JellyPages.com
Showing posts with label kimchee land-muslim travel style. Show all posts
Showing posts with label kimchee land-muslim travel style. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

.:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.

Assalamualaikum,

Hari ke 6 nih macam biasa kol 10 pagi kami da siap untuk keluar merayap. Pagi-pagi nih kami dibawak oleh tour guide kami ke namdaemun untuk shopping souvenir. Tour guide kami da biase bawak pelancong, so die tau mana kedai yang murah n berbaloi utk shopping souvenir. So, kami bertiga nih da siap wat list souvenir yang nak dibeli. Jadi kami terus bgtau pada tour guide kami barang apa yang kami nak beli. Of course barangnya adalah fridge magnet, keychain, tshirt, utensil  ngan brooch. so, tour guide kami terus bawak kami tuju ke tempat yang kami nak carik jer. Untuk kosmetik, kami da siap2 beli kat myeongdong da setiap malam yang kami pi. So, da tak pikir sangat da tang tu.
namdaemun
Tips untuk u olls kalau nak shopping souvenir nih, awai2 sila wat list nama orang-orang yang u olls akan bagi souvenir. ada lebih 30 nama dalam list i olls. hehehe.. n lagi satu, sila la beli lebih sket supaya ada bahagian untuk yang terlepas pandang. So, kalau u olls da siap wat list n tau nak bagi barang apa untuk siapa, biler shopping souvenir nanti u olls xkan susah2 dok pikir n kira-kira orang masa nak beli tuh. biler da ader list, sume proses membeli akan lebih cepat n lancar. I olls mmg da wat list tp tetibe xlancar plak masa beli tshirt untuk family sebab dok kira2 saiz bagai. tang situ jer la lambat sket. Pastu kami terus makan tengahari kat namdaemun jugak. walaupun belum sampai tengahari masa tuh. hehe.

Pastu kami sume balik ke hotel semula untuk simpan barang n kemudian turun balik untuk gerak terus ke Namsangol Hanok Village. Namsangol hanok village nih terletak rumah-rumah tradisional korea. Terdapat rumah2 asal yang dibawa ke sini dan terdapat juga rumah-rumah yang dibina semula seperti rumah yang asal tetapi dalam skala yang berbeza. Ok jom tengok gambar.



Kemudian kami bertolak ke Dongdaemun. Tour guide kami tanya samada kami nih suka shopping barang2 mcm untuk hiking n branded x. kami kata memang kami xshopping la barang2 camtu. so, die pown terus bawak kami ke dongdaemun design plaza. Cantik bangunan nih. Dalam tuh lebih kepada tempat untuk wat pameran. Ada bahagian yang kami boleh masuk free dan ada bahagian pameran yang kami kene bayar untuk masuk. So, bahagian berbayar memang kami xmasuk. hehe.



Segala aktiviti kami habis awal hari nih. hari masih belum gelap, kami da bertolak ke myeongdong untuk dinner. Lepas tuh macam biasa, kami terus la shopping2 kat myeongdong :)

Biler da habis shopping, tetibe kami teringat nak try Joice Tteokbokki. Tour guide kami da penah bawak kami ke Joice Tteokbokki tuh utk tunjuk jalan. Tapi malangnye kami nih lupe plak jalan. So, kami pown tanya la pada translator yang pakai jaket merah kat myeongdong tuh untuk tunjuk jalan. Diorg tunjukkan jalan siap bagi peta supaya kami xsesat. N lastly kami jumpe Joice Tteokbokki tu. Isu masa nak order bila kami da tunjuk kat ahjumma tu yang kami nak spicy tteokbokki kat menu. Tapi die mcm blur2. last2 ahjumma tuh panggil ahjumma lain untuk amik order kami. ngan ahjumma tuh kami tunjuk jer n die terus paham. pastu isu lain plak, iaitu kami nak bungkus jer bawak balik. beria la kami cakap 'take away'.. die xpaham, last2 diorg sebut 'take out', n kami angguk. baru lah die paham. kami pown xingat yang kat korea nih guna 'take out' bukan 'take away'. Sampai hotel, kami pown makan la tteokbokki tadi. pergh pedas berapi lidah. makan satu pastu tunggu lama nak makan lagi. dahla beli dua bungkus. Tapi alhamdulillah habis gak malam tuh. hehe.

