JellyPages.com
Showing posts with label saya melaporkan. Show all posts
Showing posts with label saya melaporkan. Show all posts

Tuesday, January 27, 2015

.Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.

Assalamualaikum,

Da sebulan lebih xupdate blog pasai trip pi korea ari tuh sebab xberkesempatan nak update ape2. So, straight ke topik. Untuk hari ketiga berada di bumi sonata, kami telah pi merayap ke ice museum, trick eye museum dan jugak 63 building.

Macam biasa, kol 10 pagi kami bertolak ke hongdae dengan menaiki bas. sebab trick eye musem ngan ice museum nih terletak kat hongdae. Memule biler sampai kat situ, kami ingat kami hanya masuk trick eye museum jer. tetibe masa tour guide kami bagi tiket, die habaq tiket tuh 2 in 1 iaitu tiket tuh utk masuk ke ice museum dan jugak trick eye museum. wah syokla xsangke dpt masuk ice museum gak. xyah terpikir nak pi icity da sebab da ke sini.. hehe..

Tapi dalam tak sangka tuh, yang paling syok nye kami nih langsung xbawak sarung tangan sbb x jangka nak masuk ke dalam ice museum. jenuh la tangan asik masuk dalam poket n sume aktiviti dalam ice museum berjalan dengan cepat sbb xtahan sejuk. bibir n kulit rase kering giler dok dalam tuh. nak amik gambo pown cecepat jer sebab xtahan tangan sejuk.  dalam sejuk2 n xbawak sarung tangan tuh, kami org pertama yang masuk n kami jugak orang yang last keluar.. org lain laju jer amik2 gambo n terus keluar..

ok, cukup2 la membebel, skang biar gambo berbicara :)

 nampak x muke kami sume jadi cerah serta merta sbb kesejukan yang amat.. hehehe

ok next kami keluar daripada ice museum, kami relaks2 sat kat luar sblm masuk ke trick eye museum sebab kamera kiteorang da berwap sbb sejuk kat dalam ice museum td. Biler da agak2 ok jer kamera kami tuh, kami pown terus masuk trick eye museum plak. Serious banyak sangat gambo di amik n masa dihabiskan kat sini. seb bek tour guide kami da setkan masa dok dalam ni bape lama. kalau x, mmg berjam la kami dok dalam tuh. Macam2 aksi ader kami wat dalam tuh, tunggang terbalik sume jadik..hehe..,. ok, jom layan gambo :)





Selesai separuh hari kami kat ice museum ngan trick eye museum. pastu kami pown keluar utk pi lunch n bergerak ke destinasi seterusnya iaitu 63 building. Gambo bawah nih adalah apa yang kami makan masa tengahari tuh.

Kami ader gak gi hello kitty cafe, tp sekadar pi tengok-tengok, masuk dalam, posing-posing jer la. kami xmakan sbb da nak lunch tempat lain n nak jimat masa. jadual padat u ollssss... hehehe.

Seterusnya, kami bertolak pi ke 63 building. Sampai je kat sini macam biase la, tour guide kami pi beli tiket. sebelum tuh, tour guide kami tanye kami nak amik pakej yang mana. Kalau u olls nak tau, dalam 63 building nih ader 4 tempat yang u olls leh masuk iaitu Seaworld, Sky Art Gallery, Wax Museum dan IMAX Theater. Kami pilih pakej Seaworld, Wax Museum ngan Sky Art Gallery.

Memule kami masuk Seaworld dulu. Seaworld nih macam Aquaria la. tempat nengok menatang2 laut gittuuh. so, kami tgk la mcm2 jenis ikan, penguin, anjing laut n lain-lain. Tapi dalam seaworld nih bukan ada ikan-ikan jer. menatang darat pown ader u olls... ader gak la burung, ulaq, tikus n lain-lain.

Kalau tengok dalam gambar atas nih, gambo yang kami bertiga da jadi kaler merah tuh. ikan kat blakang tuh berkumpul biler kami tap2 jari kami kat cermin. biler ikan2 tuh da dtg beramai2, kami pown cecepat snap. :)

Next kami masuk ke Wax Museum. Sebenarnya i olls sangat takut ngan patung lilin sebab nampak macam idup. memule nak amik gambo ngan patung nih adik siap tegur, "zilla, muke ko nampak sangat takut ngan patung nih.. relaks2 sket"... so, sbb da sampai jauh2 nih, kne overcome takut tuh, bergambo gak utk simpan kenangan. Dalam wax museum nih die ada bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu, bahagian artis, bahagian atlet, bahagian horror, bahagian superheroes n macam-macam lagi.  Ader satu bahagian tuh die wat bahagian horror. so, sume patung lilin dalam tuh berbentuk antu n seram2 bagai. Suasana lebih ngeri daripada yang kami masuk kat Lotte World. Kiteorang masuk gak tempat tuh walau ngeri tapi kami xtgk kiri kanan da, terus jer jalan sampai keluar. nak berhenti tgk2 patung pown memang tak la.


kalau tengok gambar atas nih, yang bawah gambo patung leonardo dicaprio tuh, i olls xtengok langsung yer muke patung tuh sebab takut. nak amik gambo nyer pasal, tgk jer la rantai besi tuh. nih patung lilin yang sebelum masuk ke bahagian horror. yang dalam bahagian horror xtau la nak kate camner. 

