Assalamualaikum,
Sebelum nih, kami dah wat percutian antara geng2 kami kat langkawi. So, skang kami plan nak pi jauh sket. Kiter pi ke luar negara... luar negara pown bukan jauh sgt pown, singapore jer... hehehhe...Kali ni saya nak citer tentang plan saya n member2 nak pi ke Universal Studio Singapore (USS). lagi beberapa hari jer lagi, insyaallah kami akan sampai la ke USS nih setelah merancang beberapa bulan awal. Pada awalnye, kami nih just bagitau keinginan nak pi ke USS nih. tak sangka la plak mendapat persetujuan dua orang kawan lagi yang memang kaki berjalan ngan saya... Yang lebih tidak disangkakan bile one of my friend yang akan join kiteorg pi nih , fatin, lebih advance ngan wat research bagai dan menghasilkan proposal yang lengkap dengan kos penginapan, flight, USS, perjalanan n perancangan aktiviti yang kami akan wat kat sane... Kalau u olls tengok proposal tuh, memang mantop la...
biler member nih forward kan proposal tuh pada jawatankuasa pelancongan lanjutan (JPL) iaitu terdiri daripada saya dan farah. kami terus luluskan tanpa perlu pembentangan atau defend proposal da... betapa hebatnya proposal itu... ehehehe... jawatankuasa pown ntah ape2... ahaha..
Setelah proposal diluluskan oleh JPL, pembahagian jawatankuasa bermula. Fatin ketua jawatankuasa flight ticket, farah plak ketua jawatankuasa USS, and me Ketua Jawatankuasa penginapan dan shutter bus. So masing2 menjalankan tugas masing2 dengan jayanya sehingga kami telah booking segala2nya beberapa bulan awal daripada tarikh yang ditetapkan.
Biler sume da booking, tiket da dapat, boarding pass da dapat, penginapan da dapat. xkan kami nak tunggu jer kan.. so, kami pown buat research tentang USS dan MRT singapore serta tempat2 menarik yang kami akan pi selain daripada USS.
Mule2, persediaan untuk masuk USS. Apa yang perlu kami ready, jangkakan, bawak dan sebagainya... kami dapat beberapa blog yang sangat bagus untuk dijadikan bahan rujuk. antaranya adalah blog
Firstly, u olls kne tgk website nih dulu... sbb nih adalah website utama tentang universal studio kat sane. byk gak info, map, pamplet yang u olls leh dapat kat cni.
kat link nih die akan citer tentang tiket, waktu yang kiter perlu avoid untuk pi USS sbb harga tiket mahal, n pelbagai tips yang berguna. antaranya kne ready bawak poncho sbb kiter xleh nak expect yang kiter akan terus kering jer sampai abih sbb ader beberapa tempat yang akan melibatkan air.. jadi kami beli poncho kat mesia siap2, sbb kat sane mahai... :)
Kat cni pown u olls leh tgk gambar2 menarik daripada fatin liyana yang dah pi ke USS.. we olls tgk nih jer pown da rase teruja giler nak pi...
kat link nih pown best gak tgk gambar2 nyer la... :)
- Video roller coaster Battlestar Galactica
sila lah tengok yer u olls yang nak naik nih... saya pown nak naik gak... sebelum nih mmg xpenah nak naik rollercoaster sbb kecut perut... tp yg nih kne cube gak... bukan slalu dapat pi kan... walaupun, tgk video nih jer pown da kecut perut... and beberapa link yang boleh bantu u olls utk plan pi ke USS.
- http://theliongirl.blogspot.com/2011/11/universal-studios-singapore-uss.html
- http://www.eddy2099.com/tag/universal-studios-singapore/
- http://kayelangit-luistro.blogspot.com/2012/04/universal-studios-singapore-series.html
Then utk hari kedua di singapore, kami terpaksa naik shutter bus n turun kat USS lagi sebab tunehotel da xsediakan bas utk pi marina bay. so, kami kne wat perancangan utk pi merayap dalam singapore dengan naik MRT jer. sbb lebih mudah guna MRT kot.. jadik, kami kne la wat research ttg jalan-jalan MRT kat singapore tuh. So, aper yang kami wat?
- Kenalpasti tempat nak merayap.
- Kenalpasti stesen MRT terdekat.
okeh, kat link map MRT nih u olls leh plan nak naik MRT yang mana utk ke suatu destinasi. selain daripada tuh, daripada link nih jugak leh tau berapa harga tiket utk ke suatu tempat. so, da leh kira kos utk perjalanan la kat situ. tapi mase kami wat tuh, xleh kire, xtaula maner yang silap. Kalau u olls nak lebih memudahkan kerja, u olls leh beli kad mcm kad topup utk kamu gunakan biler nak naik MRT nih.. jadi xyah la kuarkan duit n nak tekan mesin yang kiter xtau camner. U olls leh dapatkan tiket kat maner2 kaunter Transit Link yang ader kat Stesen MRT. leh tgk kat link nih utk kenalpasti kat maner kaunter utk beli kad tuh. so, da ader map, da leh rancang n tunggu nak pi jer lg beberapa hari.
persediaan yang kami buat bukan sekadar mental, fizikal sahaja. kami jugak beli mcm2 benda utk memudahkan kami mcm foldable water bottle. biler air da abih, botol tuh leh lipat n masuk beg. so, x rugi ruang dalam beg. then kami beli travel organizer utk letak segala passport n barang2 penting dalam satu beg sahaja.
tuh sahaja persediaan kami sebelum pi nih... lepas nih saya akan post pulak citer pengalaman kami pi USS n berjalan kat singapore.
Daaaaaaa!