JellyPages.com

Wednesday, February 4, 2015

.:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.

Assalamualaikum,

Hari ke 6 nih macam biasa kol 10 pagi kami da siap untuk keluar merayap. Pagi-pagi nih kami dibawak oleh tour guide kami ke namdaemun untuk shopping souvenir. Tour guide kami da biase bawak pelancong, so die tau mana kedai yang murah n berbaloi utk shopping souvenir. So, kami bertiga nih da siap wat list souvenir yang nak dibeli. Jadi kami terus bgtau pada tour guide kami barang apa yang kami nak beli. Of course barangnya adalah fridge magnet, keychain, tshirt, utensil  ngan brooch. so, tour guide kami terus bawak kami tuju ke tempat yang kami nak carik jer. Untuk kosmetik, kami da siap2 beli kat myeongdong da setiap malam yang kami pi. So, da tak pikir sangat da tang tu.
namdaemun
Tips untuk u olls kalau nak shopping souvenir nih, awai2 sila wat list nama orang-orang yang u olls akan bagi souvenir. ada lebih 30 nama dalam list i olls. hehehe.. n lagi satu, sila la beli lebih sket supaya ada bahagian untuk yang terlepas pandang. So, kalau u olls da siap wat list n tau nak bagi barang apa untuk siapa, biler shopping souvenir nanti u olls xkan susah2 dok pikir n kira-kira orang masa nak beli tuh. biler da ader list, sume proses membeli akan lebih cepat n lancar. I olls mmg da wat list tp tetibe xlancar plak masa beli tshirt untuk family sebab dok kira2 saiz bagai. tang situ jer la lambat sket. Pastu kami terus makan tengahari kat namdaemun jugak. walaupun belum sampai tengahari masa tuh. hehe.

Pastu kami sume balik ke hotel semula untuk simpan barang n kemudian turun balik untuk gerak terus ke Namsangol Hanok Village. Namsangol hanok village nih terletak rumah-rumah tradisional korea. Terdapat rumah2 asal yang dibawa ke sini dan terdapat juga rumah-rumah yang dibina semula seperti rumah yang asal tetapi dalam skala yang berbeza. Ok jom tengok gambar.



Kemudian kami bertolak ke Dongdaemun. Tour guide kami tanya samada kami nih suka shopping barang2 mcm untuk hiking n branded x. kami kata memang kami xshopping la barang2 camtu. so, die pown terus bawak kami ke dongdaemun design plaza. Cantik bangunan nih. Dalam tuh lebih kepada tempat untuk wat pameran. Ada bahagian yang kami boleh masuk free dan ada bahagian pameran yang kami kene bayar untuk masuk. So, bahagian berbayar memang kami xmasuk. hehe.



Segala aktiviti kami habis awal hari nih. hari masih belum gelap, kami da bertolak ke myeongdong untuk dinner. Lepas tuh macam biasa, kami terus la shopping2 kat myeongdong :)

Biler da habis shopping, tetibe kami teringat nak try Joice Tteokbokki. Tour guide kami da penah bawak kami ke Joice Tteokbokki tuh utk tunjuk jalan. Tapi malangnye kami nih lupe plak jalan. So, kami pown tanya la pada translator yang pakai jaket merah kat myeongdong tuh untuk tunjuk jalan. Diorg tunjukkan jalan siap bagi peta supaya kami xsesat. N lastly kami jumpe Joice Tteokbokki tu. Isu masa nak order bila kami da tunjuk kat ahjumma tu yang kami nak spicy tteokbokki kat menu. Tapi die mcm blur2. last2 ahjumma tuh panggil ahjumma lain untuk amik order kami. ngan ahjumma tuh kami tunjuk jer n die terus paham. pastu isu lain plak, iaitu kami nak bungkus jer bawak balik. beria la kami cakap 'take away'.. die xpaham, last2 diorg sebut 'take out', n kami angguk. baru lah die paham. kami pown xingat yang kat korea nih guna 'take out' bukan 'take away'. Sampai hotel, kami pown makan la tteokbokki tadi. pergh pedas berapi lidah. makan satu pastu tunggu lama nak makan lagi. dahla beli dua bungkus. Tapi alhamdulillah habis gak malam tuh. hehe.

balik hotel
dalam plastik berbungkus tuh la tteokbokki pedas giler.:)
Pasnih hanya tinggal post tentang hari ke 7 kami berada di Seoul dan post tentang shopping haul kami masa kat korea. pastuh habih da segala citer pasai trip di korea.

