang yang tengah beratur tunggu giliran naik naik bot tuh pulak... huhuhu...best.


kami yang kebasahan... hu~

  • Waterworld
Kat cni, diorg wat show orang laut kne serang ngan orang darat... dekat bahagian penonton, diorg ader bahagikan beberapa seat.. beberapa baris seat kat depan, adalah untuk orang yang rela di basahkan.. bukan basah biasa tapi basah kuyup k... beberapa bari selepas tuh adalah untuk orang yang rela dipercik air.. bukan percik biasa jugak... percik air yang banyak k tapi xsampai kuyup... n seterusnya barisan yang orang xmau basah. kami duduk kat bahagian yang rela utk dipercik air.. da kebetulan kami basah sebelum nih, jadi biar la nak basah lagi pown.. tp xla rela dibasahkan sampai kuyup... memula sblm show start, pelakon diorg dok beramah mesra ngan penonton dengan cara, simbah air, sembur air n mcm2 lagi..so, byk la aksi yang kami tgk utk elak kne air.. yang paling best, ramai yang bijak, biler nak kne sembur air jer, automatik payung terbukak ngan laju... eheheh.. show diorg mmg thrill, banyak aksi terjun la, jatuh dari tempat tinggi la, kapal terbang terhempas la, jetski melompat la, meletop la... n mcm2 lagik... especially pelakon pompuan die yang sorang tuh mmg hebat la wat stunt... pelakon diorg pown kacak2 ok.. ehehe



Zon Far Far Away (Shrek)
Kat zon nih ader beberapa rides n show, tapi kami xmasuk sume.. hanya yang tertentu jer kami masuk. Antaranya:
  • Shrek 4D adventure
Kite seolah-oleh tengok wayang dalam nih cuma dalam nih bukan sahaja 3D malah 4D.. kenapa 4D, sebab ia melibatkan pergerakan kerusi, dan sebagainya.. contohnya masa shrek naik kuda, ngan kerusi kami skali bergerak seolah-olah kami pown naik kuda.. pastu bila donkey bersin, ngan kiter skali terkena air kat muka kiter seolah-olah kiter kne bersin donkey tuh.. pastu, biler ader labah2 merayap, kiter akan rase labah-labah tuh merayap kat kaki kiter... selain daripada tuh, kiter jugak akan rasa angin yang kuat seolah2 kiter join shrek n lain2 terbang... 


  • Enchanted Airways
Okeh, nih adalah junior rollercoaster. tak extreme sangat n die outdoor rollercoaster. kami naik jugak la yang nih sebab die xterlampau extreme macam kat egypt tuh. yang bestnye i olls mcm mengalami kecelaruan biler naik nih sebab sepanjang naik tuh i olls gelak xhabih2, sampai fatin kat sebelah pown konfius... xtau nape, ader gakla ngeri biler rollercoaster tuh menuju ke arah air n then pusing plak... maybe pasai lawak dgr orang belakang jerit2 kot...ehehe

Zon Madagascar
Kat cni pown banyak rides n show yang sesuai untuk bebudak jer. so, kami pown xbanyak la naik. kami cuma ikut satu rides jer... teringin gak nak naik merry go round tuh, tp xpi la plak..ehehe..yang kami naik:
  • Madagascar: A Crate Adventure
Yang nih kami beratur panjang jugak la sebab da ke arah petang sket, so, ramai yang da menunggu. kami akan naik bot n kami dibawa melalui air n masuk dalam bahagian yang dipenuhi ngan karakter madagascar n mcm2 lagik. kiter akan tgk macam2 aksi diorg la n diorang nih seolah2 xbagi kiter pi lagi dalam..keje kami mase nih amik gambar jer... tetibe kat satu kawasan nih wat kami panik  sebab dari jauh kami da nampak, air memang mencurah2 dari atas n kami plak akan lalu kawasan tuh... dan2 nak keluarkan poncho masing2... tp diorg xbg warning pown samada kami akan basah atau xmase nih... makin dekat jer ngan kawasan tuh, kami makin panik, tetibe air tuh stop... lega la kami... kalau x, memang basah habih la...sesuai bawak budak2 kat sini... :D




Okeh, selesai sudah citer pasai rides n show yang kami join sahaja.. memang penat, tapi sangat berbali mengabihkan duit kat cni sikit.. stress hilang n xhingat sume bende2 yang merunsingkan kiter slame nih kat sini... enjoy abih... pasnih nak wat post USS part 2 pulak... tunggu... :D

Gambar: thanks to Fatin :D:D