Next kami terus pi ke location terakhir iaitu Sky Art Gallery di tingkat 60. Daripada atas nih kiter akan tengok pemandangan Seoul n kami nampak Hangang River yang RunningMan ada seberang tu :) terselit gak runningman yer.. hehe.. Dalam nih ader satu part kiter leh berdiri n lantainye see through. yana n wani punyer la berani nak naik kat situ. memule i olls xmau tp diorg panggil gak, ngan bergigil2 la naik  atas tuh. sampai berair2 mata nih sbb i olls nih gayat. cecepat suh diorg amik gambo n i olls terus blah dari situ. huhu..



Pastu kami balik n makan malam kami mase nih adalah Kebab.di Myeongdong :) Hari nih banyak sangat overcome perasaan takut. takut ngan patung lilin ngan takut pada tempat tinggi sbb gayat. Semua nih gigih di wat supaya balik malaysia xmenyesal. hehe.

Lastly macam biasa, shopping2 dulu kat myeongdong pastu terus balik hotel :) Next post kiteorang akan citer tentang trip kami untuk hari ke 4 iaitu ke Ewha Women University, Masjid Itaewon dan belajar wat kimchi. Selain daripada tuh nak citer gak peristiwa pasrah.. gittuhhh... ok, sekian. :)

Bye, Assalamualaikum. :)

Untuk maklumat lanjut:  

Website:


Tour Guide kami: 

Post berkaitan:
  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.

Monday, December 1, 2014

.:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions)

Assalamualaikum,

Ok post nih adalah kesinambungan daripada post yang sebelum ini iaitu post berkaitan dengan indoor attractions di Lotte World Theme Park yang kami dapat naik. Bahagian outdoor di Lotte World dipanggil sebagai Magic Island. Kat luar nih la ader gyro drop, bungee drop, gyro spin sume bagai. Tapi xsemua yang kami naik sebab kekangan masa. Kat luar nih banyak la pemandangan yang cantik n tempat wajib amik gambar biler kat luar nih adalah Istana yang tersergam cantik. hehehe..



So jom citer pasai attractions yang kami dapat naik masa kat Magic Island nih.

1. Atlantis Adventure
Kelajuan rollercoaster ini adalah 72km/jam. Saya n yana memule macam nak xnak jer naik sebab biler tgk orang lain naik macam laju n menakutkan sangat sebab die start2 terus laju n banyak plak turun naik n selekohnya. Nih adalah satu-satunya rollercoaster kat outdoor. Tapi atas pujukan wani sebab die nak sangat naik n rakam, so, kami pown terjoin beratur skali ngan die. Padahal dalam hati nih macam-macam dok pikir. Masa kami beratur pown agak lamer sebab ramai giler yang beratur nak naik rollercoaster nih. biler sampai jer giliran kami, diorang xbagi plak rakam n suh letak sume barang kat tepi. seat untuk rollercoaster nih adalah untuk 8 orang sahaja. so, xla panjang sangat. saya n yana dok belakang sekali n wani dok depan kami. so, kesudahan citer, naik atlantis nih memang best giler, n berbaloi beratur lame2. saya yang jenis penakut nih pown enjoy n mata sentiasa terbukak utk tengok ape yang akan berlaku sepanjang naik rollercoaster nih. mmg thrill. Oleh sebab xdapat rakam video, kami share video daripada youtube yang dapat rakam masa main rollercoaster nih kat u olls. :)


muke2 tengah beratur

Selepas naik rollercoaster.:)


2. Gyro Drop
Untuk attraction macam nih, saya xnaik sebab takut pengsan lak kat atas tu. So, wani sorang jer yang naik sebab die nih sangat suke bende2 camnih. Gyro drop nih die akan bawak kiter naik ke atas sambil berpusing-pusing n jatuh dengan lajunye ke bawah  one shot. xder stop-jatuh- naik-stop-jatuh-naik.. Kalau yang die macam jatuh sikit2 pastu naik tuh attraction lain iaitu bungee drop. kami xnaik bungee drop nih sebab konsep die same jer ngan gyro drop. So, feel die, hanya wani sorang jer dapat rasa. n ape yang wani kata, "masa jatuh tuh, punggung xjejak seat wooo".. heheh..saya yang xnaik nih kene la jadi tukang rakam video daripada bawah. :) nak tau camner gyro drop nih, leh tengok gambar n video bawah ni :)





3. Ghost House
Yang ini kiter macam tengok movie 3D. not recommended utk korang. Melainkan nak bawak anak-anak. Sebab citer die hanya pasai seekor kucing yang masuk rumah berhantu n konon2nya kita yang menengok nih adalah kucing tuh. Agak boring yer. huhu


4. World Monorail
Next kami naik world monorail nih untuk mengelilingi lotte world n tengok indoor n outdoor lotte world drpd atas. Dapat la kami tengok keseluruhan lotte world yang menjadi salah satu lokasi citer Running Man ni. Setiap kali kami nampak tempat yang familir dalam nih mesti kami kaitkan ngan runningman, sbb slalu tgk dalam tv jer. hehe.