balik hotel
dalam plastik berbungkus tuh la tteokbokki pedas giler.:)
Pasnih hanya tinggal post tentang hari ke 7 kami berada di Seoul dan post tentang shopping haul kami masa kat korea. pastuh habih da segala citer pasai trip di korea.

So, sekian utk masa nih.
Assalamualaikum :)

Untuk maklumat lanjut:  



Tour Guide kami: 

Post berkaitan:
  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.

Tuesday, January 27, 2015

.Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.

Assalamualaikum,

Da sebulan lebih xupdate blog pasai trip pi korea ari tuh sebab xberkesempatan nak update ape2. So, straight ke topik. Untuk hari ketiga berada di bumi sonata, kami telah pi merayap ke ice museum, trick eye museum dan jugak 63 building.

Macam biasa, kol 10 pagi kami bertolak ke hongdae dengan menaiki bas. sebab trick eye musem ngan ice museum nih terletak kat hongdae. Memule biler sampai kat situ, kami ingat kami hanya masuk trick eye museum jer. tetibe masa tour guide kami bagi tiket, die habaq tiket tuh 2 in 1 iaitu tiket tuh utk masuk ke ice museum dan jugak trick eye museum. wah syokla xsangke dpt masuk ice museum gak. xyah terpikir nak pi icity da sebab da ke sini.. hehe..

Tapi dalam tak sangka tuh, yang paling syok nye kami nih langsung xbawak sarung tangan sbb x jangka nak masuk ke dalam ice museum. jenuh la tangan asik masuk dalam poket n sume aktiviti dalam ice museum berjalan dengan cepat sbb xtahan sejuk. bibir n kulit rase kering giler dok dalam tuh. nak amik gambo pown cecepat jer sebab xtahan tangan sejuk.  dalam sejuk2 n xbawak sarung tangan tuh, kami org pertama yang masuk n kami jugak orang yang last keluar.. org lain laju jer amik2 gambo n terus keluar..

ok, cukup2 la membebel, skang biar gambo berbicara :)

 nampak x muke kami sume jadi cerah serta merta sbb kesejukan yang amat.. hehehe

ok next kami keluar daripada ice museum, kami relaks2 sat kat luar sblm masuk ke trick eye museum sebab kamera kiteorang da berwap sbb sejuk kat dalam ice museum td. Biler da agak2 ok jer kamera kami tuh, kami pown terus masuk trick eye museum plak. Serious banyak sangat gambo di amik n masa dihabiskan kat sini. seb bek tour guide kami da setkan masa dok dalam ni bape lama. kalau x, mmg berjam la kami dok dalam tuh. Macam2 aksi ader kami wat dalam tuh, tunggang terbalik sume jadik..hehe..,. ok, jom layan gambo :)





Selesai separuh hari kami kat ice museum ngan trick eye museum. pastu kami pown keluar utk pi lunch n bergerak ke destinasi seterusnya iaitu 63 building. Gambo bawah nih adalah apa yang kami makan masa tengahari tuh.

Kami ader gak gi hello kitty cafe, tp sekadar pi tengok-tengok, masuk dalam, posing-posing jer la. kami xmakan sbb da nak lunch tempat lain n nak jimat masa. jadual padat u ollssss... hehehe.

Seterusnya, kami bertolak pi ke 63 building. Sampai je kat sini macam biase la, tour guide kami pi beli tiket. sebelum tuh, tour guide kami tanye kami nak amik pakej yang mana. Kalau u olls nak tau, dalam 63 building nih ader 4 tempat yang u olls leh masuk iaitu Seaworld, Sky Art Gallery, Wax Museum dan IMAX Theater. Kami pilih pakej Seaworld, Wax Museum ngan Sky Art Gallery.