So, sekian utk masa nih.
Assalamualaikum :)

Untuk maklumat lanjut:  



Tour Guide kami: 

Post berkaitan:
  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.

Tuesday, February 3, 2015

.:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik Zipwire ke Nami Island:.

Assalamualaikum,

Hari ke 5 ni kami akan bertolak ke Nami Island dengan menaiki bullet train. Perjalanan mengambil masa dalam satu jam. Kami dapat tiket yang free seat. tiket free seat nih kiter xditetapkan mana-mana seat kiter, cuma kita akan duduk kat bahagian yang free seat, so, kalau kiter masuk ader seat kosong, leh la kiter duduk, kalau x, duduk jer la atas lantai n mana-mana yang boleh. Alhamdulillah kami dapat seat. :)


So, kami sampai jer dekat gapyeong dalam kol 12 lebih. So, kami ni daripada kat malaysia lagi kami da plan nak naik Zipwire untuk ke pulau nami. Kami xmau naik feri macam biasa sebab nak try bende adventure sket. bukan selalu dapat pi pown kan. hehe. tetibe sampai kat tower untuk naik zipwire nih, tengok2 die ader boarding time upenye, so, kami nyer boarding time adalah kol 2.30 ptg. so, lebih kurang dua jam kami kne tunggu untuk boarding. disebabkan nak sangat dapat pengalaman naik zipwire nih, kami sanggup gak tunggu dua jam pown. hehe. Tiket untuk zipwire nih tak termasuk dalam pakej kami. Harga tiket zipwire untuk pegi n termasuk tiket balik naik feri adalah 38,000 Won. so, kami hanya tambah 30,000 won jer sbb 8,000 won da dibayar sekali ngan pakej.

Untuk naik zipwire nih mesti berat xkurang daripada 45kg n tak lebih daripada 100kg. yang pasai xlebih dari 100kg tuh i olls tau biler da sampai kat sane yer. sbb dalam website xder tulis limit. Perjalanan untuk sampai daripada gapyeong ke nami island dengan menaiki zipwire nih lebih kurang 2 minit jer. n jaraknya adalah lebih kurang satu kilometer.Tower yang kami naik untuk bertolak ke nami island tuh pulak tingginye dalam 80 meter. tinggi giler kan.  Sebelum pi lagi kami da sakan dok nengok video2 orang yang naik zipwire nih. memang syok giler. lagi la bertambah2 berkobar nak pi.
tuh la tower yang kami naik utk naik zipwire ke nami island :)
Sebelum sampai masa kami nak boarding, kami pi la posing2 dulu kat gapyeong wharf tuh. cantik2 gak pokok2 kat situ sebab macam2 warna :) Kat sini gak ader tempat untuk bungee jumping. Wani nak cube tapi abah awai2 lagi da pesan kat die supaya jangan naik bende tuh, so, die pown terpaksa akur la :) U olls kalau wat bungee jumping nih leh dapat sijil tau. try la kalau nak :)
gapyeong wharf.
Dalam kol 2 kami masuk dalam office zipwire untuk tunggu dipanggil boarding. Tetibe nama i olls dipanggil "jilla, from Malaysia, 3 person".. jilla okeh, bukan zilla.. hehe.. so, sebelum naik, diorg akan timbang berat kita. memule die timbang wani, okeh lepas, terus die suh masuk lif, pastu yana plak, lepas gak.. tetibe kat i olls, die mcm teragak2 nak bagi sbb berat over sket daripada limit. i olls da gigih turunkan berat tau sblm pi. tapi sbb beg berat penuh ngan kamera la itu la ini la,  ngan baju yang tebai lagi, so berat jd over. sebab diorg timbang ngan segala barang yang kiter bawak okeh (menyalahkan beg n baju nih, aiyooo).. dalam nak xnak bagi tu, die suh gak masuk lif.

Dalam seronok dapat masuk lif nih, dalam kepala otak dok pikir apa la yang akan jd sebab berat over n i olls plak takut tinggi. start la mula risau, mampu ke tali tuh tampung berat i olls bagai. hmmm.. sampai kat atas tower, mmg xmau tgk bawah sbb gayat. Instructor diorg pown bg la explaination kat kiteorang apa yang boleh wat n xleh wat. diorg xbg tangan lepas daripada pegang tali, diorg xbg rakam video (yang nih kami paling frust, sbb cadang mmg nak rakam) n beberapa perkara lagik. Sampai turn kami nak naik, wani dulu kami lepaskan naik ngan sorg mamat US. sbb naik zipwire nih dua orang sekali harung tapi berlainan tali. I olls akan gerak ngan yana. Masa tiba giliran i olls, i olls nyer beg mmg da bg kat wani da untuk mengurangkan beban berat. Die suh i olls amik line yang kanan, maybe sbb kuat sket kot. so, die pakaikan segala tali n pastikan segalanya dipakai ngan selamat. Kemudian, kami da tergantung da n kami hanya ditahan dengan satu pintu jer, dalam kepala da pikir macam-macam da. biler, diorg kata ready, go jer, pintu terbukak n kami pown terus meluncur ke nami island. Yang syoknya segala takut, gayat sume hilang sbb tengok pemandangan cantik sangat daripada atas. tengok bawah lak, sume air je. memang da xpikir takut da. tapi lebih kepada kagum ngan keindahan alam. Biler da nak sampai ke nami island, tgk ader org ramai tunggu kat bawah n dok amik gambo siap suh kami lambai2. kami pown terus depangkan tangan ala2 titanic gitu. pastu lambai2 kat diorg. hehe. I olls share video daripada youtube yang dapat rakam masa naik zipwire nih supaya u olls dapat tengok ape yang kami nengok k :)



Sampai2 jer, ader cameraman yang amikkan gambar kami n kne beli sekeping 10,000Won. Kami beli la sebab nak wat kenangan. :) Wani sempat rakam masa kami nak sampai ke pulau. Die frust giler sbb die xder orang yang rakam. huhu.

Sampai nami Island, kami terus gerak untuk solat zohor. pastu lunch. Kat sini kami makan nasi goncang. Dalam nyer ada tuna, kimchi, nasi dan telur, pastu goncang la bagi die sebati, baru makan panas2. nasi nih diletak dalam satu bekas tin yang panas gile. so, kami kne pakai sarung tangan untuk goncang nasi tuh.

Lepas tuh kami pown jenjalan la kat nami island nih. Macam biasa, biler da sampai sini, yang syoknye adalah pemandangan die. Daun ada warna hijau, coklat, maroon, kuning, merah. serious cantik giler. kami xdan nak cover seluruh pulau sebab kami da syok posing kat satu2 tempat tuh lame2 hehe.. kami sempat la pi kat tempat patung winter sonata bagai tuh. ader gak tengah2 kami berjalan tetibe ader burung merak lalu kat sebelah. tetibe jakun sebab xpenah dapat nak dekat camtuh. slalu kat zoo pown xleh nak ada camtuh sbb mesti dok dalam pagar kan. okeh jom tengok gambo.






Lastly, kami balik dalam kol 7 lebih. kami terus bertolak ke Sindang Rapuggi Town untuk dinner. Syoknye dinner kali nih diiringi oleh penyanyi kat situ. suara sedap giler. lagu2 die nyanyi lak yang biase kiter dengar. :)

Lepas makan, kami pown terus balik hotel n berehat sebab da penat giler. sebab hari nih memang sangat banyak berjalan n naik turun tangga. Sempat gak kami singgah kedai sebelah hotel untuk beli susu pisang. :)

Esoknye kami akan pi ke Namdaeumun, Namsangol Hanok Village dan Dongdaemun Design Plaza.

So, jumpe di next post, sebelum tuh, kalau pi ke nami island, jangan lupe try naik zipwire, memang berbaloi2 :)

Sekian, Assalamualaikum.



Untuk maklumat lanjut:  




Tour Guide kami: 

Post berkaitan:
  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.



Monday, February 2, 2015

.:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.