Yang atas nih last attraction yang kami ader naik dalam Lotte World Theme Park. Biler da pukul 6 petang, kami pown pi la amik makanan kami yang ditinggalkan dalam locker td. N terus keluar. tengok-tengok azree da tunggu da kat luar. die terkejut biler nengok kami xmkn burger udang utk lunch tadi. hehe.. galoks sgt dok main macam2 sampai xhengat nak makan. Ape2 pown pastu azree bawak kami pi dinner.

Hari ni kami makan nasi goreng kat myeongdong. Restoren ni staf diorang akan tolong gorengkan nasi goreng tuh kat meja makan kami. Ader video yang kiteorang rakam masa menggoreng tuh kat bawah ni. Hari nih memang penuh ngan rakam video saje. hehe. 



Lepas jer makan ni, kiteorang shopping dulu kat myeongdong sikit2 baru balik ke hotel untuk berehat. Kami tido lewat gak sebab dok tengok tv walau xdak subtitle sambil makan burger udang yang sepatutnya kami makan lunch tadi.

Lastly, nak share beberapa gambar masa kami kat Lotte World Themepark. :)



Ok done. Next post saya nak citer tentang trip hari ke 3 iaitu ke Ice Museum, Trick Eye Museum dan 63 building. :) So, tunggu post seterusnya k. Sekian, tq sebab bace blog saya.. ngee :D 

Bye, Assalamualaikum. :)


Untuk maklumat lanjut:

Website :

Tour Guide kami: 

Post berkaitan:


Sunday, July 8, 2012

.:Universal Studio Singapore Part 1:.

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, skang nak citer pasal trip ke Universal Studio Singapore. Walaupun da sminggu lebih da balik daripada trip nih, tp kenangan kat sane mmg xleh nak lupe sbb mmg best giler n i olls sangat menggalakkan u olls pi. Post kali nih nak citer pasal pengalaman naik rides n mcm2 bende lain lagi... tapi memule nak bg tips sket maner nak start dulu bila sampai kat USS nih..

Apa yang patut u olls buat biler da sampai kat USS?

  • U olls kalau sampai awai giler n USS pown xbukak lagik, amik peluang amik gambo dulu kat globe USS tuh, mcm kami wat sbb sampai awai n xdak orang sangat, so, itu globe kami yang punya... ehehe
  • pastu bile pintu gate USS da bukak, xyah sibuk2 nak amik gambo bagai, pi kedai souvenir sume... sume tuh tangguhkan ke aktiviti akhir... biler da sampai tuh, terus terjah segala rides yang ada n segala aktiviti yang ader dalam setiap bahagian yang ada. masa nih, kami tangguh bab makan sebab kami takut nnt jadi lain kalau kami naik rides atau rollercoaster.
  • confirm dalam separuh hari jer, u olls da berjaya cover hampir 90% rides n aktiviti lain yang ader. lepas tuh baru kami pusing USS lagi sekali utk masuk kedai souvenir, n posing-posing bagai kat setiap tempat yang ader. 

Ok, sudah bahagian tips, jom citer pengalaman naik rides dan tgk show kat sume zon dalam USS tuh.

Zon Hollywood
First masuk jer daripada pintu depan USS kiter akan jumpa zon hollywood dulu.. kat sini xdak rides, tp ader shows n street shows jer. kat zon nih jugak banyak karakter hollywood yang kiter akan jumpa n diorg banyak berkumpul kat zone nih.. so, kami banyak kali jugak patah balik kat zon nih supaya xmiss mana2 karakter... antara yang kami sempat bergambar dgn marilyn monroe, frankenstein, betty boop,kungfu panda.
  • Monster Rock
Kami tgk show monster rock nih pukul 2.30 petang. Nih just musical show yang melibatkan pelbagai monster menyanyi n berlakon... sesuai la untuk kami yang da kepenatan meround, so masuk dalam show nih utk merelakskan kaki skejap. Antara monster yang adalah frankenstein, warewolf, drakula, n macam2 lagik.. persembahan nih ala2 macam broadway la. mcm2 lagu diorg nyanyi.. antaranya lagu wondergirls-nobody. 



  • Daddy O's
Yang nih plak, tengah2 kami berjalan tetibe diorg kuar n menyanyi kat tengah2 jalan n kat atas pentas yang diorg da readykan. sempat jugak la kami bergambar ngan diorg sebelum diorg start wat show utk kali kedua yang kami jumpa. tp sayangnye, orang yang mengambik gambar tuh, kami xsempat nak ready ape2 die terus snap, jadi muka pelik2 jer masing-masing. Sorang tuh da mcm muka remy ishak plak... hehehe.. 



Zon New York
Lepas jer kami jalan kat hollywood, kami pi ke zon new york pulak. Kat sini show yang kami masuk cuma satu jer. street shows kami xnampak la plak..
  • Lights, Camera, Action!
Nih adalah show yang pertama kami masuk. masuk yang nih jer pown kami da rase mcm hebat giler la.. mcm real. sebelum kami masuk, kami diberi taklimat dulu sket tentang apa yang kami hadapi. Sebelum kami dtg nih kami da wat research dulu n kami terbaca yang kat bahagian nih kne pakai poncho sbb melibatkan air bagai.. kami pown da ready kuarkan poncho utk pakai tp tgk orang lain xpakai pown, so, kami pegang jer la poncho tuh utk ready... eheh.. masuk dalam nih akan ader 3 barisan utk kiter berdiri, sape yang dapat barisan depan skali mmg lagi best la sbb lagi dekat ngan air n terbakar2 sume.. kami duduk kat barisan number dua. yang bestnye kiteorang rase mmg mcm dalam suasana ribut yang betul, ngan air berkocak sane sini, angin kuat giler, terbakar sane2 sini, siap ader tv yang tunjuk berita ribut teruk beserta ngan skrin kat depan yang nampak sgt real... xtergambar ngan tulisan nih la... kalau nak tau camner, sila la pi tgk.  ehehe..first show yg kami join nih pown da rase puas hati giler, jadi wat kami xsabar nak wat aktiviti yang lain.. jom tgk citer kat zon lain pulak.


