JellyPages.com

Sunday, August 24, 2014

~Unbagging Bag Of Love July/August~

Assalamualaikum.
For the first time kali nih i olls nak post tentang produk n for the first time jugak i olls subscribe bag of love ni. So, post kali ni lebih kepada first impression post tentang produk yang i olls dapat.

Firstly, for those yang tak tau tentang bag of love nih. Ia adalah bag yang kiter akan subscribe tanpa kiter ketahui apakah isi dalamnya. tapi yang pasti ia adalah produk kecantikan dan jagaan diri. So, sesiapa yang sukakan kepada surprise, leh la subscribe bag of love ini dengan harga RM39.90. Untuk lebih lanjut boleh la u olls pi ke website Bag of Love dan juga Facebook Bag of Love.

ok, jom tengok aper yang i olls dapat daripada Bag of Love ni k :)

Tadaaaa!! banyak kan :)
Ok, honestly i olls xpenah cube sume produk yang ader dalam bag nih. so, rase excited jugak nak try kan. so, antara sebab best nye subscribe beg nih adalah sebab kita dapat mencuba produk baru. kalau kita rasa sesuai dengan diri kita, baru kiter leh beli full-sized nyer.Kebanyakkan dalam beg nih bukan full sized nyer produk. Cuma satu produk sahaja yang full-sized. U olls dapat tengok dalam gambar kat atas nih i olls bukan hanya dapat produk je, tp dapat beg sekali dan beberapa voucher. So, berbaloi keluarkan RM39.90 setiap 2 bulan. gittuh...  

Dalam setiap beg yang dikeluarkan, mimi( owner bag of love) akan selitkan kad macam kat atas nih yang mengandungi basic info tentang produk-produk yang ader dalam bag ni. comel jer gambo katun tuh kan.. hehe.. Ok jom i olls tunjukkan satu persatu produk yang i olls dapat daripada bag of love ni.

Organic Cotton Levi's Bag

Suke sangat ngan material bag nih. n da dapat bayang da nak letak apa n guna untuk apa beg nih nanti. 


Nano White Clarifying Cleansing Milk (200ml, RM19.90)

my first impression on this product adalah, macam yang dikatakan kat belakang botol nano white nih, memang ia bantu untuk buang mekap dan bersihkan kulit muka kita tp kene kerja keras sikit la. kalau dilihat daripada gambar dekat bawah nih, i olls amik sikit n urut secara berputar kat kawasan mekap tuh tp agak susah nak ilang, lepas i olls kesat dengan kapas muka, baru ia hilang sepenuhnya. n yang paling i olls suke adalah bau die. seriously bau cleansing milk nih sangat fresh, rase macam xmo cuci da lepas tu. ia juga xwat kita rasa kulit kiter nih melekit. :)

Follow Me Sence Body Mist (Full-Sized, RM6.90)

sebelum nih i olls xpernah cuba minyak wangi ni lagi, tp rasenye i olls akan beli lagi lepas nih sebab suke sangat dengan bau dia yang tak terlalu kuat n tak juga memeningkan kepala. xpandai nak explain bau die camner tp bukan bau mcm buah n bukan jugak bau sweet.  ader love quote plak kat kotak die. Quote nyer camni:
"To love is to place our happiness in the happiness of another" - Robert A. Heinlein

O'slee Aqua Medi Refreshing Hydro Cream (50ml, RM79.88) 

O'slee aqua medi refreshing hydro cream nih adalah krim muka yer u olls. so, i olls nak sembang lebih pown takleh selagi tak cuba sendiri produk nih. yang pasti lepas cuba sikit kat tangan tadi, krim nih sangat cepat menyerap dalam kulit, tak meninggalkan kesan melekit n takder bau.

TruDtox (5 bags, RM 29.50)

TruDtox ni adalah teh yang membantu dalam proses membuang toksin dalam badan kita. so, caranya sama macam buat air teh biasa cuma jangan ditambah ape2 yer u olls.. minum begitu saje 2-3 kali seminggu. :)

DR.WU Intensive Renewal Toner with Mandelic Acid (150ml, RM109) & DR.WU Intensive Renewal Serum with Mandelic Acid (Price not available)

Dalam kad yang ader basic info tentang produk nih, sepatutnya i olls dapat lotion, bukan serum. tp atas sebab xcukup stok, bag of love gantikan dengan serum. Tp xpe, still daripada produk yang same. First time baca nama produk ni rase macam seriau la sket sbb ader perkataan "acid" di situ. So, i olls akan cube research dulu sebelum pakai sebab i olls kene faham dulu segalanya. Brand DR.WU ni katanya adalah number #1 cosmeceutical brand kat Taiwan. 