Assalamualaikum.

Trip ke korea selatan untuk hari ke 4 nih macam-macam jadik. Untuk hari ke 4 nih, pepagi lagi kami pi ke Namdaemun untuk beli coat baru hehe. Sebelum nih tour guide kami da habaq da kalau nak beli baju-baju ke, kasut ke leh pi beli kat namdaemun n pasar kat situ bukak seawal kol 7 pagi. so, gigih kami bangun awai pagi sebab nak beli coat kat namdaemun. Nih kami pi sendiri tanpa tour guide kami.  So, biler kami pi sendiri tuh, nak masuk kedai pown pikir banyak kali sbb xpandai nak communicate hehe.
jenjalan namdaemun
Last2 kami masuk ke bhgn dalam tempat shopping n kami nampak banyak giler kedai yang jual coat. sampai rambang mata jadinye. ahjumma-ahjumma yang jual kat situ mula la tengok2 kami n pelawa kami tengok coat diorg. laluan untuk kiter lalu dalam bgnn tuh mmg muat2 sorang jer, punyer la sempit yer kat bahagian baju ni.

Sampai kat sorang ahjumma ni, die tarik kami pi kat bahagian kedai die n dok promote segala coat yang ada. memule die dok promote kat wani, n lepas beberapa kali kene pujuk n die siap suh try segala coat yang ader, wani pown capai la satu coat. lepas tuh, die tlg cari i olls nyer plak, sayangnye design yang i olls nak mmg xder saiz. for ur information agak susah yer nak carik yang saiz besaq. huhu. tapi ader la satu coat nih leh tahan comei gak ahjumma nih bagi, tp agak ketat sket. tp cantek nyer pasai, i olls sambar gak satu. lepas jer beli, kami terus keluar daripada bangunan tuh sbb xmau rasa menyesal kalau tetibe ader nampak yang lain lebih comel.. hehe.. tuh pown jenuh gak pusing-pusing carik jalan keluar. da macam masuk kota sesat. heheh.  Yang bestnye ahjumma tuh bersungguh communicate ngan kiter sampai kiter paham ape yang nak disampaikan. siap guna pen kertas, kalkulator n bahasa badan sepenuhnya. hehe. seb bek wani paham sket2 bahasa korea.

nih la coat yang kami beli kat ahjumma tu :)

Masa on the way balik sempat gak beli kuih yang berbentuk ikan kat tepi jalan. intinye kacang merah. Kami da tanya siap2 kat tour guide kami kuih tuh leh makan ke tak. n tour guide kami kata boleh makan. so, kami pown ape lg, cube la selagi ada yang boleh cuba. hehe.


Pastu kami balik bilik n bersiap untuk pi kelas belajar wat kimchi kat myeongdong. Untuk pi kelas nih kene booking tempat n kami dapat kelas untuk jam 11 pagi. sebelum kelas bermula, cikgu2 tuh akan sediakan barang untuk kami gunakan. dan sementara kita menunggu barang-barang tuh siap sedia, cikgu kelas nih pakaikan kami hanbok untuk posing-posing. :) Pastu bile da siap barang, kami tukar baju balik n mula sarung apron. n mule la belajar. syok belajar ni, balik malaysia kononnye leh la wat tp sampai skang xterbuat-buat lg. kimchi yang kami wat diorg siap pack untuk kiter bawak balik ke malaysia. masa da siap tuh, terus rasa gak, giler sedap makan yang baru2 siap tuh. yang da simpan lama die akan rasa masam-masam. i olls suke rasa yang baru siap lg hehe..

hanbok wearing smentara tunggu perkakas belajar disiapkan :)
posing sakan kami masa nih. seb bek ader saiz. hehe
nih lepas kami da siap wat kimchi. muke seronok xhengat :)
next kami balik ke hotel, simpan segala kimchi kami dan keluar semula untuk bertolak ke itaewon. Kami bertolak ke itaewon menaiki teksi. Kami pi ke Masjid itaewon. sangat ramai orang kat masjid nih n masa kami pi tuh jumpa ramai orang malaysia, indonesia yang ada kat situ. n rasenye sentiasa ada orang datang kat masjid tuh. masjid nih kat tempat solat wanita di tingkat atas xbesar sangat berbanding ngan tempat solat lelaki. ape2 pown yang penting dapat jejak kaki kat masjid nih :) Kami lunch kat sini jugak di kedai pakistan. kat itaewon banyak kedai makanan halal. so, kalau u olls yang pi sendiri n xtau mana kedai yang halal, leh la makan kat itaewon. :)

