JellyPages.com

Sunday, December 29, 2013

.:Resepi: Fried Oreo:.

Assalamualaikum,

Resepi yang akan di share pada post kali nih dipanggil Fried Oreo atau oreo goreng. biasanya kiter dapat tengok yang biskut oreo nih mmg digunakan dalam pelbagai jenis kek , puding dan sebagainya. so, kali nih, kiter goreng pulak biskut oreo nih. sebelum tuh, saya nak share gambar fried oreo yang dah siap.
tadaaaaa!!!!

Ok, jom tengok resepi.

Bahan-Bahan

  • Tepung penkek (saya gunakan brand nona yang perisanya original)
  • Biskut oreo
  • sebiji telur
  • air susu kotak full cream
  • gula icing
Cara-cara
  • Panaskan minyak di dalam kuali (api sederhana). kemudian campurkan tepung penkek, telur dan susu di dalam mangkuk dan kacau rata. pastikan adunan tidak terlalu cair. jika terlalu cair, sila tambahkan tepung.
  • kemudian, celupkan biskut oreo ke dalam adunan tadi dan goreng di dalam kuali. 
  • then, selepas diangkat daripada kuali, biarkan seketika dan taburkan icing sugar di atasnya. 
  • sedia dihidangkan dan dimakan.
Selamat mencuba.

bentuk fried oreo nih akan jadi seperti pau sambal. apabila dimakan, biskut oreo tadi tidak rangup tapi teksturnya menjadi seperti kek. lembut jer.. :)

p/s: saya buat main campak2 jer bahan. so, mmg xingat sukatan die berapa. sorry :)



No comments: