JellyPages.com

Tuesday, June 25, 2013

.:Resepi Korea: Pankek bawang besar:.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak share satu lagi resepi makanan korea yang jadi kesukaan saya. da 3 kali da masakpankek nih kat rumah. Resepi ni jadi hidangan minum petang yang family saya suka. Sebelum ni masak untuk family jer. Masa selepas majlis nikah adik, wat la sket utk bg mak sdare rasa n mak ngah saya suka. Siap mintak resepi sebab nak cuba.

Okla, resepi ni nama melayunya pankek bawang besar. Penah nampak dalam citer Running Man. Diorg ader makan pankek ni tp tak ingat la plak episod mane. Sebelum bagi resepi, nak share sket gambar die dulu.

Tadaaaa!! okeh abaikan plating yang entah ape2 itu.. hehehe
For your information pankek nih kecik jer sbenarnye. sebesar gelang bawang besar sebab acuan pankek ni iaitu keliling pankek itu adalah gegelang bawang besar tu :) ok jom tengok resepi.

Bahan-Bahan

  • 400 gram daging kisar ayam/lembu.
  • 2 biji bawang besar
  • 100 gram tepung gandum (buat dua bahagian setiap satu 50 gram)
  • 50 gram tepung kanji
  • 1 biji telur
  • sedikit cili hijau
  • sedikit cili merah
  • garam secukup rasa
  • sedikit kicap cair
  • sedikit minyak zaiton
  • sedikit ajinamoto
Cara-caranya
  • Potong bawang besar berbentuk gelang lebih kurang 1cm. Amik yang gelang besar-besar jer. yang kecik-kecik tuh jangan membazir, potong dadu n letak tepi.
  • Gaulkan ayam/daging kisar dengan kicap cair, ajinamoto, garam dan minyak zaiton. 
  • Kemudian masukkan adunan ayam/daging kisar tadi dengan tepung gandum, bawang yang dipotong dadu td, cili merah, dan cili hijau. Seperti biasa, nak tambah ape2 pown dalam resepi ni terpulang pada u olls ok :). gaul rata. siap dah untuk isi die.
  • Gelang bawang tadi di salut dengan tepung kanji, kemudian isikan adunan daging kisar tadi ditengahnya. letak tepi.
  • Campurkan tepung gandum dengan telur dan kacau rata. 
  • Kemudian, gelang bawang yang dah berisi itu dicelupkan ke dalam adunan tepung gandum dan telur tadi.
  • Panaskan minyak dan goreng pankek tadi sehingga kedua-dua bahagian pankek ini berwarna keemasan. Selesai :)
Dah nak bulan ramadhan da ni, leh la u olls cuba resepi ni utk dijadikan salah satu juadah berbuka puasa. Ok, Selamat mencuba. Akan datang nak wat resepi Okonomiyaki plak. Okonomiyaki ni sejenis makanan jepun.  :)

Thanks.


No comments: