JellyPages.com
Showing posts with label mari memasak. Show all posts
Showing posts with label mari memasak. Show all posts

Sunday, September 8, 2013

~Resepi Okonomiyaki~

assalamualaikum n salam sejahtera.

Seperti yang dijanjikan daripada post yang sebelum nih. kali nih nak bagi resepi sejenis makanan jepun yang dipanggil Okonomiyaki. Apekebendenye okonomiyaki nih? okonomiyaki nih kalau kiter nak samakan dengan makanan melayu, dia boleh disamakan dengan jemput-jemput. u olls tau kan jemput2 camner tp masih ader perbezaan iaitu daripada segi bahan, saiz dan rasa.  Ader jugak orang panggil okonomiyaki nih sebagai pizza jepun. walaupun topping die xla mcm pizza kan.. :)

Sebelum nak share nih of course la da rase n cuba wat. siap bagi family n kengkawan rasa lagik n diorg sangat2 suke. i olls lagik la suke.. hehe. Ok, Sebelum nak bagitahu bahan-bahan bagai, nak share gambar okonomiyaki kat korang sume dulu supaya terliuq. hehe..

nih jer la gambo yang paling ok dalam banyak2.. almaklumla bukan profesional kan.. heheh, tau wat n makan jer.
Okeh, resepi die pulak. caranya mudah jer, mcm mana korang agak2 untuk letak tepung bagai untuk masak jemput2 tuh, camtuh la caranya iaitu main agak2 jer.. okeh. jom tengok resepi n gambar-gambar yang berkaitan:

Bahan-Bahan

  • 6 biji telur (ya mmg banyak sbb xbanyak guna tepung)
  • Secawan tepung gandum (leh tambah kalau terlalu cair)
  • Udang, sotong, Chicken fingers, sosej, isi ketam, dan ape2 bende lain yang ingin di tambah (potong kecik,)
  • Sayur kobis di potong halus-halus
  • carrot pown di sagat panjang-panjang n halus. (nanti leh tgk gambar kat bawah)
  • garam secukup rasa
  • Ajinamoto
  • Air (jika perlu, tambah sikit2. tapi selalunya saya xletak sbb udang sotong n ayam pown da cukup berair)
Topping
  • Mayonis
  • Cili Sos
Cara-caranya
  • Memule gaul-gaulkan sayur kobis dan carrot yang da di potong n sagat halus tadi mcm dalam gambar di bawah.

dpt wat lagi halus, lg best k :) n FYI, sayur memang banyak giler n melebihi segala-galanya yang lain. so, kalau korang mkn tuh mmg rase sayur banyak.
  • Pastu pecahkan telur di dalam mangkuk lain. kacau sampai kuning n putih telur sebati dan masukkan dalam mangkuk kobis dan carrot td. Lepas tu, gaul la sayur n telur tu.
  • Kemudian masukkan tepung dan gaul rata lagik. 
  • Then, biler da abih gaul. masukkan sume bahan-bahan mentah yang basah td iaitu sotong, udang, ayam dan sebagainya tuh. kacau la mcm kiter kacau adunan jemput2 selalu kan.pastu letak garam dan ajinamoto secukup rasa.
  • Pastu adunan nih akan jadik mcm dlm gambar kat bawah ni.


  • Selepas tu, mula lah kiter menggoreng dengan menggunakan kuali yang non-stick n gunakan minyak yang sikit jer k. n api kecik jer k kalau x, nnt dalam kurang masak.
  • mase nak goreng tuh sendukkan sedikit n bentukkan die jadi bulat mcm pizza. kalau nak lebih mudah, leh pi daiso or mana-mana yang ader jual alat utk bentukkan pancake tuh. leh gunakan yang tuh jugak. Die akan jadi mcm dalam gambo kat bawah ni.
yang nih kalau nak wat standard jer iaitu bulat-bulat

yang nih wat lain sket, bentuk heart :)
  • Lastly biler da siap goreng, kiter leh hias kat atas die ngan sos n mayonis ikut kemahuan n kreativiti u olls. Ader sesetengah orang lain akan letak seaweed pastu letak bonito flakes dan sebagainya.
  • n leh makan panas2 baru sedap.. :)
Kalau nak diikutkan kat jusco ader jual tepung khas untuk wat okonomiyaki dan ader sos okonomiyaki nya yang tersendiri tp saya xgunakan sbb keraguan. so, gunakan bahan yang kiter xragu2 yer :)
 Okonomiyaki nih leh wat untuk makan sarapan pagi or minum petang. Ader yang makan okonomiyaki ngan nasi plak wat lauk. Terpulang pada masing-masing.

So, selamat mencuba u olls :)

Assalamualaikum.


Thursday, April 11, 2013

Makaroni 2 in 1:)

Assalamualaikum w.b.t.

Atas permintaan beberapa orang kengkawan kat facebook, hari nih nak post resepi makaroni bakar. Nak post resepi makaroni bakar, tapi kenapa tajuk makaroni 2 in 1 plak... hehehe, sebenarye letak tajuk camtu sebab memule kiter akan wat makaroni goreng dulu baru baru wat makaroni bakar. Ok, xmau nak bebel lebih2 jom tgk resepi. Sblm tuh, resepi nih utk 10 orang mkn tau.. hehe



Bahan-bahan

  • 680 gram sos prego (botol besar)
  • 500 gram Macaroni 
  • 4 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 biji red capsicum (potong dadu)
  • 3 biji tomato (potong dadu)
  • 3 lada merah 
  • Cendawan butang (ikut suka nak banyak mana)
  • Udang 
  • Daging kisar (boleh ditukar dengan daging ayam kisar)
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk oregano
  • Mozarella,cheddar n parmesan cheese.
  • Garam
  • Ajinamoto
  • 10 biji telur
  • Sayur campur (carrot,kacang peas n jagung)
  • Pati ikan bilis
Cara-cara
  • Didihkan air di dalam periuk, masukkan sesudu minyak dan sedikit garam. Bila air dah mendidih, masukkan makaroni. Apabila makaroni sudah masak, toskan dan letak tepi.
  • Kemudian Tumis bawang putih dan bawang besar di dalam kuali sampai naik bau, kemudian masukkan pati ikan bilis. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan daging kisar dan kacau sehingga masak n masukkan sos prego. Lebihan sos dlm botol jgn terus buang, masukkan air dan goncang n masukkan dlm kuali :).
  • Kemudian masukkan udang, gaul sampai mendidih. Masukkan garam n ajinamoto secukup rasa.
  • Pastu masukkan cendawan, capsicum, sayur campur n lada merah. Gaul dan gul dan gaul.. :) 
  • Lastly masukkan tomato dan macaroni. Gaul2 rata n tutup api
  • Dah jadi makaroni goreng. Kalau da xnak wat makaroni bakar, leh la terus makan jer makaroni goreng nih k. kalau nak wat makaroni bakar, teruskan step seterusnya.
  • Pecahkan sepuluh biji telur di dalam mangkuk, masukkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Pukul telur tu sampai sebati.
  • Masukkan makaroni goreng td ke dalam satu bekas n masukkan telur yang dah dipukul td dan gaul rata. 
  • Ambil loyang dan masukkan makaroni yang dah digaul dengan telur itu. Taburkan cheese di atas sampai penuh n xnampak makaroni kat bawah k.
  • Pastu, masuk dalam oven dan bakar. Nak bgtau bape lame n bape suhu nih xpandai la plak sbb pakai dapur manual jer... so main agak2 jer td. Sorry yer.. huhuhu..

Selamat mencuba :)