nih lunch kami kat itaewon. sepanjang ader kat korea, masa nih jer la kami dapat makan daging :) Sayur tuh sangat sedap, kami siap mintak tambah :)
masjid itaewon :)
Kemudian kami bertolak ke Ewha Women University, Kami pi korea pada musim autumn, jadi pemandangan kat university nih sangat cantik sebab daun-daun pokok ader bermacam-macam warna. University nih jugak ader landskap yang cantik. so, mmg akan terpegun ngan pemandangan kat sini jer. kami xlepas daripada amik gambo jer kat sini. Kat sini gak selalu ader masuk dalam rancangan Running Man. hehe.


Lepas tu, kami pusing-pusing kat kawasan luar university tuh iaitu Ewha Women University Fashion street. Kat sini kami jumpe banyak kedai2 coat n fashion yang ada banyak design cantik-cantik dan murah. Tapi kami xder shopping sangat pown kat sini. I olls beli makeup sket jer ngan coat, yana beli cap ngan handbag:) pastu terus kami pi dinner. Malam tuh kami makan makanan yang macam bibimbap. xingat namanya tapi memang sedap giler.

nihla dinner kami malam tuh. Gaul2 macam bibimbap, pastu makan macam biasa :)
Masa nih jugak la mood i olls spoil sket atas kecuaian diri sendiri. I olls check dalam beg n tgk enpon i olls xdak... huwaaaa, rase nak wat muke kecewa tapi tahan jer sbb xmo spoil kan mood yang lain. i olls pasti i olls mmg bawak enpon tp kuatkan hati kata maybe enpon tertinggal dalam bilik. Lepas makan kami terus balik hotel. xmacam selalu mesti nak terus pi myeongdong. malam nih terus balik hotel sebab nak pastikan enpon ada kat bilik ke tak. sampai jer bilik, confirm memang enpon tercicir kat mana2, da pasrah giler da, siap cakap kat adik yang memang xder rezki la nih. da redha dalam kepasrahan da. tapi adik n member, gigih bukak kamera utk tgk biler last i olls pegang enpon. n diorg nampak last i olls pegang enpon tuh masa kat masjid itaewon. so, diorg pown terus ajak pi ke masjid, mudah2an enpon masih ader kat sana, kami pown gigih la amik teksi sendiri n just tunjuk gambo masjid kat pemandu teksi tuh. sampai jer kat masjid dalam kol 7.25 malam, ada sorang auntie from indonesia nih kata "dik, kalau mau solat, cepat-cepat sebab pukul 7.30 masjid udah mau tutup"... my sis, wani terus pecut lari naik tangga ke bahagian solat wanita dengan harapan enpon masih kat situ. i olls terkedek2 panjat tangga. surprisely, enpon masih ada kat atas tuh. Ya Allah leganya rasa. mcm nak nangis. Thanks la yana n wani sbb gigih nak pegi carik gak. Alhamdulillah, dalam ramai2 pengguna masjid tuh xder sorang pown nak amik enpon nih. :)
nih la gambo yang menunjukkan last i olls pegang enpon sebelum hilang. tab besaq gedabaq pown leh tercicir. cuai sungguh..huhu
Pastu kami balik amik teksi, nih lg satu cabaran bila pemandu teksi ada yang xmau antar. n ada sorang pemandu teksi willing nak anta kami balik, kami tunjuk kad mido hotel, die pown berusaha carik dlm gps tp xjumpe. walaupown xdak, die tetap gigih nak menolong, dalam jenuh mencari, akhirnya jumpa jalan yang kami familiar n kami sampai ke hotel jugak akhirnya. Sampai kat hotel, i olls ajak diorg pi myeongdong, pi ke Cat cafe untuk blanje diorg yang gigih nolong carik enpon.