Zon Sci-Fi City
  • Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle
Nih rides yang pertama kami naik n yang paling kami xkan lupe sebab terlampau best. Siap ckp ngan member, kalau ader masa lagi n kiter da abih pusing USS, kami nak naik nih lagi sekali. Kami masuk bahagian nih tanpa mengetahui apa yang ader kat sini. main masuk jer sbb da terlalu seronok lepas masuk kat Lights, Camera, Action td. Kami dibekalkan ngan cermin mata 3D utk masuk, pastu kami diberikan tempat duduk dalam satu ride yang mcm kete, i olls duduk kat tengah, kiri n kanan i olls, farah n fatin. yang bestnye, kami nih jadi watak yang ingin menyelamatkan diri dengan kereta, n transformers bantu kami utk menyelamatkan diri daripada penjahat lain. giler mencabar sebab naik rides sambil tgk 3D, pusing sane, pusing sini, terjun sane, terjun sini, sangat2 nak pecah perut... kami kejap gelak, kejap jerit... kne plak mcm i olls yang xpenah naik rides mcm nih, lagi la rase mcm hape da... dah tuh lak, duduk kat tengah2 nih , jadi mangsa cengkaman orang kiri kanan yang mmg takut jugak... giler sakit lengan i olls lepas tuh... tp i olls puas hati giler2.. last scene transformers tuh tanye kat kami, "are u ok?" we olls dengan banggenye buat thumbs up  kat transformers tuh n say thanks... pengembaraan yang penuh ngan emosi... ehehe... gilerrrrrrr best, nak naik lagiiiiiiiiiiiii.....


  • Accelerator
Accelerator nih kat funfair pown ader lebih kurang camnih... u olls naik bende nih n die akan berpusing-pusing n terus berpusing-pusing, dan berpusing-pusing, dan berpusing-pusing, dan berpusing-pusing sampai berhenti... kalau u olls nak uji tahap kepeningan diri anda, silalah naik bende nih.. kami naik gak, saje2 nak rase camner agaknye rase naik bende alah nih... heheheh
  • Battlestar Galactica : Human Vs Cylon
Ok, yang nih kami tak naik disebabkan pengalaman yang mengerikan naik rollercoaster kat zon egypt. Sbb berdasarkan pembacaan, orang kate rollercoaster yang nih adalah yang paling mengerikan, so, kami naik yang second mengerikan dulu utk tgk tahap keberanian kami iaitu rollercoaster kat egypt. Last2, kami tengok dari bawah jer diorang main rollercoaster ni sebab rasenye sangat xmampu nak naik... tengok jer pown da ngeri da.



Zon Ancient Egypt
  • Revenge of The Mummy
Seriously, roller coaster nih la yang menyebabkan kami xmau naik battlestar galactica. Memula kami masuk tuh, kami jadi pelik sebab xdak orang masuk kat bahagian nih.. kami pown xderla jangka yang rollercoaster kat sini mmg ngeri. jadi kami terus jalan masuk dalam tempat tuh sampai jumpa kat bahagian nak naik rollercoaster tuh.. kami naik ngan satu family nih, diorg dok depan, n kami dok belakang sekali. dalam tuh sangat gelap, n u olls xkan dapat sangka samada rollercoaster tuh akan pusing ker, turun ker, naik ker... nekad jer la.. memula memang slow, tetibe die bawak ke tempat yang kami nampak kat depan just dinding.. i olls nih pk, mesti dinding tu akan terbukak.. upenye jangkaan ku sangat meleset, rollercoaster tuh mengundur dengan lajunyer... kami yang kat belakang nih terus tersandar ngan keadaan terkejut n menjerit sampai xhengat dunia.. pastu die terus laju n paling xleh lupe, we olls tertunduk ke depan sampai xleh nak naikkan badan da, maybe pasai roller coaster tuh terjunam ke ape2 kot.. seriously, kami xnampak hape da mase tuh.. menjerit jer memanjang.. tudung i olls pown tertutup muka sendiri, pastu dalam keadaan tertunduk tuh sempat gak turunkan tuudng yang tertutup muka tuh... memang giler ngeri.. biler sampai jer, kami terus ckp, kami xmau naik daaaaaaaaa..... otak rase macam nak tercabut keluar, perut rase macam nak pecah n mcm2 lagi...patutla xramai naik... huhu... tapi nih memang pengalaman bestla..biler kuar jer, kami tgk gambar kami di snap mase kami naik rollercoaster tuh giler lawak... haha.. kami gelak sampai nak pecah perut pulak.. ahahahah...maybe ia lebih menakutkan sebab u olls xleh jangka apa yang akan berlaku seterusnya dalam keadaan gelap tuh... huhuhu


  • Treasure Hunters
Okeh, yang nih biasa2 jer. U olls akan dibekalkan ngan jeep version hunters yang muat untuk 4 orang n kereta tuh akan bergerak sendiri ikut landasan, n u olls akan dibawa mengelilingi kawasan tuh. mase ni, i olls jadi pemandu pelancong merangkap sebagai pemandu kete jugak membawa dua orang pelancong lat belakang iaitu, farah n fatin. 


