Bil Telefon
setiap pasangan harus berhubung antara satu sama lain. untuk itu, telefon atau telefon bimbit amat diperlukan. jika sebelumnya bil kamu setakat 20-30 ringgit. tetapi bila sudah dilamun cinta bilnya naik berganda-ganda. mungkin kamu boleh berjimat dengan menggunakan surat tetapi nampak kunolah sikit.
Kos Makan Minum
jika dulu kamu cuma makan sorang-sorang tapi sekarang dah jadi dua orang. maknenyer budget pon dah bertambah la kan. nak jimat? kamu bolehlah bayar asing-asing setiap kali makan bersama atau bawa sahaja bekal dari rumah setiap kali pergi dating...eem, nampak klasik lagi romantik kan...hehe
Masa
kalau dulu kamu mungkin banyak masa terluang. boleh lepak sorang-sorang, boleh lepak dengan kawan-kawan. tetapi sekarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pulak. mana nak temankan si dia shopping, tengok wayang, jalan-jalan dan sebagainya. memang memenatkan. kalau boleh buat trik terlupa utk selamatkan diri, tetapi nanti mungkn kamu terpaksa buang masa yang banyak pula untuk memujuk si dia yang merajuk.
Tambang
bagi yang tidak ada transport sendiri, tambang bas, teksi, komuter, LRT dan monorel pasti akan bertambah. manakala yang ada transport sendiri pula pastinya duit minyak akan melambung naik. maklumla susah nak menolak permintaan si dia yang ajak ke sana kemari. hanya ada satu cara nak jimatkan kos, iaitu jalan kaki tetapi kalau buat selalu, lepas nih mungkin kamu akan jalan sorang-sorang. si dia ikut atau cari yang lain.
Pakaian
kamu terpaksa keluarkan lebih belanja untuk beli pakaian baru. si dia tentu tidak suka jika kamu berpakaian selekeh atau ala kadar sahaja. tambah pening jika si dia hendak kamu berpakaian mengikut citarasanya yang tinggi. tambah-tambah pening bila si dia meminta kamu belikan pakaian untuknya pula.
Hadiah
setiap kali harijadi si dia atau hari ulangtahun percintaan kamu berdua, sudah pastinya kamu terpaksa menyediakan hadiah untuknya. kalau mahu beri hadiah yang murah-murah tentunya si dia kecewa tetapi kalau bg hadiah yang mahal tidak mampu pula. bukan setakat hadiah sahaja yang mahu disediakan malah kene juga belanja makan di tempat yang istimewa. memang perlu keluarkan belanja yang banyak...
Saturday, February 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment