salam,
entry kali ni adalah tentang Kempen Kami Prihatin...
kempen ini dianjurkan oleh utusan Malaysia dengan kerjasama kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat serta stesen televisyen Astro Awani dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
kempen ini diadakan atas kepekaan terhadap isu pembuangan bayi dan penderaan bayi. nomie mmg sokong sangat dengan kempen ni.. diharapkan dengan adanya kempen ini timbul kesedaran dalam diri masyarakat untuk mengambil berat terhadap perkara yang berlaku disekeliling... dan apabila masyarakat terdengar, ternampak apa2 yang tidak diingini berlaku silalah hubungi talian Nur iaitu 15999.....
apabila ada kempen seperti ini, diharapkan juga pelbagai tindakan atau program yang lain diwujudkan untuk mengurangkan masalah ini daripada berlaku... apa yang penting adalah kepekaan dan tindakan yang sepatutnya dilakukan daripada masyarakat sekeliling...
lastly, sayangi anak anda, anak anda bukan boneka atau permainan... nyawa tidak ternilai harganya..... atas tuh sume ayat skema...skang ayat xskema dari hati ni yang geram...
- jangan ar korunk tambah dosa korunk dengan membunuh bayi yang tak bersalah tuh..
- kalau korunk xnak bayi tuh, ramai lagik orang yang bersedia nak jaga baby tuh...
- banyak tempat perlindungan bayi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sanggup amik baby tuh...
- dosa korunk besar tau kalau membunuh nih... ingat la yer......
Lirik lagu Harapan Tanpa Suara
Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang
Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah
Lagu S.Atan
Lirik Habsah Hassan
TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM NI.....