Memule kami masuk Seaworld dulu. Seaworld nih macam Aquaria la. tempat nengok menatang2 laut gittuuh. so, kami tgk la mcm2 jenis ikan, penguin, anjing laut n lain-lain. Tapi dalam seaworld nih bukan ada ikan-ikan jer. menatang darat pown ader u olls... ader gak la burung, ulaq, tikus n lain-lain.

Kalau tengok dalam gambar atas nih, gambo yang kami bertiga da jadi kaler merah tuh. ikan kat blakang tuh berkumpul biler kami tap2 jari kami kat cermin. biler ikan2 tuh da dtg beramai2, kami pown cecepat snap. :)

Next kami masuk ke Wax Museum. Sebenarnya i olls sangat takut ngan patung lilin sebab nampak macam idup. memule nak amik gambo ngan patung nih adik siap tegur, "zilla, muke ko nampak sangat takut ngan patung nih.. relaks2 sket"... so, sbb da sampai jauh2 nih, kne overcome takut tuh, bergambo gak utk simpan kenangan. Dalam wax museum nih die ada bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu, bahagian artis, bahagian atlet, bahagian horror, bahagian superheroes n macam-macam lagi.  Ader satu bahagian tuh die wat bahagian horror. so, sume patung lilin dalam tuh berbentuk antu n seram2 bagai. Suasana lebih ngeri daripada yang kami masuk kat Lotte World. Kiteorang masuk gak tempat tuh walau ngeri tapi kami xtgk kiri kanan da, terus jer jalan sampai keluar. nak berhenti tgk2 patung pown memang tak la.


kalau tengok gambar atas nih, yang bawah gambo patung leonardo dicaprio tuh, i olls xtengok langsung yer muke patung tuh sebab takut. nak amik gambo nyer pasal, tgk jer la rantai besi tuh. nih patung lilin yang sebelum masuk ke bahagian horror. yang dalam bahagian horror xtau la nak kate camner. 

Next kami terus pi ke location terakhir iaitu Sky Art Gallery di tingkat 60. Daripada atas nih kiter akan tengok pemandangan Seoul n kami nampak Hangang River yang RunningMan ada seberang tu :) terselit gak runningman yer.. hehe.. Dalam nih ader satu part kiter leh berdiri n lantainye see through. yana n wani punyer la berani nak naik kat situ. memule i olls xmau tp diorg panggil gak, ngan bergigil2 la naik  atas tuh. sampai berair2 mata nih sbb i olls nih gayat. cecepat suh diorg amik gambo n i olls terus blah dari situ. huhu..



Pastu kami balik n makan malam kami mase nih adalah Kebab.di Myeongdong :) Hari nih banyak sangat overcome perasaan takut. takut ngan patung lilin ngan takut pada tempat tinggi sbb gayat. Semua nih gigih di wat supaya balik malaysia xmenyesal. hehe.

Lastly macam biasa, shopping2 dulu kat myeongdong pastu terus balik hotel :) Next post kiteorang akan citer tentang trip kami untuk hari ke 4 iaitu ke Ewha Women University, Masjid Itaewon dan belajar wat kimchi. Selain daripada tuh nak citer gak peristiwa pasrah.. gittuhhh... ok, sekian. :)

Bye, Assalamualaikum. :)

Untuk maklumat lanjut:  

Website:


Tour Guide kami: 

Post berkaitan:
  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.

Monday, December 1, 2014

.:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions)

Assalamualaikum,

Ok post nih adalah kesinambungan daripada post yang sebelum ini iaitu post berkaitan dengan indoor attractions di Lotte World Theme Park yang kami dapat naik. Bahagian outdoor di Lotte World dipanggil sebagai Magic Island. Kat luar nih la ader gyro drop, bungee drop, gyro spin sume bagai. Tapi xsemua yang kami naik sebab kekangan masa. Kat luar nih banyak la pemandangan yang cantik n tempat wajib amik gambar biler kat luar nih adalah Istana yang tersergam cantik. hehehe..