Zon The Lost World
Kat sini ader beberapa yang kami xnaik. antaranya Amber Rock Climb sebab yang nih kne bayar. pastu kami xnaik Canopy Flyer sebab waiting time die terlalu lame. setiap bahagian rides n show, diorg akan tunjuk waiting time kat luar, so, kami hanya naik yang kurang daripada 15 minit jer. Dino Soarin plak kami xpi sebab utk bebudak jer... xsesuai dgn kami yang xberapa nak budak da... ehehe... yang kami join kat bawah nih.
  • Jurassic Park Rapids Adventure
Yang nih pown best jugak n u olls kne ready ngan poncho sebab confirm basah.. kalau u olls xready poncho pown xpe, leh beli kat situ, cuma mahai sket la.. tp kalau xmau pakai poncho pown boleh jer, diorg ader sediakan tempat utk mengeringkan badan. atau u olls boleh keringkan baju secara semulajadi mcm we olls buat, biar kering sendiri tanpa disedari... eheheh.. kat cni, u olls akan naik satu bot bulat n bot tuh akan bawak kiter keliling jurassic park melalui air. ia bermula ngan air yang tenang ngan dinasour dok main pancit2 air kat korunk sume. tuh permulaan basah.. pastu tetiba korunk akan masuk dalam terowong yang air die makin lame makin deras n da mula masuk dalam u olls nyer raft tuh n kasut pown mula basah habih...tetibe, we olls membelakangkan tempat tuh, so, xnampak la ape yang ader kat belakang, tetibe jer bot tuh meluncur, kami pown lagi sekali jadi kejadian macam dalam roller coaster egypt tp xla menakutkan sgt, cuma terkejut jer... n air pown mula terpercik abih n kami pown basah habih, especially tang seluar sebab poncho tutup atas jer... so, kami keluar dlm keadaan basah lencun n diperhatikan orang yang tengah beratur tunggu giliran naik naik bot tuh pulak... huhuhu...best.


kami yang kebasahan... hu~

  • Waterworld
Kat cni, diorg wat show orang laut kne serang ngan orang darat... dekat bahagian penonton, diorg ader bahagikan beberapa seat.. beberapa baris seat kat depan, adalah untuk orang yang rela di basahkan.. bukan basah biasa tapi basah kuyup k... beberapa bari selepas tuh adalah untuk orang yang rela dipercik air.. bukan percik biasa jugak... percik air yang banyak k tapi xsampai kuyup... n seterusnya barisan yang orang xmau basah. kami duduk kat bahagian yang rela utk dipercik air.. da kebetulan kami basah sebelum nih, jadi biar la nak basah lagi pown.. tp xla rela dibasahkan sampai kuyup... memula sblm show start, pelakon diorg dok beramah mesra ngan penonton dengan cara, simbah air, sembur air n mcm2 lagi..so, byk la aksi yang kami tgk utk elak kne air.. yang paling best, ramai yang bijak, biler nak kne sembur air jer, automatik payung terbukak ngan laju... eheheh.. show diorg mmg thrill, banyak aksi terjun la, jatuh dari tempat tinggi la, kapal terbang terhempas la, jetski melompat la, meletop la... n mcm2 lagik... especially pelakon pompuan die yang sorang tuh mmg hebat la wat stunt... pelakon diorg pown kacak2 ok.. ehehe



Zon Far Far Away (Shrek)
Kat zon nih ader beberapa rides n show, tapi kami xmasuk sume.. hanya yang tertentu jer kami masuk. Antaranya:
  • Shrek 4D adventure
Kite seolah-oleh tengok wayang dalam nih cuma dalam nih bukan sahaja 3D malah 4D.. kenapa 4D, sebab ia melibatkan pergerakan kerusi, dan sebagainya.. contohnya masa shrek naik kuda, ngan kerusi kami skali bergerak seolah-olah kami pown naik kuda.. pastu bila donkey bersin, ngan kiter skali terkena air kat muka kiter seolah-olah kiter kne bersin donkey tuh.. pastu, biler ader labah2 merayap, kiter akan rase labah-labah tuh merayap kat kaki kiter... selain daripada tuh, kiter jugak akan rasa angin yang kuat seolah2 kiter join shrek n lain2 terbang... 