Aveda Damage Remedy Shampoo (250ml, RM112), Conditioner (200ml, RM112), Daily Repair (100ml, RM118) & Treatment (150ml, RM160)

Aveda damage remedy line nih adalah untuk rambut rosak, so, ia melindungi dan repair rambut kita yang rosak. i olls ader bace review yang mengatakan produk nih sangat bagus. so, i olls akan cube nanti. Daripada saiz tiub yang i olls dapat nih maybe dapat cuba dalam 2 atau 3 kali la kot kan. I olls cuba gak cium bau product nih n semuanya mempunyai bau yang sama, mcm bau herba or bau inai. Nih first impression nyer bau la. Nanti kalau da pakai akan dapat bau dengan lebih baik la kan. Selain daripada i olls dapat product nih, i olls dapat gak voucher RM50 daripada Aveda. Aveda nih xder kat johor. cuma ader kat Penang n KL sahaja. 

Bioderma Sensibio H20 (250ml, RM70.90)

Bioderma Sensibio H20 ni adalah makeup remover yang sesuai untuk kulit sensitif seperti yang dinyatakan dibelakang botol ni. U olls cuma perlu titiskan pada cotton pad dan kemudian sapu ke muka untuk menanggalkan mekap. yang paling best, u olls takyah bilas da. ok, kalau tengok pada gambar di bawah nih, dengan sekali swipe jer kiter boleh tengok banyak mekap yang hilang. Lepas tu i olls swipe lg beberapa kali untuk hilangkan sepenuhnya mekap pada tangan i olls tu. Suke sangat dengan bioderma ni sebab lebih mudah tanggalkan mekap, tiada bau, tak melekit dan tak berminyak. 


Voucher

3 voucher yang i olls dapat daripada beg ni iaitu daripada Make up For Ever, Aveda dan jugak Plincco. Yang paling wat i olls teruja adalah complimentary voucher daripada make up for ever tuh. almaklumla, i olls sangat suke mekap2 nih. hehe.

Kesimpulannya, i olls sangat suka dengan apa yang ada dalam bag ni. Hopefully Bag of love akan bagi produk-produk mekap pulak lepas ni. sekarang nih pown da seronok, kalau ader barang mekap mesti lagi giler seronok. yang penting i olls akan subscribe lagi bag of love untuk bulan sept/okt akan datang. 

Thanks Bag Of Love.

Wednesday, March 12, 2014

Ummiku Sayang


Tajuk: Ummiku Sayang
Oleh: Norzilla binti Jamaludin
...........................................
Ummiku sayang,
Kau membesarkanku dengan sedaya upaya,
Tanpa mengenal erti penat dan lelah,
Terus berusaha tanpa mengalah,
Untuk diriku menjadi insan berguna kelak.
...........................................
Ummiku sayang,
Kau penenang di kala duka,
Kau pengubat diwaktu sakit,
Kau inspirasi dikala buntu,
Kau pembimbing dikala tersasar,
Engkaulah segalanya untuk diriku.
..........................................
Ummiku sayang,
Kau sumber kebahagiaanku,
Tanpa dirimu, siapalah aku.
Senyummu membawa keceriaan,
Doamu memberi cahaya keberkatan.
...........................................
Ummiku sayang,
Pengorbananmu tidak terbalas,
Memberikan kebahagiaan tanpa batasan,
Engkaulah syurga yang aku miliki.
...........................................
Terima kasih ummiku sayang,
Atas segalanya yang telah dilakukan,
Hanya tuhan dapat memberi ganjaran.
...........................................
Hasil nukilan hati nih dibuat khas untuk mak,
Selamat hari lahir yang ke 57 tahun mak   
I love you so much
Semoga dipanjangkan usia, 
Diberikan kesihatan yang baik, 
Dimewahkan rezki,
Dipermudahkan segala urusan,
Dirahmati dunia dan akhirat.
Amin~




Tuesday, December 31, 2013

.:Resepi Korea:Hoddeok:.

Assalamualaikum,

Hari nih, saya baru jer cuba satu lagi makanan korea. namanya hoddeok. Hoddeok nih salah satu makanan yang selalu dijual ditepi2 jalan kat korea. Kalau siapa yang biasa follow hanis zalikha nyer instagram mesti penah nampak hanis zalikha makan bende alah nih mase kat korea. Peminat2 korea pown mesti ader yang tau makanan nih. :)

Okeh, jom la tgk resepinye.

