Assalamualaikum..
Skang nak citer last day nyer aktiviti iaitu hari ke tujuh. Hari ke lapan, pepagi lagik kami da bertolak ke airport, so mmg xder bende nak share sangat.
Kami bergerak ke gyeongbokgung palace kol 10 pagi. Gyeongbokgung palace nih adalah istana yang digunakan pada Dinasti Joseon dan antara istana yang tercantik dan terbesar jika dibandingkan dengan istana lain di south korea. Tour guide kami banyak bagitau tentang sejarah dan segala yang berkaitan dengan istana ini sepanjang kami berjalan di situ.
Kemudian kami berjalan kaki ke insadong untuk lunch. Dalam perjalanan nak pi lunch tuh, kami terserampak ngan sekumpulan student yang tengah wat aktiviti diorg untuk memperkenalkan budaya korea. So, kami sempat la amik gambar ngan diorg n diorg ada bagi kami satu paket yang dilipat cantik macam origami, bila dibukak kat dalamnya ada gula-gula. :)
Tempat lunch kami kali nih memang ramai orang datang. So, mesti sedap la kan. Kat sini macam biasa, tour guide kami da siap2 order. tapi tour guide kami habaq kalau nak cuba menu lain, kne tambah duit n tambah order la. So, kami tengok pancake die dalam menu nampak sedap. harganya 13000 Won. kami pown order la sebab teringin nak rasa. tengok diorg makan dalam citer korea nampak sedap kan. Pastu yang sampai, kami ingat kecik jer pancake nyer, upenye besar macam saiz regular pizza. Rasanya, memang sedap. Hari tuh da balik sini, sempat gak la try wat pancake nih.
Pastu tour guide kami bawak kami ke Ssamzie Market. Kat sini ada jual macam-macam barang unik n lain daripada yang lain. n bangunan nih penuh ngan brg2 seni. dinding pown penuh ngan graffiti. Kalau tengok dalam gambar, koridor bangunan nih nampak pelik kan. kalau u olls nak tau, u olls lalu kat koridor tuh, ikut jer jalan tuh terus, tetibe u olls da sampai tingkat atas da. xperlu naik turun tangga. kami just jenjalan window shopping jer kat sini. xdak beli apa2 :)
Seterusnya kami dibawa ke Gwanghwamun Square. Kebetulan masa kami datang nih ada wat pameran landskap. So, leh la kami jenjalan tengok2 landskap kat situ. Kat sini la ada statue King Sejong ngan Admiral Yi Sunshin yang besaq2 tuh.
Kemudian kami masuk ke "The Story of King Sejong Exhibition Hall". Tempat ni terletak kat bahagian bawah Gwanghwamun Square. Tempat nih adalah muzium yang mengisahkan tentang King Sejong dan juga Yi Sunshin. Kami sempat join tengok video 4D selama beberapa minit di dalam muzium nih yang menceritakan tentang Yi Sunshin. Selain daripada tu, kat dalam muzium nih jugak ada menunjukkan tentang sejarah penulisan Hangul. Kami dapat jugak tulis nama kami dalam tulisan hangul kat sini. Ada satu bahagian, kita perlu tulis nama kita dalam rumi macam biasa, kemudian staf mereka akan tuliskan nama kita dalam tulisan hangul. Kemudian, kita akan tulis semula nama kita dalam tulisan hangul dengan menggunakan kertas dan peralatan yang mereka sediakan. Lepas siap tulis, diorg akan cop dan kemudian terpulang pada kita untuk bawa balik atau tampal di bahagian pameran mereka. We olls sume bawak balik untuk jadikan kenangan.
Kemudian kami bertolak ke Cheonggyecheon Stream. And kebetulan gak masa kami pi sini ada lantern festival. so, syok la tengok banyak lantern ngan macam-macam design. Tapi kami sampai terlalu awai, so, kalau nak tengok diorg bukak lampu segala lantern nih, kami kene tunggu kol 7 malam. So, sementara menunggu kami singgah ke bangunan Korea Tourism Organization (KTO) yang xjauh daripada situ untuk solat.
pastu, kami pown gerak semula ke cheonggye stream tuh. tetibe tgh berjalan, diorg pown on lampu. cantik sgt suasana situ. org pown ramai giler.
last skali kami pi dinner di myeongdong. ni adalah last dinner kami di korea. so, kami decide nk abihkan masa kat myeongdong utk terakhir kalinyer lepas dinner nih.
Kemudian tour guide kami yang first datang ke myeongdong utk say bye2 n bgtau beberapa perkara untuk gerak balik esok. Sebab kami da xjumpe da esok. Esoknya akan ada transport mai amik n bawak kami ke airport.
Lepas jenjalan n shopping, kami balik hotel untuk packing2 barang. Lepas siap packing, kami decide nak keluar jenjalan sebab memasing kata xmau tido. Kami turun ke lobby n bergambar ngan semua staf mido hotel untuk jadikan kenangan. pastu kami keluar. Semua kedai da tutup yer, kat myeongdong pown da kosong da. Kami jenjalan jer la tgk suasana tgh malam kat sana. pastu kami balik hotel n rehat.
|
myeongdong da kosong. hehe |
Hari ke 8 iaitu hari kami balik, pagi tuh kami naik transport yang da ready utk bawak kami ke airport, kemudian sampai airport, settlekan tax refund, check in barang n then shopping sket utk abihkan duit tax refund tadi. pastu terbang ke KLIA2, n the terbang lagik ke Penang.
So, next post merangkap post terakhir pasai trip ke korea adalah Shopping Haul :)
Sekian, Assalamualaikum :)
Untuk maklumat lanjut:
Tour Guide kami:
Post berkaitan:
- .:Trip to Korea: Perancangan, Tiket, Pakej:.
- .:Trip to Korea:Tax refund, Tips dan Persiapan untuk Musim Autumn:.
- .:Trip to Korea Day 1: Namsan Seoul Tower:.
- .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Indoor Attractions):.
- .:Trip to Korea Day 2: Lotte World (Outdoor Attractions):.
- .:Trip to Korea Day 3: Ice Museum, Trick Eye Museum & 63 Building:.
- .:Trip to Korea Day 4: Kimchi Making Class, Itaewon, Ewha Women University & Cat Cafe:.
- .:Trip to Korea Day 5: Pengalaman naik ZipWire ke Nami Island:.
- .:Trip to Korea Day 6: Namdaemun, Namsangol Hanok Village & Dongdaemun Design Plaza:.
- .:Trip to Korea Day 7: Gyeongbokgung Palace, Insadong, Gwanghwamun Square & Cheonggyecheon Stream:.
- .:Trip to Korea: Shopping Haul:.