  • Enchanted Airways
Okeh, nih adalah junior rollercoaster. tak extreme sangat n die outdoor rollercoaster. kami naik jugak la yang nih sebab die xterlampau extreme macam kat egypt tuh. yang bestnye i olls mcm mengalami kecelaruan biler naik nih sebab sepanjang naik tuh i olls gelak xhabih2, sampai fatin kat sebelah pown konfius... xtau nape, ader gakla ngeri biler rollercoaster tuh menuju ke arah air n then pusing plak... maybe pasai lawak dgr orang belakang jerit2 kot...ehehe

Zon Madagascar
Kat cni pown banyak rides n show yang sesuai untuk bebudak jer. so, kami pown xbanyak la naik. kami cuma ikut satu rides jer... teringin gak nak naik merry go round tuh, tp xpi la plak..ehehe..yang kami naik:
  • Madagascar: A Crate Adventure
Yang nih kami beratur panjang jugak la sebab da ke arah petang sket, so, ramai yang da menunggu. kami akan naik bot n kami dibawa melalui air n masuk dalam bahagian yang dipenuhi ngan karakter madagascar n mcm2 lagik. kiter akan tgk macam2 aksi diorg la n diorang nih seolah2 xbagi kiter pi lagi dalam..keje kami mase nih amik gambar jer... tetibe kat satu kawasan nih wat kami panik  sebab dari jauh kami da nampak, air memang mencurah2 dari atas n kami plak akan lalu kawasan tuh... dan2 nak keluarkan poncho masing2... tp diorg xbg warning pown samada kami akan basah atau xmase nih... makin dekat jer ngan kawasan tuh, kami makin panik, tetibe air tuh stop... lega la kami... kalau x, memang basah habih la...sesuai bawak budak2 kat sini... :D




Okeh, selesai sudah citer pasai rides n show yang kami join sahaja.. memang penat, tapi sangat berbali mengabihkan duit kat cni sikit.. stress hilang n xhingat sume bende2 yang merunsingkan kiter slame nih kat sini... enjoy abih... pasnih nak wat post USS part 2 pulak... tunggu... :D

Gambar: thanks to Fatin :D:D


Tuesday, June 26, 2012

~Planning to go to Universal Studio, Singapore~


Assalamualaikum,

Sebelum nih, kami dah wat percutian antara geng2 kami kat langkawi. So, skang kami plan nak pi jauh sket. Kiter pi ke luar negara... luar negara pown bukan jauh sgt pown, singapore jer... hehehhe...Kali ni saya nak citer tentang plan saya n member2 nak pi ke Universal Studio Singapore (USS). lagi beberapa hari jer lagi, insyaallah kami akan sampai la ke USS nih setelah merancang beberapa bulan awal. Pada awalnye, kami nih just bagitau keinginan nak pi ke USS nih. tak sangka la plak mendapat persetujuan dua orang kawan lagi yang memang kaki berjalan ngan saya...  Yang lebih tidak disangkakan bile one of my friend yang akan join kiteorg pi nih , fatin, lebih advance ngan wat research bagai dan menghasilkan proposal yang lengkap dengan kos penginapan, flight, USS, perjalanan n perancangan aktiviti yang kami akan wat kat sane... Kalau u olls tengok proposal tuh, memang mantop la...

biler member nih forward kan proposal tuh pada jawatankuasa pelancongan lanjutan (JPL) iaitu terdiri daripada saya dan farah. kami terus luluskan tanpa perlu pembentangan atau defend proposal da... betapa hebatnya proposal itu... ehehehe... jawatankuasa pown ntah ape2... ahaha..

Setelah proposal diluluskan oleh JPL, pembahagian jawatankuasa bermula. Fatin ketua jawatankuasa flight ticket, farah plak ketua jawatankuasa USS, and me Ketua Jawatankuasa penginapan dan shutter bus. So masing2 menjalankan tugas masing2 dengan jayanya sehingga kami telah booking segala2nya beberapa bulan awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Biler sume da booking, tiket da dapat, boarding pass da dapat, penginapan da dapat. xkan kami nak tunggu jer kan.. so, kami pown buat research tentang USS dan MRT singapore serta tempat2 menarik yang kami akan pi selain daripada USS.

Mule2, persediaan untuk masuk USS. Apa yang perlu kami ready, jangkakan, bawak dan sebagainya... kami dapat beberapa blog yang sangat bagus untuk dijadikan bahan rujuk. antaranya adalah blog
       Firstly, u olls kne tgk website nih dulu... sbb nih adalah website utama tentang universal studio kat sane. byk gak info, map, pamplet yang u olls leh dapat kat cni.
        kat link nih die akan citer tentang tiket, waktu yang kiter perlu avoid untuk pi USS sbb harga tiket mahal, n pelbagai tips yang berguna. antaranya kne ready bawak poncho sbb kiter xleh nak expect yang kiter akan terus kering jer sampai abih sbb ader beberapa tempat yang akan melibatkan air.. jadi kami beli poncho kat mesia siap2, sbb kat sane mahai... :)

          Kat cni pown u olls leh tgk gambar2 menarik daripada fatin liyana yang dah pi ke USS.. we olls tgk nih jer pown da rase teruja giler nak pi...
         kat link nih pown best gak tgk gambar2 nyer la... :)
  • Video roller coaster Battlestar Galactica

 
sila lah tengok yer u olls yang nak naik nih... saya pown nak naik gak... sebelum nih mmg xpenah nak naik rollercoaster sbb kecut perut... tp yg nih kne cube gak... bukan slalu dapat pi kan... walaupun, tgk video nih jer pown da kecut perut... and beberapa link yang boleh bantu u olls utk plan pi ke USS.
Kalau ader kengkawan yang penah pi, leh la tanye pengalaman diorg. :)

