Seperti yang dijanjikan daripada post yang sebelum nih. kali nih nak bagi resepi sejenis makanan jepun yang dipanggil Okonomiyaki. Apekebendenye okonomiyaki nih? okonomiyaki nih kalau kiter nak samakan dengan makanan melayu, dia boleh disamakan dengan jemput-jemput. u olls tau kan jemput2 camner tp masih ader perbezaan iaitu daripada segi bahan, saiz dan rasa. Ader jugak orang panggil okonomiyaki nih sebagai pizza jepun. walaupun topping die xla mcm pizza kan.. :)
Sebelum nak share nih of course la da rase n cuba wat. siap bagi family n kengkawan rasa lagik n diorg sangat2 suke. i olls lagik la suke.. hehe. Ok, Sebelum nak bagitahu bahan-bahan bagai, nak share gambar okonomiyaki kat korang sume dulu supaya terliuq. hehe..
nih jer la gambo yang paling ok dalam banyak2.. almaklumla bukan profesional kan.. heheh, tau wat n makan jer. |
Bahan-Bahan
- 6 biji telur (ya mmg banyak sbb xbanyak guna tepung)
- Secawan tepung gandum (leh tambah kalau terlalu cair)
- Udang, sotong, Chicken fingers, sosej, isi ketam, dan ape2 bende lain yang ingin di tambah (potong kecik,)
- Sayur kobis di potong halus-halus
- carrot pown di sagat panjang-panjang n halus. (nanti leh tgk gambar kat bawah)
- garam secukup rasa
- Ajinamoto
- Air (jika perlu, tambah sikit2. tapi selalunya saya xletak sbb udang sotong n ayam pown da cukup berair)
Topping
- Mayonis
- Cili Sos
Cara-caranya
- Memule gaul-gaulkan sayur kobis dan carrot yang da di potong n sagat halus tadi mcm dalam gambar di bawah.
dpt wat lagi halus, lg best k :) n FYI, sayur memang banyak giler n melebihi segala-galanya yang lain. so, kalau korang mkn tuh mmg rase sayur banyak. |
- Pastu pecahkan telur di dalam mangkuk lain. kacau sampai kuning n putih telur sebati dan masukkan dalam mangkuk kobis dan carrot td. Lepas tu, gaul la sayur n telur tu.
- Kemudian masukkan tepung dan gaul rata lagik.
- Then, biler da abih gaul. masukkan sume bahan-bahan mentah yang basah td iaitu sotong, udang, ayam dan sebagainya tuh. kacau la mcm kiter kacau adunan jemput2 selalu kan.pastu letak garam dan ajinamoto secukup rasa.
- Pastu adunan nih akan jadik mcm dlm gambar kat bawah ni.
- Selepas tu, mula lah kiter menggoreng dengan menggunakan kuali yang non-stick n gunakan minyak yang sikit jer k. n api kecik jer k kalau x, nnt dalam kurang masak.
- mase nak goreng tuh sendukkan sedikit n bentukkan die jadi bulat mcm pizza. kalau nak lebih mudah, leh pi daiso or mana-mana yang ader jual alat utk bentukkan pancake tuh. leh gunakan yang tuh jugak. Die akan jadi mcm dalam gambo kat bawah ni.
yang nih kalau nak wat standard jer iaitu bulat-bulat |
yang nih wat lain sket, bentuk heart :) |
- Lastly biler da siap goreng, kiter leh hias kat atas die ngan sos n mayonis ikut kemahuan n kreativiti u olls. Ader sesetengah orang lain akan letak seaweed pastu letak bonito flakes dan sebagainya.
- n leh makan panas2 baru sedap.. :)
Kalau nak diikutkan kat jusco ader jual tepung khas untuk wat okonomiyaki dan ader sos okonomiyaki nya yang tersendiri tp saya xgunakan sbb keraguan. so, gunakan bahan yang kiter xragu2 yer :)
Okonomiyaki nih leh wat untuk makan sarapan pagi or minum petang. Ader yang makan okonomiyaki ngan nasi plak wat lauk. Terpulang pada masing-masing.
So, selamat mencuba u olls :)
Assalamualaikum.