So jom citer pasai attractions yang kami dapat naik masa kat Magic Island nih.

1. Atlantis Adventure
Kelajuan rollercoaster ini adalah 72km/jam. Saya n yana memule macam nak xnak jer naik sebab biler tgk orang lain naik macam laju n menakutkan sangat sebab die start2 terus laju n banyak plak turun naik n selekohnya. Nih adalah satu-satunya rollercoaster kat outdoor. Tapi atas pujukan wani sebab die nak sangat naik n rakam, so, kami pown terjoin beratur skali ngan die. Padahal dalam hati nih macam-macam dok pikir. Masa kami beratur pown agak lamer sebab ramai giler yang beratur nak naik rollercoaster nih. biler sampai jer giliran kami, diorang xbagi plak rakam n suh letak sume barang kat tepi. seat untuk rollercoaster nih adalah untuk 8 orang sahaja. so, xla panjang sangat. saya n yana dok belakang sekali n wani dok depan kami. so, kesudahan citer, naik atlantis nih memang best giler, n berbaloi beratur lame2. saya yang jenis penakut nih pown enjoy n mata sentiasa terbukak utk tengok ape yang akan berlaku sepanjang naik rollercoaster nih. mmg thrill. Oleh sebab xdapat rakam video, kami share video daripada youtube yang dapat rakam masa main rollercoaster nih kat u olls. :)


muke2 tengah beratur

Selepas naik rollercoaster.:)


2. Gyro Drop
Untuk attraction macam nih, saya xnaik sebab takut pengsan lak kat atas tu. So, wani sorang jer yang naik sebab die nih sangat suke bende2 camnih. Gyro drop nih die akan bawak kiter naik ke atas sambil berpusing-pusing n jatuh dengan lajunye ke bawah  one shot. xder stop-jatuh- naik-stop-jatuh-naik.. Kalau yang die macam jatuh sikit2 pastu naik tuh attraction lain iaitu bungee drop. kami xnaik bungee drop nih sebab konsep die same jer ngan gyro drop. So, feel die, hanya wani sorang jer dapat rasa. n ape yang wani kata, "masa jatuh tuh, punggung xjejak seat wooo".. heheh..saya yang xnaik nih kene la jadi tukang rakam video daripada bawah. :) nak tau camner gyro drop nih, leh tengok gambar n video bawah ni :)





3. Ghost House
Yang ini kiter macam tengok movie 3D. not recommended utk korang. Melainkan nak bawak anak-anak. Sebab citer die hanya pasai seekor kucing yang masuk rumah berhantu n konon2nya kita yang menengok nih adalah kucing tuh. Agak boring yer. huhu


4. World Monorail
Next kami naik world monorail nih untuk mengelilingi lotte world n tengok indoor n outdoor lotte world drpd atas. Dapat la kami tengok keseluruhan lotte world yang menjadi salah satu lokasi citer Running Man ni. Setiap kali kami nampak tempat yang familir dalam nih mesti kami kaitkan ngan runningman, sbb slalu tgk dalam tv jer. hehe.






Yang atas nih last attraction yang kami ader naik dalam Lotte World Theme Park. Biler da pukul 6 petang, kami pown pi la amik makanan kami yang ditinggalkan dalam locker td. N terus keluar. tengok-tengok azree da tunggu da kat luar. die terkejut biler nengok kami xmkn burger udang utk lunch tadi. hehe.. galoks sgt dok main macam2 sampai xhengat nak makan. Ape2 pown pastu azree bawak kami pi dinner.

Hari ni kami makan nasi goreng kat myeongdong. Restoren ni staf diorang akan tolong gorengkan nasi goreng tuh kat meja makan kami. Ader video yang kiteorang rakam masa menggoreng tuh kat bawah ni. Hari nih memang penuh ngan rakam video saje. hehe. 



Lepas jer makan ni, kiteorang shopping dulu kat myeongdong sikit2 baru balik ke hotel untuk berehat. Kami tido lewat gak sebab dok tengok tv walau xdak subtitle sambil makan burger udang yang sepatutnya kami makan lunch tadi.

Lastly, nak share beberapa gambar masa kami kat Lotte World Themepark. :)



Ok done. Next post saya nak citer tentang trip hari ke 3 iaitu ke Ice Museum, Trick Eye Museum dan 63 building. :) So, tunggu post seterusnya k. Sekian, tq sebab bace blog saya.. ngee :D 

Bye, Assalamualaikum. :)


Untuk maklumat lanjut:

Website :

Tour Guide kami: 

Post berkaitan:


Saturday, November 29, 2014

.:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.

Assalamualaikum,

Kemaruk n demam korea tak habih lagi nih sebab masih teringat-ingat moment mase ader kat sana. fefeeling nak pi lagi skali tuh masih kuat. ngehngeh. kumpul duit smule la cik zilla yer.

Sebelum nih saya da citer tentang tips n planning kami nak pi south korea. So, untuk post kali nih n seterusnya saya nak citer tentang aktiviti kami semasa kami berada di sana selama 8 hari. Hamik, satu hari aktiviti, satu post saya akan wat. jenuh la korang nak bace. heheh.

Ok, sepatutnya kami bertolak ke Incheon Airport pada jam 1.00 pagi 3 nov 2014. tapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, flight kami delay selama 3 jam. jenuh gak kami menunggu sebab kami masuk dalam boarding tuh dalam kol 9;00 malam gitu.. giler awai kan. Kol 4 pagi baru kami semua bertolak. n habuan yang kami dapat sebab delay adalah burger McD n air mineral. Ok xmau citer la pasai delay nih, jom citer pasai aktiviti kami kat sane.

Kami sampai ke Incheon Airport pukul 11 pagi waktu korea. Tour guide kami da tunggu kat airport n kami dibawa terus ke Mido Hotel, Namdaemun untuk check in. Kat bawah nih gambar bilik yang kami menginap untuk 8 hari 7 malam.

Bilik sengat selesa. ader heater, aircond, peti ais(ader air mineral n air kotak yang di refill setiap hari), katil single n double, hair dryer, toilettaries tersedia, Tv yang ader macam-macam channel. Microwave, air panas, sejuk n sarapan pagi semua tersedia kat lobi hotel. Toilet jer xamik gambar, tp semua selesa. Kami pown xbanyak songeh sebab balik bilik untuk tido jer pown.:)

Selesai kami letak barang n check in, tour guide kami, encik azree terus bawak kami gi lunch kat kedai makan berdekatan hotel. Namanya Pomato. Apa yang kami makan, kami xtau la nama die sebab dalam tulisan hangul. Azree pown explain segala makanan yang dalam menu tuh n kami pilih yang maner kami nak makan. So main tunjuk2 jer la. Nak tau ape yang kami makan, leh tengok gambar kat bawah nih.

Gambo first tuh jer tau. namanya kimbap, tuh wani nyer, die xmakan berat sebab kne maintain berat badan die. tp still kimbap pown agak berat. hehe. Next tuh yana nyer. dalam die ader ramyeon, rice cake ngan cheese.. xtau namanya ape. n yang bawah tuh saya nyer, panggil nasi sotong jer. yang lain adalah side dish. Komen: sedap, n mase tuh, setiap hari kami terpikir nak pi beli bungkus utk makan tgh malam kat situ jer tp xpi pown. 