Bahan-bahan (doh)

  • 2 cawan air suam*
  • 4 sudu besar gula*
  • 4 sudu teh yis serbuk*
  • 1/2 sudu teh garam*
  • 2 sudu minyak sayuran*
  • 4 cawan tepung gandum
Bahan-bahan (filling)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu teh cinnamon powder
  • 4 sudu besar walnut cincang
Cara-cara
  • Masukkan air suam, gula, yis, garam dan minyak sayuran di dalam mangkuk dan kacau sehingga semua larut.
  • Kemudian masukkan tepung gandum dan uli adunan tersebut. Jika adunan masih melekat dijari atau disenduk, sila tambahkan tepung sehingga ia tidak melekat. Uli doh tersebut.
  • Kemudian tutup doh tersebut dan rehatkan selama 1 jam. Doh akan menjadi dua kali ganda drpd saiz asal.
  • Sementara doh direhatkan, campur semua bahan2 filling tadi dan ketepikan.
  • Setelah doh direhatkan selama satu jam, uli doh tersebut lagi. 
  • Selepas diuli, bentukkan doh menjadi beberapa bebola bersaiz sederhana seperti pau.
  • Kemudian leperkan bebola tersebut dan letakkan filling ditengah2nya dan bentukkan kembali menjadi bebola. Ia akan jadi seperti gambar di bawah ini.
  • Panaskan nonstick pan dan letakkan sedikit minyak. Letakkan bebola tadi di dalam kuali dan biarkan selama 30 saat dengan api yang kecil. 
  • Kemudian balikkan bebola tadi dan tekan ia sehingga menjadi leper.
  • Balik2kan hoddeok tadi sehingga keperangan dan masak.
  • Hidangkan dan makan.
tadaaaa siap.. :)

Hoddeok nih lebih sedap kalau di makan masa panas. Bentuk hoddeok nih akan jadi seperti pancake. Tetapi ader beberaoa perbezaan antara pancake ngan hoddeok nih. Perbezaannya adalah hoddeok nih lebih garing manakala pancake lebih fluffy. Lagi satu pancake nih syrup di luar tetapi hoddeok nih syrup nyer di dalam. 

Daripada segi rasa pulak, of course manis n ader rasa cinnamon. Kalau xsuke rasa cinnamon yang kuat, leh kurangkan cinnamon powder tuh. N yang bestnyer ader walnut dlm filling tuh. Pasnih kalau wat lg nak letak bebanyak sket filling die, biar menjejes keluar biler gigit... heheh...

So, selamat mencuba u olls... :)



Sunday, December 29, 2013

.:Resepi: Fried Oreo:.

Assalamualaikum,

Resepi yang akan di share pada post kali nih dipanggil Fried Oreo atau oreo goreng. biasanya kiter dapat tengok yang biskut oreo nih mmg digunakan dalam pelbagai jenis kek , puding dan sebagainya. so, kali nih, kiter goreng pulak biskut oreo nih. sebelum tuh, saya nak share gambar fried oreo yang dah siap.
tadaaaaa!!!!

Ok, jom tengok resepi.

Bahan-Bahan

  • Tepung penkek (saya gunakan brand nona yang perisanya original)
  • Biskut oreo
  • sebiji telur
  • air susu kotak full cream
  • gula icing
Cara-cara
  • Panaskan minyak di dalam kuali (api sederhana). kemudian campurkan tepung penkek, telur dan susu di dalam mangkuk dan kacau rata. pastikan adunan tidak terlalu cair. jika terlalu cair, sila tambahkan tepung.
  • kemudian, celupkan biskut oreo ke dalam adunan tadi dan goreng di dalam kuali. 
  • then, selepas diangkat daripada kuali, biarkan seketika dan taburkan icing sugar di atasnya. 
  • sedia dihidangkan dan dimakan.
Selamat mencuba.

bentuk fried oreo nih akan jadi seperti pau sambal. apabila dimakan, biskut oreo tadi tidak rangup tapi teksturnya menjadi seperti kek. lembut jer.. :)

p/s: saya buat main campak2 jer bahan. so, mmg xingat sukatan die berapa. sorry :)



Sunday, September 8, 2013

~Resepi Okonomiyaki~

assalamualaikum n salam sejahtera.

