JellyPages.com
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Sunday, March 1, 2009

~SmS CiNtA~

  1. aku mencintaimu bukan kerana kecantikanmua. aku mencintaimu bukan kerana kehangatan cintamu. aku mencintaimu bukan kerana cintamu. aku mencintaimu kerana cinta itu kamu.
  2. aku membencimu kerana kamu mencintaiku. dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu. kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu.
  3. cinta dilahirkan oleh adam dan hawa. diperluaskan oleh rama dan sita. dibawa mati oleh romeo dan juliet serta dibangkitkan kembali oleh aku dan dia.
  4. kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu cinta padaku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu cinta padaku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu.
  5. untuk apa adanya hari v-day? bukan untuk mengingati hari tersebut tetapi untuk kau mengingatiku serta menunjukkan penghargaan kau padaku. sekurang-kurangnya ia berlaku setahun sekali.
  6. seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja kutemui berjaya menambat hatiku. tidak ada dua dan tiganya. biarpun kamu hanya manusia biasa sahaja.
  7. kehadiranmu menyinari hidupku. kehangatan cintamu mengubati sepiku. kelembutanmu mengubat lukaku. kemanjaanmu adalah penawar resahku.
  8. antara kita ibarat langit dengan bumi. ramai yang mentertawakan apabila kita bersama. namun mereka sebenarnya buta melihat rahsia disebalik kekurangan dirimu. biarlah hanya aku sahaja tahu kerana hanya aku sahaja yang ingin hidup di sampingmu.
  9. kejayaan kau memilikiku bukan kerana ketampanan, kekayaan dan pangkat yang engkau miliki tetapi kekurangan yang ada dalam dirimu terlalu sedikit berbanding dengan lelaki yang lain.
  10. berjuanglah berhabis-habisan untuk merebut cintamu kerana peluang itu hanya datang sekali seumur hidup. sekali cinta itu pergi selama-lamanya ianya tidak akan kembali lagi.

Saturday, February 28, 2009

~30 PeRkArA RoMaNtIk~

1. menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama
2. berduaan berjalan di dalam hujan
3. berjalan berpegangan tangan
4. bunga ros dijadikan sebagai simbol cinta kamu dan si dia
5. kenalpasti wangian atau perfume kegemaran si dia dan memakainya setiap kali bersama
6. berjalan menyusuri pantai di tengah malam
7. menulis puisi cinta buat si dia
8. pelukan penawar kesedihan yang paling mujarab
9. saling bertukar hadiah, bunga, coklat setiap kali bertemu
10. katakan padanya si dia adalah kekasih yang kamu impi-impikan
11. sentiasa meluangkan waktu bersama
12. dengan penuh mesra angkat dagunya, pandang matanya dan katakan kamu menyintainya
13. letakkan sekeping nota di poketnya tanpa dia sedari
14. belikan dia seutas cincin istimewa tanda cinta kamu dan dia
15. menyanyikan lagu cinta untuk sidia
16. makan malam bersama dalam suasana yang penuh romantik
17. pegang tangannya, pandang tepat pada matanya, cium tangannya dan letakkan dihati kamu
18. menari bersama-sama
19. pinjamkan bahumu setiap kali si dia dalam kesedihan
20. satu hari cuba kamu hubungi lima minit sekali dan katakan kamu terlalu merinduinya
21. berkongsi impian bersama si dia
22. jadi prince charming untuk orang tuanya
23. keluar dengan teman-temannya
24. bawa si dia menonton filem romatik kegemarannya
25. sentiasa belajar dari kesilapan dan tidak pernah mengulang kesilapan yang sama kedua kali
26. sentiasa memberitahunya perasaan kamu ketika si dia disisimu
27. sanggup berkorban apa jua demi melihat si dia sentiasa tersenyum
28. belajar meluahkan perkataan-perkataan yang indah dalam bahasa lain dan tunjukkan perkataan tersebut untuk si dia
29. sentiasa melindungi si dia andai ada yang cuba bersikap kasar
30. tidak pernah lupa untuk memberi kucupan selamat malam dan ucapan sweet dream.

~MoDaL CiNtA~

Bil Telefon
setiap pasangan harus berhubung antara satu sama lain. untuk itu, telefon atau telefon bimbit amat diperlukan. jika sebelumnya bil kamu setakat 20-30 ringgit. tetapi bila sudah dilamun cinta bilnya naik berganda-ganda. mungkin kamu boleh berjimat dengan menggunakan surat tetapi nampak kunolah sikit.

Kos Makan Minum
jika dulu kamu cuma makan sorang-sorang tapi sekarang dah jadi dua orang. maknenyer budget pon dah bertambah la kan. nak jimat? kamu bolehlah bayar asing-asing setiap kali makan bersama atau bawa sahaja bekal dari rumah setiap kali pergi dating...eem, nampak klasik lagi romantik kan...hehe

Masa
kalau dulu kamu mungkin banyak masa terluang. boleh lepak sorang-sorang, boleh lepak dengan kawan-kawan. tetapi sekarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pulak. mana nak temankan si dia shopping, tengok wayang, jalan-jalan dan sebagainya. memang memenatkan. kalau boleh buat trik terlupa utk selamatkan diri, tetapi nanti mungkn kamu terpaksa buang masa yang banyak pula untuk memujuk si dia yang merajuk.

Tambang
bagi yang tidak ada transport sendiri, tambang bas, teksi, komuter, LRT dan monorel pasti akan bertambah. manakala yang ada transport sendiri pula pastinya duit minyak akan melambung naik. maklumla susah nak menolak permintaan si dia yang ajak ke sana kemari. hanya ada satu cara nak jimatkan kos, iaitu jalan kaki tetapi kalau buat selalu, lepas nih mungkin kamu akan jalan sorang-sorang. si dia ikut atau cari yang lain.

Pakaian
kamu terpaksa keluarkan lebih belanja untuk beli pakaian baru. si dia tentu tidak suka jika kamu berpakaian selekeh atau ala kadar sahaja. tambah pening jika si dia hendak kamu berpakaian mengikut citarasanya yang tinggi. tambah-tambah pening bila si dia meminta kamu belikan pakaian untuknya pula.

Hadiah

setiap kali harijadi si dia atau hari ulangtahun percintaan kamu berdua, sudah pastinya kamu terpaksa menyediakan hadiah untuknya. kalau mahu beri hadiah yang murah-murah tentunya si dia kecewa tetapi kalau bg hadiah yang mahal tidak mampu pula. bukan setakat hadiah sahaja yang mahu disediakan malah kene juga belanja makan di tempat yang istimewa. memang perlu keluarkan belanja yang banyak...