Then utk hari kedua di singapore, kami terpaksa naik shutter bus n turun kat USS lagi sebab tunehotel da xsediakan bas utk pi marina bay. so, kami kne wat perancangan utk pi merayap dalam singapore dengan naik MRT jer. sbb lebih mudah guna MRT kot.. jadik, kami kne la wat research ttg jalan-jalan MRT kat singapore tuh. So, aper yang kami wat?
  •  Kenalpasti tempat nak merayap.
          first, kami kenalpasti, tempat mana yang kami nak pi. kami da rancang nak pi esplanade, merlion, marina bay, orchard road.
  • Kenalpasti stesen MRT terdekat.
         cara kami nak kenalpasti stesen terdekat adalah dengan cara kami google jer.. ehehehe... gunakan google map yang telah ada... atau google earth. kalau ader kengkawan yang pernah dok singapore atau mmg orang singapore, leh jugak confirmkan dengan diorg samada betol atau x maklumat yang kiter dapat tuh.
        okeh, kat link map MRT nih u olls leh plan nak naik MRT yang mana utk ke suatu destinasi. selain daripada tuh, daripada link nih jugak leh tau berapa harga tiket utk ke suatu tempat. so, da leh kira kos utk perjalanan la kat situ. tapi mase kami wat tuh, xleh kire, xtaula maner yang silap. Kalau u olls nak lebih memudahkan kerja, u olls leh beli kad mcm kad topup utk kamu gunakan biler nak naik MRT nih.. jadi xyah la kuarkan duit n nak tekan mesin yang kiter xtau camner. U olls leh dapatkan tiket kat maner2 kaunter Transit Link yang ader kat Stesen MRT. leh tgk kat link nih utk kenalpasti kat maner kaunter utk beli kad tuh. so, da ader map, da leh rancang n tunggu nak pi jer lg beberapa hari.

persediaan yang kami buat bukan sekadar mental, fizikal sahaja. kami jugak beli mcm2 benda utk memudahkan kami mcm foldable water bottle. biler air da abih, botol tuh leh lipat n masuk beg. so, x rugi ruang dalam beg. then kami beli travel organizer utk letak segala passport n barang2 penting dalam satu beg sahaja.

tuh sahaja persediaan kami sebelum pi nih... lepas nih saya akan post pulak citer pengalaman kami pi USS n berjalan kat singapore.

Daaaaaaa!





Sunday, June 17, 2012

~2 days 1 night in penang~

Assalamualaikum n salam sejahtera...

Banyak pulak rasenye nak citer dalam belog hari nih... antaranya tentang Seoul Garden, Daiso, fatin bertolak ke Australia, Gurney Plaza, jalan di penang n mcm2... huhuhu... so, utk meringkaskan citer... kiter citer ikut flow jer la...

semalam, bersamaan 16hb Jun 2012 kol 12.00 tghari kiteorang (zilla, farah n azizah) bertolak ke penang utk tujuan menghantar fatin ke airport utk fly ke australia utk sambung PhD die... biler da sampai penang tuh mmg mcm2 la kami buat sbb da sampai ke penang... bukan selalu dapat sampai penang pown... fatin btolak 17hb.. kami pi penang 16hb... so ape kami wat sepanjang ader kat penang... jom bace..:)

Changlun ke Seoul Garden, Penang.
kol 12 tghari bertolak ke Seoul garden ngan farah n azizah.. aper seoul garden nih? seoul garden nih tempat nak makan yang leh kiter feel ala2 mcm kat korea la... maklumla, kami nih sgt2 giler korea ok.. dalam kol 2 sampai la kami kat penang, kami terus roger2 fatin hambali utk pi mkn skali kat situ.. tp yg bestnya GPS kami detect restoren seoul garden yang lain.. giler payah nak parking kot kat situ... biler da dpt parking, baru kami tau yang Seoul Garden di sebelah gurney plaza n sbelah McD tuh xhalal.... alhamdulillah la xmasuk lagi sbb die xbukak... Restoren Seoul garden yang halal nyer ader kat dalam gurney plaza... so, kami pi la masuk gurney plaza n terus menuju ke Seoul Garden tuh...

Seoul Garden nih mmg giler best la. kalau nak ikutkan smlm kami pi mkn steamboat ngan grill kat kangar...mmg ok la mkn kat situ, tp biler kami mkn kat seoul garden nih, kami terus lupa yang kat kangar tuh sbb kat cni lg sedap giler... walau sedikit mahai tp puas hati... restoren nih lebih kepada mcm korea nyer mknn tp xdaklah kimbap ke ddeokbokki ke ape ker... die cume ader grill n steamboat jer.. u olls mkn la bebanyak mana pown, sorang hanya perlu bayar dalam RM30 hengget shj... Kami nyer terlalu eksaited n seronok xhengat, sampai kami telah menghabihkan masa selama 2 Jam kat dlm seoul garden tuh... mkn sahaja....  citer je xbest, jom tgk gambar... :)

Okeh, nih la restoren seoul garden tuh... mase amik gambar, terhamik gambar org skali... tujuan asal nk bg nampak tulisan seoul garden tuh...

