- aku mencintaimu bukan kerana kecantikanmua. aku mencintaimu bukan kerana kehangatan cintamu. aku mencintaimu bukan kerana cintamu. aku mencintaimu kerana cinta itu kamu.
- aku membencimu kerana kamu mencintaiku. dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu. kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu.
- cinta dilahirkan oleh adam dan hawa. diperluaskan oleh rama dan sita. dibawa mati oleh romeo dan juliet serta dibangkitkan kembali oleh aku dan dia.
- kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu cinta padaku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu cinta padaku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu.
- untuk apa adanya hari v-day? bukan untuk mengingati hari tersebut tetapi untuk kau mengingatiku serta menunjukkan penghargaan kau padaku. sekurang-kurangnya ia berlaku setahun sekali.
- seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja kutemui berjaya menambat hatiku. tidak ada dua dan tiganya. biarpun kamu hanya manusia biasa sahaja.
- kehadiranmu menyinari hidupku. kehangatan cintamu mengubati sepiku. kelembutanmu mengubat lukaku. kemanjaanmu adalah penawar resahku.
- antara kita ibarat langit dengan bumi. ramai yang mentertawakan apabila kita bersama. namun mereka sebenarnya buta melihat rahsia disebalik kekurangan dirimu. biarlah hanya aku sahaja tahu kerana hanya aku sahaja yang ingin hidup di sampingmu.
- kejayaan kau memilikiku bukan kerana ketampanan, kekayaan dan pangkat yang engkau miliki tetapi kekurangan yang ada dalam dirimu terlalu sedikit berbanding dengan lelaki yang lain.
- berjuanglah berhabis-habisan untuk merebut cintamu kerana peluang itu hanya datang sekali seumur hidup. sekali cinta itu pergi selama-lamanya ianya tidak akan kembali lagi.
What Makes a Trip to Singapore Worthwhile?
1 year ago
No comments:
Post a Comment