Seperti yang dijanjikan daripada post yang sebelum nih. kali nih nak bagi resepi sejenis makanan jepun yang dipanggil Okonomiyaki. Apekebendenye okonomiyaki nih? okonomiyaki nih kalau kiter nak samakan dengan makanan melayu, dia boleh disamakan dengan jemput-jemput. u olls tau kan jemput2 camner tp masih ader perbezaan iaitu daripada segi bahan, saiz dan rasa.  Ader jugak orang panggil okonomiyaki nih sebagai pizza jepun. walaupun topping die xla mcm pizza kan.. :)

Sebelum nak share nih of course la da rase n cuba wat. siap bagi family n kengkawan rasa lagik n diorg sangat2 suke. i olls lagik la suke.. hehe. Ok, Sebelum nak bagitahu bahan-bahan bagai, nak share gambar okonomiyaki kat korang sume dulu supaya terliuq. hehe..

nih jer la gambo yang paling ok dalam banyak2.. almaklumla bukan profesional kan.. heheh, tau wat n makan jer.
Okeh, resepi die pulak. caranya mudah jer, mcm mana korang agak2 untuk letak tepung bagai untuk masak jemput2 tuh, camtuh la caranya iaitu main agak2 jer.. okeh. jom tengok resepi n gambar-gambar yang berkaitan:

Bahan-Bahan

  • 6 biji telur (ya mmg banyak sbb xbanyak guna tepung)
  • Secawan tepung gandum (leh tambah kalau terlalu cair)
  • Udang, sotong, Chicken fingers, sosej, isi ketam, dan ape2 bende lain yang ingin di tambah (potong kecik,)
  • Sayur kobis di potong halus-halus
  • carrot pown di sagat panjang-panjang n halus. (nanti leh tgk gambar kat bawah)
  • garam secukup rasa
  • Ajinamoto
  • Air (jika perlu, tambah sikit2. tapi selalunya saya xletak sbb udang sotong n ayam pown da cukup berair)
Topping
  • Mayonis
  • Cili Sos
Cara-caranya
  • Memule gaul-gaulkan sayur kobis dan carrot yang da di potong n sagat halus tadi mcm dalam gambar di bawah.

dpt wat lagi halus, lg best k :) n FYI, sayur memang banyak giler n melebihi segala-galanya yang lain. so, kalau korang mkn tuh mmg rase sayur banyak.
  • Pastu pecahkan telur di dalam mangkuk lain. kacau sampai kuning n putih telur sebati dan masukkan dalam mangkuk kobis dan carrot td. Lepas tu, gaul la sayur n telur tu.
  • Kemudian masukkan tepung dan gaul rata lagik. 
  • Then, biler da abih gaul. masukkan sume bahan-bahan mentah yang basah td iaitu sotong, udang, ayam dan sebagainya tuh. kacau la mcm kiter kacau adunan jemput2 selalu kan.pastu letak garam dan ajinamoto secukup rasa.
  • Pastu adunan nih akan jadik mcm dlm gambar kat bawah ni.


  • Selepas tu, mula lah kiter menggoreng dengan menggunakan kuali yang non-stick n gunakan minyak yang sikit jer k. n api kecik jer k kalau x, nnt dalam kurang masak.
  • mase nak goreng tuh sendukkan sedikit n bentukkan die jadi bulat mcm pizza. kalau nak lebih mudah, leh pi daiso or mana-mana yang ader jual alat utk bentukkan pancake tuh. leh gunakan yang tuh jugak. Die akan jadi mcm dalam gambo kat bawah ni.
yang nih kalau nak wat standard jer iaitu bulat-bulat

yang nih wat lain sket, bentuk heart :)
  • Lastly biler da siap goreng, kiter leh hias kat atas die ngan sos n mayonis ikut kemahuan n kreativiti u olls. Ader sesetengah orang lain akan letak seaweed pastu letak bonito flakes dan sebagainya.
  • n leh makan panas2 baru sedap.. :)
Kalau nak diikutkan kat jusco ader jual tepung khas untuk wat okonomiyaki dan ader sos okonomiyaki nya yang tersendiri tp saya xgunakan sbb keraguan. so, gunakan bahan yang kiter xragu2 yer :)
 Okonomiyaki nih leh wat untuk makan sarapan pagi or minum petang. Ader yang makan okonomiyaki ngan nasi plak wat lauk. Terpulang pada masing-masing.

So, selamat mencuba u olls :)

Assalamualaikum.