nih antara makanan yang dihidangkan utk dimasukkan dlm steamboat atau grill...
nih pulak segala daging, ayam, ikan, sotong, kerang, kupang, lala n sebagainya yang dah diperap... yang paling sy suka adalah kimchi meat... giler sedap... yang lain ader bulgogi meat, chicken curry, n mcm2 lagik... seriously kalau mai sini xyahla amik segala meatball sume tuh sbb kiter mudah nak dpt n mkn kat maner2... sila penuhkan perut anda dgn segala yang dalam gambar nih... pastu sy amik mane2 yang ader nama ala2 korea la... kalau perap biasa mcm blackpaper tuh kurang la amik... tp seriously daging yang diperap ngan kimchi tuh mmg giler sedap...
yg nih xsempat nak merasa.. cuma sempat amik gambar jer sbb kami mkn da byk sgt sampai penuh perut n xsempat nak amik yg lain.. ehehe... tp da rase jugak kimchi tuh... kalau u olls nak tau sayur yg bawah skali tuhla kimchi... tp xkena ngan selera i olls la..mungkin sbb baru first time rase kot...
yg nih kami xamik pown sbb terlalu fokus pada daging2 di atas.. ehehe...ala lupe lak nak amik gambar sos2 yang ader... sy amik sos korea chilli paste ngan ginger sauce.... paling suke ginger sauce tuh.. :) ader lg byk sos lain yg ala2 kemalaysiaan ....hehe

yg nih pulak sup yang kami pilih.. ader 4 pilihan sup n antaranya sup tomyam ngan sup kimchi... dsebabkan tujuan kami pi adalah utk mkn mknn korea, so, kami pilih la sup kimchi... mmg sedap giler.... puas hati... hehehe..
mase nih xtau lagi, so pi la amik sume2 ball yg ader... so, mase amik lagi utk second plate, mmg xamik da sume ball2 tuh... just amik meat, chicken, squid n sume2 yang lain... u olls bayar skali jer tp leh bgn n amik sume bhn2 nih byk2 kali sampai u olls puas hati...

sedappppp.........

yg kat chopstick tuh kimchi... mase nih la merasa sket kimchi tp tekak xleh terima... masin la... maybe kalau mkn ngan benda lain kurang la masin nyer kot kan... pastu yang lain tuh dimsum...pown sedap...

yg bakar2 sume abih... yg dlm sup tuh tinggal yg ball2 jer... jenuh nak perabih gak...sbb masing2 da byk mkn meat.kami da siap merancang utk mkn lagik sekali kat sini ujung bulan nih... hehehe... sebab mmg berbaloi.... setelah 2 jam makan tanpa henti...kami eksesais kat dlm gurney... ehehe

.

 Gurney Plaza ke USM

Setelah 2 jam mkn tanpa henti, kami berjalan pulak dalam gurney plaza utk kurangkan balik kalori yang kami da amik berlebihan tuh... giler letih i olls sbb pakai kasut tinggi... Malam baru kami balik ke USM utk tidoq.. sblm tidoq kami merancang pulak utk hari esok.....

USM ke Airport

kol 4.15 pagi kami bgn n bersiap kemudian bertolak ke airport utk hantar fatin. Mase sampai tuh masih hepi2.. tp biler fatin nak masuk balai berlepas tuh... tersedih la plak... tp berjaya control supaya airmata xmengalir mase salam2 n peluk die tuh.. cume bergenang jer la airmata... tp biler tgk die salam2 ngan org lain. terkuar plak airmata... huhuhuhuhu... Fatin, Selamat menstudykan diri di sana. kami doakan anda berjaya mendapat PhD dengan jayanya... n semoga semua perkara dipermudahkan... insyaallah kiter jumpa lagi 4 thn akan datang... amin~ luv ya :)



 USM ke Domino Pizza

Balik jer dari airport masih lagi awal pagi, so kalau nak berjalan mmg byk kedai xbukak lagi.. so, kami balik USM smule n mkn tghari kami kuar ke Domino Pizza... Kami nih leh lak pi ke domino pizza yang mmg lebih kepada penghantaran shj... tp masih leh mkn kat situ cume xbesar la tempatnye...


xdak bekas yang proper kan... huhuhu... sbb domino nih hanya lebih kepada delivery... so, mmg xdak la segala cawan, dulang n sebagainya,....

pasnih sila carik domino pizza yang lain k... ehehe


Domino Pizza ke Queensbay Mall

Pi queensbay mall nih semata2 nak pi Daiso jer sebenarnye... ehehe... sbb pi daiso sbb nak beli segala barang utk wat bento yang comel itu... nak tau camner bento tuh? jap ek, pi search gambar... eheheh
comel kan...

So, ape yang dibeli? nih die segala peralatannya...
tuh die segala cutter yang perlu... huhuhu
 Pastu sy beli jugak alat utk buat kimbap... hehehe, semangat giler nak cuba mknn korea n jepun... kimbap tuh camner ek? camnih....

nih la alat yang dibeli utk buat bende alah nih... ehehehe
Biler nak wat sume2 bende nih pown xtau la... yg penting barang da ader... tunggu sampai dpt ilham... :)

kemudian, masa nak balik kami singgah mkn laksa penang dulu... lepas mkn laksa penang baru btolak ke changlun balik... :D

Mission akan datang, Seoul Garden, Universal studio, singapore, Marina sand bay, Spa, teluk tempoyak n pasembor...


byeeeeeeeeeee......