Kemudian, kami balik bilik untuk bersiap pergi ke lokasi pertama kami iaitu Namsan Seoul Tower. Untuk pi ke namsan tower nih ada beberapa cara antaranya adalah menaiki bas n lagi satu naik cabel car. Tour guide kami bawak kami pi naik bas. Kami diberi kad T-Money untuk bayar tambang naik bas, subway n macam2 lagi. So, kami naik bas number 02 or 05 kot mase tuh untuk pi ke Namsan Tower daripada Namdaemun. xbape nak hingat. nih la kesilapan besar  iaitu x take note bende2 yang nih... huhu...Balik pown kami naik bas yang sama.

Sampai je kat tempat bas berhenti, kami kene mendaki plak untuk pi ke Namsan Tower nih. mengah gak la nak mendaki sampai ke Namsan Tower nih. Tapi sambil2 naik bukit tuh, kami leh tengok pemandangan musim autumn yang cantik.
jauh kami berjalan naik ke atas.. ce tgk belakang tuh... (klik utk besarkan gambar)

pemandangan seoul daripada atas bukit.

Sebelum masuk tower lagi kami da posing sakan da. Belum masuk lagi. kami xmasukkan la gambo kami berposing kat sini bebanyak, nnt panjang plak post nih jadik. So, firstly kami masuk ke Alive Museum. Museum nih macam Trick Eye Museum. kiter leh berposing ngan macam2 gambar 3D yang ader dalam tuh. Korang tunggang terbalik la biler bergambar dalam tuh. heheh. ok, saya share sikit gambo mase kami kat dalam alive museum bawah nih :)


Next kami masuk ke bahagian observatory untuk tengok pemandangan seoul daripada atas pada waktu malam.

Selain daripada tengok2 view seoul daripada atas tower ni. kami jugak ader beli postcard n kat sini diorg ader sediakan skali perkhidmatan post untuk poskad yang kiter beli tuh. Just pilih poskad yang ada, beli setem n masukkan dalam peti pos yang diorg sediakan. So, saya beli poskad n pos untuk diri sendiri sebagai kenangan daripada Namsan Seoul Tower. Lebih kurang 2 minggu gak kad nih nak sampai pada kami kat malaysia. Memule ingat memang xsampai dah, tp alhamdulillah sampai gak.
Sempat lak mintak cashier kat situ tulis perkataan special kat kad tuh dalam tulisan korea. tapi anta kat diri sendiri gak.. hehehe.. 
Lastly aktiviti kami mase kat Namsan Seoul Tower adalah kami pi berjalan-jalan kat bawah tower tuh sebab kat luar banyak tempat amik gambar yang cantik. Kami pi bergambar kat Locks of love. tempat orang yang dilamun cinta lock diorng nyer percintaan. Kami amik gambar jer la. nak lock2 pown xtau nak letak nama sapa. Then kami bergambar la kat tempat2 lain gak.


Gambar yang bentuk love double kat bawah nih sbenarnye diorg buat daripada sayur salad2 yang bermacam warna.. sangat kreatif. memule ingatkan bunge ke ape.. upenye salad.
Lepas da abih posing bagai, kami bertolak untuk dinner. Apa yang kami makan untuk dinner, leh tengok gambar kat bawah nih. :)

Last skali, azree tunjukkan kami cara nak balik ke hotel daripada myeongdong. Myeondong nih tempat shopping bagi orang-orang yang giler kosmetik korea n macam-macam bende lain. Nih adalah salah satu tempat wajib pi utk shopping kat korea. Myeongdong nih xjauh daripada hotel kami. so, kami jalan kaki jer. Biler kami da tau jalan pi myeongdong n balik hotel, tempat tu da jadi lokasi kami berjalan tetiap malam. ehehhe..then kami balik n berehat utk recharge balik tenaga supaya esoknya kami dapat berjimba2 kat Lotte World ngan penuh bertenaga.

so, next post saya akan citer tentang aktiviti kami di Lotte World. Sekian.

Bye, Assalamualaikum. :)

Untuk maklumat lanjut:  

Website:

Tour Guide kami: 

Post berkaitan:
  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.