So, kami pown gerak ke myeongdong berjalan kaki macam biase. Wani sangat seronok la dapat main ngan kucing. I olls lak sbenarnye alergik ngan bulu kucing tp suke giler ngan kucing. alergik2 pown pi gak sbb suke ngan kucing kan.  So, kami pi gak la ke sana. Masuk2 je kami terus order nak minum apa. i olls ngan wani order ice americano, yana xingat lak die order apa. pengaruh koea banyak sangat sebab slalu tgk diorg order americano. so, sambil2 minum, kiteorang main la ngan kucing-kucing yang ada. yang pasti, kucing2 nih da tak bertenaga kot, sbb penat melayan sume orang hehehe. ader macam-macam jenis kucing dalam nih. i olls yang alergik nih pown gigih gak main kucing. pastu tetibe da start rasa tekak gatai semacam, idung pown da gatai semacam, terus  cecepat pi cuci tangan bagai n dok minum coffee jer la. tapi skejap2 main gak lagi ngan kucing, pastu pi cuci tangan lagik. xleh tahan ngan kecomelan kucing-kucing kat situ. hehe..wani yang xder alergik ape2 lagik la seronok die. Yana plak dok tepi main internet :).



biler da syok dok main kucing, kami pown balik bilik untuk berehat n recharge balik tenaga untuk esok. Next location kami akan pi ke Nami Island :)

so, setakat sini jer la citer panjang lebar kali ni. Good night, Assalamualaikum :)

Untuk maklumat lanjut:  

Tour Guide kami: 

Post berkaitan:
  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.


Tuesday, January 27, 2015

.Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.

Assalamualaikum,

Da sebulan lebih xupdate blog pasai trip pi korea ari tuh sebab xberkesempatan nak update ape2. So, straight ke topik. Untuk hari ketiga berada di bumi sonata, kami telah pi merayap ke ice museum, trick eye museum dan jugak 63 building.

Macam biasa, kol 10 pagi kami bertolak ke hongdae dengan menaiki bas. sebab trick eye musem ngan ice museum nih terletak kat hongdae. Memule biler sampai kat situ, kami ingat kami hanya masuk trick eye museum jer. tetibe masa tour guide kami bagi tiket, die habaq tiket tuh 2 in 1 iaitu tiket tuh utk masuk ke ice museum dan jugak trick eye museum. wah syokla xsangke dpt masuk ice museum gak. xyah terpikir nak pi icity da sebab da ke sini.. hehe..

Tapi dalam tak sangka tuh, yang paling syok nye kami nih langsung xbawak sarung tangan sbb x jangka nak masuk ke dalam ice museum. jenuh la tangan asik masuk dalam poket n sume aktiviti dalam ice museum berjalan dengan cepat sbb xtahan sejuk. bibir n kulit rase kering giler dok dalam tuh. nak amik gambo pown cecepat jer sebab xtahan tangan sejuk.  dalam sejuk2 n xbawak sarung tangan tuh, kami org pertama yang masuk n kami jugak orang yang last keluar.. org lain laju jer amik2 gambo n terus keluar..

ok, cukup2 la membebel, skang biar gambo berbicara :)

 nampak x muke kami sume jadi cerah serta merta sbb kesejukan yang amat.. hehehe

ok next kami keluar daripada ice museum, kami relaks2 sat kat luar sblm masuk ke trick eye museum sebab kamera kiteorang da berwap sbb sejuk kat dalam ice museum td. Biler da agak2 ok jer kamera kami tuh, kami pown terus masuk trick eye museum plak. Serious banyak sangat gambo di amik n masa dihabiskan kat sini. seb bek tour guide kami da setkan masa dok dalam ni bape lama. kalau x, mmg berjam la kami dok dalam tuh. Macam2 aksi ader kami wat dalam tuh, tunggang terbalik sume jadik..hehe..,. ok, jom layan gambo :)





Selesai separuh hari kami kat ice museum ngan trick eye museum. pastu kami pown keluar utk pi lunch n bergerak ke destinasi seterusnya iaitu 63 building. Gambo bawah nih adalah apa yang kami makan masa tengahari tuh.

Kami ader gak gi hello kitty cafe, tp sekadar pi tengok-tengok, masuk dalam, posing-posing jer la. kami xmakan sbb da nak lunch tempat lain n nak jimat masa. jadual padat u ollssss... hehehe.

