JellyPages.com
Showing posts with label resepi korea. Show all posts
Showing posts with label resepi korea. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

.:Resepi Korea:Hoddeok:.

Assalamualaikum,

Hari nih, saya baru jer cuba satu lagi makanan korea. namanya hoddeok. Hoddeok nih salah satu makanan yang selalu dijual ditepi2 jalan kat korea. Kalau siapa yang biasa follow hanis zalikha nyer instagram mesti penah nampak hanis zalikha makan bende alah nih mase kat korea. Peminat2 korea pown mesti ader yang tau makanan nih. :)

Okeh, jom la tgk resepinye.

Bahan-bahan (doh)

  • 2 cawan air suam*
  • 4 sudu besar gula*
  • 4 sudu teh yis serbuk*
  • 1/2 sudu teh garam*
  • 2 sudu minyak sayuran*
  • 4 cawan tepung gandum
Bahan-bahan (filling)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu teh cinnamon powder
  • 4 sudu besar walnut cincang
Cara-cara
  • Masukkan air suam, gula, yis, garam dan minyak sayuran di dalam mangkuk dan kacau sehingga semua larut.
  • Kemudian masukkan tepung gandum dan uli adunan tersebut. Jika adunan masih melekat dijari atau disenduk, sila tambahkan tepung sehingga ia tidak melekat. Uli doh tersebut.
  • Kemudian tutup doh tersebut dan rehatkan selama 1 jam. Doh akan menjadi dua kali ganda drpd saiz asal.
  • Sementara doh direhatkan, campur semua bahan2 filling tadi dan ketepikan.
  • Setelah doh direhatkan selama satu jam, uli doh tersebut lagi. 
  • Selepas diuli, bentukkan doh menjadi beberapa bebola bersaiz sederhana seperti pau.
  • Kemudian leperkan bebola tersebut dan letakkan filling ditengah2nya dan bentukkan kembali menjadi bebola. Ia akan jadi seperti gambar di bawah ini.
  • Panaskan nonstick pan dan letakkan sedikit minyak. Letakkan bebola tadi di dalam kuali dan biarkan selama 30 saat dengan api yang kecil. 
  • Kemudian balikkan bebola tadi dan tekan ia sehingga menjadi leper.
  • Balik2kan hoddeok tadi sehingga keperangan dan masak.
  • Hidangkan dan makan.
tadaaaa siap.. :)

Hoddeok nih lebih sedap kalau di makan masa panas. Bentuk hoddeok nih akan jadi seperti pancake. Tetapi ader beberaoa perbezaan antara pancake ngan hoddeok nih. Perbezaannya adalah hoddeok nih lebih garing manakala pancake lebih fluffy. Lagi satu pancake nih syrup di luar tetapi hoddeok nih syrup nyer di dalam. 

Daripada segi rasa pulak, of course manis n ader rasa cinnamon. Kalau xsuke rasa cinnamon yang kuat, leh kurangkan cinnamon powder tuh. N yang bestnyer ader walnut dlm filling tuh. Pasnih kalau wat lg nak letak bebanyak sket filling die, biar menjejes keluar biler gigit... heheh...

So, selamat mencuba u olls... :)



Tuesday, June 25, 2013

.:Resepi Korea: Pankek bawang besar:.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak share satu lagi resepi makanan korea yang jadi kesukaan saya. da 3 kali da masakpankek nih kat rumah. Resepi ni jadi hidangan minum petang yang family saya suka. Sebelum ni masak untuk family jer. Masa selepas majlis nikah adik, wat la sket utk bg mak sdare rasa n mak ngah saya suka. Siap mintak resepi sebab nak cuba.

Okla, resepi ni nama melayunya pankek bawang besar. Penah nampak dalam citer Running Man. Diorg ader makan pankek ni tp tak ingat la plak episod mane. Sebelum bagi resepi, nak share sket gambar die dulu.

Tadaaaa!! okeh abaikan plating yang entah ape2 itu.. hehehe
For your information pankek nih kecik jer sbenarnye. sebesar gelang bawang besar sebab acuan pankek ni iaitu keliling pankek itu adalah gegelang bawang besar tu :) ok jom tengok resepi.

Bahan-Bahan

  • 400 gram daging kisar ayam/lembu.
  • 2 biji bawang besar
  • 100 gram tepung gandum (buat dua bahagian setiap satu 50 gram)
  • 50 gram tepung kanji
  • 1 biji telur
  • sedikit cili hijau
  • sedikit cili merah
  • garam secukup rasa
  • sedikit kicap cair
  • sedikit minyak zaiton
  • sedikit ajinamoto
Cara-caranya
  • Potong bawang besar berbentuk gelang lebih kurang 1cm. Amik yang gelang besar-besar jer. yang kecik-kecik tuh jangan membazir, potong dadu n letak tepi.
  • Gaulkan ayam/daging kisar dengan kicap cair, ajinamoto, garam dan minyak zaiton. 
  • Kemudian masukkan adunan ayam/daging kisar tadi dengan tepung gandum, bawang yang dipotong dadu td, cili merah, dan cili hijau. Seperti biasa, nak tambah ape2 pown dalam resepi ni terpulang pada u olls ok :). gaul rata. siap dah untuk isi die.
  • Gelang bawang tadi di salut dengan tepung kanji, kemudian isikan adunan daging kisar tadi ditengahnya. letak tepi.
  • Campurkan tepung gandum dengan telur dan kacau rata. 
  • Kemudian, gelang bawang yang dah berisi itu dicelupkan ke dalam adunan tepung gandum dan telur tadi.
  • Panaskan minyak dan goreng pankek tadi sehingga kedua-dua bahagian pankek ini berwarna keemasan. Selesai :)
Dah nak bulan ramadhan da ni, leh la u olls cuba resepi ni utk dijadikan salah satu juadah berbuka puasa. Ok, Selamat mencuba. Akan datang nak wat resepi Okonomiyaki plak. Okonomiyaki ni sejenis makanan jepun.  :)

Thanks.


Thursday, December 20, 2012

.: Bibimbap @ Mixed rice:.

Assalamualaikum,

ok resepi makanan korea seterusnya yang saya cuba bersama-sama dengan resepi sebelum ini iaitu resepi Gye Ran Mal E @ Korean Egg Roll ialah bibimbap. resepi ni jugak dipanggil sebagai mixed rice sbb lepas da susun cantik2 dalam mangkuk, kiter kne gaul die plak ngan sume bahan yang disusun cantik tuh. Nak tau bibimbap nih macam maner? Meh tgk gambar nih,

Serious cantik kan. jadi sayang plak nak makan... ehehe.. tp nih bukan saya yang buat la. xmampu nak wat secantik ini. tambahan plak nih first time cube. hehe. 

Okeh, resepinye...

Bahan-Bahan

Bahan A
  • 1/2 mangkuk ayam yang dipotong kecil (xperlu tulang)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
  • 2 sudu kicap
  • 1 1/2 sudu gula
  • 2 sudu minyak bijan
  • 2 sudu lada hitam
  • sedikit garam
Bahan B (sos)
  • 4 sudu besar gochujang
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu cuka
  • 2 ulas bawang putih (dicincang/ditumbuk)
  • sedikit bijan
  • sedikit garam
  • sedikit chilli flakes
Bahan C (topping)
  • 1/2 cawan kobis 
  • 1/2 cawan cendawan
  • 1/2 cawan kimchi
  • 1/2 cawan tauge
  • separuh  timun (dipotong panjang )
  • separuh carrot (dipotong panjang )
Bahan D 
  • Nasi 

Cara-caranya

Bahan A.
  • Perap ayam dengan semua bahan A dan dibiarkan seketika. 
  • kemudian masak ayam yang telah diperap tadi sehingga masak.
Bahan B.
  • Gaulkan semua Bahan B di dalam mangkuk. 
  • Panaskan seketika dengan sedikit minyak di dalam kuali. Ader sesetengah orang xmasak pown. Tp saya masak jugak la baru rasa puas hati nak makan.. eheh
Bahan C.
  • semua sayur di atas perlu di celur di dalam air mendidih kecuali timun.
  • kimchi plak goreng jer macam biasa dengan sedikit minyak.
  • asingkan setiap sayur itu, jangan campurkan.
Bahan D
  • Setelah semua A, B, dan C siap. 
  • Letakkan nasi dalam mangkuk dan susun bahan-bahan A, B dan C tadi mengikut kreativiti u olls. 

Ok, nak share gambar bibimbap yang saya buat tadi. Jang!!!



Sangatla tidak macam gambo first tadi yer.. hehe.. dalam gambar nih, sambal gochujang diletak kat bawah ayam tu. Ok, biler nak makan, u olls kne gaul2 nasi ngan segala sayur2 yang kat atas die tuh n akan jadi macam gambar bawah nih:


tentang rasa die plak, sedap, saya suke, cuma sos gochujang die xyah letak banyak2 la.. letak sket jer.. macam dalam gambar atas nih terlebih letak, so, kureng sket. lepas saya tambah nasi sket, baru rasa die sangat menyelerakan.. eheheh.

So, selamat mencuba u olls. :)



.:Gye Ran Mal E aka Korean Egg Roll:.

Assalamualaikum,

Hari nih sekali lagi cube masak makanan korea. Hari nih cuba dua resepi sekali harung. sebab boleh dikatakan resepi ini boleh dimakan bersama2 dengan resepi lagi satu yang akan di post kemudian :).

Resepi yang pertama nih dipanggil Gye Ran Mal E atau korean egg roll. Die macam kiter nyer telur dadar la. cuma bezanya dia lebih nipis dan digulung dan ader letak bahan2 lain. resepi nih sangat simple n mudah dimasak. Firstly nak share gambar die dulu. Tadaaa....


Ok, resepinye...

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur
  • 1/4 cawan carrot cincang
  • 1/4 cawan daun bawang cincang
  • 4 batang cili padi (kalau nak pedas) dicincang
  • sedikit garam
Cara-cara
  • Pukul telur > masukkan garam > kacau rata > masukkan carrot, daun bawang dan cili padi > kacau rata.
  • lepastu panaskan non-stick pan, letak minyak sket jer.
  • then, curahkan telur tadi n wat nipis jer tp jangan sampai ia jadi mudah koyak plak k. tgk gambar nih:




  • kemudian, tunggu sampai bawahnya cukup masak n boleh diangkat tanpa koyak, mula lipat dalam 1 inci di bahagian tepi n terus lipat sampai habis. ia memang tidak diterbalikkan kerana bahagian atas dibiarkan kurang masak sedikit supaya mudah melekat apabila dilipat.
  • Lepas di gulung, dibiarkan sejuk seketika n kemudian boleh start potong macam dalam gambar kat atas.. :)
  • Siap dihidang.



Rasanya bagi saya, sama jer macam rasa telur dadar. n juri tukang makan kat sini iaitu my adik kate die bg 5 bintang daripada 5 bintang. yay!! hehe

Selamat Mencuba :)