Assalamualaikum,
post kali nih nak bawak u olls sume untuk berfikir sejenak sebelum membuat sesuatu tindakan kerana kadangkala kita tidak perasan bahawa kita telah menyakiti hati seseorang.
Tolong Berfikir sebelum mentertawakan seseorang.
Kadangkala, kita ternampak sesuatu yang lucu berlaku tetapi kelucuan itu hanyalah pada pandangan kita sahaja. Sedangkan orang yang ditertawakan pula sebenarnya sedang berasa malu. Seperti situasi seseorang tersadung kaki dan terjatuh... BAGAIMANA KALAU IA TERJADI KEPADA KITA SENDIRI?
Kadangkala alasan yang diberikan dirasakan tidak masuk dek akal kemudian orang yang memberikan alasan ditertawakan. Sudahkah anda berfikir apakah cerita disebalik alasan tersebut?..... BAGAIMANA KALAU IA TERJADI KEPADA DIRI KITA SENDIRI?
Tolong berfikir sebelum menghukum seseorang?
Kadangkala kita terlalu cepat menghukum seseorang. Hanya disebabkan satu kesalahan, orang itu akan dianggap tidak baik sampai bila-bila. Tetapi pernahkah kita terlintas pada masa itu tentang kebaikan yang dilakukan seseorang itu pada waktu sebelumnya dan kebaikan itu melebihi kesalahan yang dilakukan? BAGAIMANA KALAU IA BERLAKU PADA DIRI KITA SENDIRI?
Tolong berfikir sebelum bertindak?
Kadangkala kita terlalu cepat membuat keputusan untuk melakukan sesuatu dalam keadaan marah. Tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Atau hanya mengetahuinya daripada sebelah pihak. Tindakan yang di ambil kadangkala memberikan kesan yang sangat besar kepada pihak yang terkena. Stress, murung, menangis...... BAGAIMANA KALAU IA BERLAKU PADA DIRI KITA SENDIRI?
BAGAIMANA KALAU IA BERLAKU KEPADA DIRI KITA SENDIRI?
BAGAIMANA KALAU IA BERLAKU PADA AHLI KELUARGA KITA SENDIRI?
BARU KITA AKAN TAU PEDIHNYA MACAM MANA........
KALAU XMAU SUME PERKARA INI BERLAKU PADA DIRI KITA, JANGAN KITA BUAT PADA ORANG LAIN. KERANA TANPA KITA SEDAR, KADANGKALA PERKARA INI AKAN BERBALIK2 KEPADA KITA SEMULA....
KEPADA YANG SUDAH, ATAU SEDANG ALAMI SEMUA PERKARA DI ATAS, IA TELAH MEMBANTU ANDA UNTUK MENJADI SEORANG YANG LEBIH TABAH.
Wednesday, September 21, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)