Seterusnya, kami bertolak pi ke 63 building. Sampai je kat sini macam biase la, tour guide kami pi beli tiket. sebelum tuh, tour guide kami tanye kami nak amik pakej yang mana. Kalau u olls nak tau, dalam 63 building nih ader 4 tempat yang u olls leh masuk iaitu Seaworld, Sky Art Gallery, Wax Museum dan IMAX Theater. Kami pilih pakej Seaworld, Wax Museum ngan Sky Art Gallery.

Memule kami masuk Seaworld dulu. Seaworld nih macam Aquaria la. tempat nengok menatang2 laut gittuuh. so, kami tgk la mcm2 jenis ikan, penguin, anjing laut n lain-lain. Tapi dalam seaworld nih bukan ada ikan-ikan jer. menatang darat pown ader u olls... ader gak la burung, ulaq, tikus n lain-lain.

Kalau tengok dalam gambar atas nih, gambo yang kami bertiga da jadi kaler merah tuh. ikan kat blakang tuh berkumpul biler kami tap2 jari kami kat cermin. biler ikan2 tuh da dtg beramai2, kami pown cecepat snap. :)

Next kami masuk ke Wax Museum. Sebenarnya i olls sangat takut ngan patung lilin sebab nampak macam idup. memule nak amik gambo ngan patung nih adik siap tegur, "zilla, muke ko nampak sangat takut ngan patung nih.. relaks2 sket"... so, sbb da sampai jauh2 nih, kne overcome takut tuh, bergambo gak utk simpan kenangan. Dalam wax museum nih die ada bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu, bahagian artis, bahagian atlet, bahagian horror, bahagian superheroes n macam-macam lagi.  Ader satu bahagian tuh die wat bahagian horror. so, sume patung lilin dalam tuh berbentuk antu n seram2 bagai. Suasana lebih ngeri daripada yang kami masuk kat Lotte World. Kiteorang masuk gak tempat tuh walau ngeri tapi kami xtgk kiri kanan da, terus jer jalan sampai keluar. nak berhenti tgk2 patung pown memang tak la.


kalau tengok gambar atas nih, yang bawah gambo patung leonardo dicaprio tuh, i olls xtengok langsung yer muke patung tuh sebab takut. nak amik gambo nyer pasal, tgk jer la rantai besi tuh. nih patung lilin yang sebelum masuk ke bahagian horror. yang dalam bahagian horror xtau la nak kate camner. 

Next kami terus pi ke location terakhir iaitu Sky Art Gallery di tingkat 60. Daripada atas nih kiter akan tengok pemandangan Seoul n kami nampak Hangang River yang RunningMan ada seberang tu :) terselit gak runningman yer.. hehe.. Dalam nih ader satu part kiter leh berdiri n lantainye see through. yana n wani punyer la berani nak naik kat situ. memule i olls xmau tp diorg panggil gak, ngan bergigil2 la naik  atas tuh. sampai berair2 mata nih sbb i olls nih gayat. cecepat suh diorg amik gambo n i olls terus blah dari situ. huhu..



Pastu kami balik n makan malam kami mase nih adalah Kebab.di Myeongdong :) Hari nih banyak sangat overcome perasaan takut. takut ngan patung lilin ngan takut pada tempat tinggi sbb gayat. Semua nih gigih di wat supaya balik malaysia xmenyesal. hehe.

Lastly macam biasa, shopping2 dulu kat myeongdong pastu terus balik hotel :) Next post kiteorang akan citer tentang trip kami untuk hari ke 4 iaitu ke Ewha Women University, Masjid Itaewon dan belajar wat kimchi. Selain daripada tuh nak citer gak peristiwa pasrah.. gittuhhh... ok, sekian. :)

Bye, Assalamualaikum. :)

Untuk maklumat lanjut:  

Website:


Tour Guide kami: 

Post berkaitan:
  1. .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
  2. .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
  3. .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
  4. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
  5. .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
  6. .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
  7. .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
  8. .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
  9. .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
  10. .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon  Stream:.
  11. .:Trip to Korea: Shopping Haul:.