Hari nih, saya baru jer cuba satu lagi makanan korea. namanya hoddeok. Hoddeok nih salah satu makanan yang selalu dijual ditepi2 jalan kat korea. Kalau siapa yang biasa follow hanis zalikha nyer instagram mesti penah nampak hanis zalikha makan bende alah nih mase kat korea. Peminat2 korea pown mesti ader yang tau makanan nih. :)
Okeh, jom la tgk resepinye.
Bahan-bahan (doh)
- 2 cawan air suam*
- 4 sudu besar gula*
- 4 sudu teh yis serbuk*
- 1/2 sudu teh garam*
- 2 sudu minyak sayuran*
- 4 cawan tepung gandum
Bahan-bahan (filling)
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu teh cinnamon powder
- 4 sudu besar walnut cincang
Cara-cara
- Masukkan air suam, gula, yis, garam dan minyak sayuran di dalam mangkuk dan kacau sehingga semua larut.
- Kemudian masukkan tepung gandum dan uli adunan tersebut. Jika adunan masih melekat dijari atau disenduk, sila tambahkan tepung sehingga ia tidak melekat. Uli doh tersebut.
- Kemudian tutup doh tersebut dan rehatkan selama 1 jam. Doh akan menjadi dua kali ganda drpd saiz asal.
- Sementara doh direhatkan, campur semua bahan2 filling tadi dan ketepikan.
- Setelah doh direhatkan selama satu jam, uli doh tersebut lagi.
- Selepas diuli, bentukkan doh menjadi beberapa bebola bersaiz sederhana seperti pau.
- Kemudian leperkan bebola tersebut dan letakkan filling ditengah2nya dan bentukkan kembali menjadi bebola. Ia akan jadi seperti gambar di bawah ini.
- Panaskan nonstick pan dan letakkan sedikit minyak. Letakkan bebola tadi di dalam kuali dan biarkan selama 30 saat dengan api yang kecil.
- Kemudian balikkan bebola tadi dan tekan ia sehingga menjadi leper.
- Balik2kan hoddeok tadi sehingga keperangan dan masak.
- Hidangkan dan makan.
tadaaaa siap.. :) |
Hoddeok nih lebih sedap kalau di makan masa panas. Bentuk hoddeok nih akan jadi seperti pancake. Tetapi ader beberaoa perbezaan antara pancake ngan hoddeok nih. Perbezaannya adalah hoddeok nih lebih garing manakala pancake lebih fluffy. Lagi satu pancake nih syrup di luar tetapi hoddeok nih syrup nyer di dalam.
Daripada segi rasa pulak, of course manis n ader rasa cinnamon. Kalau xsuke rasa cinnamon yang kuat, leh kurangkan cinnamon powder tuh. N yang bestnyer ader walnut dlm filling tuh. Pasnih kalau wat lg nak letak bebanyak sket filling die, biar menjejes keluar biler gigit... heheh...
So, selamat mencuba u olls... :)