JellyPages.com

Sunday, December 12, 2010

alhamdulillah~

dengan lafaz bismillah~...

YAHOOOOOO!!!!! kereta dah sampai.. hehehe... happy sangat.. tak terkate rase happynye.. nervous pun ade jugak, first time bawak kerete setelah mengalami trauma apabile dengan tak sengaje nye melanggar motor mamat rambut tegak memakai rantai besi.. huhuhu... tapi tu kes kat johor, ini sekarang dekat changloon.. so.. boleh survive kot!.. huhu..

first day je dah kene amik mak esah.. perempuan kampung dari tanjung malim. dah la bawak beg banyak. gigih angkut sorang2. hish.. nasib baik la die kuat walaupun gembeng.. huhuhu.. kire die la penumpang pertame nomie. family yang lain plak, insyaALLAH ade peluang jugak naik jumaat nI.

jumaat ni nak g sungai petani plak.. ade majlis perkahwinan sepupu.. anak mak nik yang sulung. dah lame tak jumpe family belah sane.. n takde pengalaman pun drive jauh2.. walaupun mak esah ade kat sblah, die bukan boleh harap. mesti die mbebel sepanjang jalan, terkumat kamit mulut membace segale ayat2 yang die tau.. nape ntah die tu.. huhu..

ape pun.. diharapkan perjalanan ke sungai petani nnt selamat dan lancar saje hendaknye.. Aminnnnn~~~~~



yang gigih menaip: MAK ESAH.

Saturday, July 3, 2010

Resepi Ayam Rica-rica

salam,
post kali ni lak adalah resepi daripada seberang yang nomie sgt suke.... slalu nomie n the geng pi makan kat sebuah restoren indonesia kat USM dulu...tp skang restoren tu da tutup da.... stiap kali datang situ, feveret food yang nomie akan order adalah ayam rica2 nih...sampai ble datang restoren tuh mest diorg da tau da nomie nak makan aper...heheheh

ader beberapa resepi rica2 yang berlainan...so korunk leh cube la maner2 yang korunk lebih mudah nak wat k..

Ayam Rica Rica (resepi pertama)

bahan2:
  • 1kg ayam
  • 5 ulas bawang putih(kisar)
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 2 biji tomato dikisar halus
  • 2cm halia(kisar)
  • 3 batang serai (kisar)
  • 2 biji cili padi (ikut kepedasan yang korunk nak)(kisar)
  • 10 helai daun limau purut
  • garam secukupnya
  • minyak
  • limau nipis/lemon
cara menyediakannya:
  • ayam digoreng/direbus/dipanggang sehingga masak dan diketepikan
  • tumis semua bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan agak kering, garamnya.
  • bila bahan da agak kering, masukkan ayam tadi. tudung kuali dan biar seketika
  • bila dah agak kering, padam api dan perah limau nipis atau lemon
  • siap utk dihidang
  • kalau rajin, panggang lagi sekali baru perah dengan lemon.

Ayam rica-rica (resepi kedua)

bahan-bahan:

Bahan A (tumbuk kasar)
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 8 biji cili merah
  • 10-15 cili api
Bahan B
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • garam dan aji secukupnya
cara menyediakannya:
  • tumis bahan A
  • bila naik minyak masukkan tomato dan tambah sedikit air
  • masukkan serai dan daun limau purut
  • masukkan ayam tadi
  • kacau sehingga sebati dan agak kering kemudian tutup api dan hidangkan..

SELAMAT MENCUBE SEMUA..:D:D



Monday, June 21, 2010

.:Kek Coklat Lembap:.


salam,

resepi kali ni jugak adalah antara resepi yang family nomie n kawan-kawan nomie suke selain daripada kek batik biskut marie dan kek coklat yang sebelum nih...

resepi nih nomie dapat daripada tenet gak n cube wat sendiri...alhamdulillah menjadik dan da banyak kali gak buat..

so, resepinyer kat bawah nih k..

Kek Coklat Lembap

Bahan-Bahan:
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dengan 2 sudu kecil nescafe
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • coklat masakan yang dicairkan (topping)
Cara-cara:
  • pukul telur sehingga kembang
  • masukkan gula dan pukul lagi
  • masukkan minyak masak
  • ayak sodium bikarbonat, baking powder, serbuk koko dan tepung gandum dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan vanila essence, susu segar perasa coklat dan air yang telah dicampur dengan nescafe tadi.
  • gaul sehingga sebati
  • bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • utk toppingnya, coklat yang telah dicairkan dicurah ke atas kek yang telah siap dibakar tadi.

Bahan-bahan untuk wat kek nih pown senang nak dapat....nak buat pown xsusah dan xlamer.

SELAMAT MENCUBE.....

PASNI RESEPI MASAKAN DARIPADA INDONESIA...RICA-RICA...MY FAVORITE..


Saturday, June 19, 2010

.:Resepi Kek Coklat :.

Salam,

kali nih update nomie adalah resepi kek coklat yang slalu nomie buat... ader gak kengkawan yang nak resepi kek nih...sbb tuh nomie nak share kat sini supaya sume orang leh try wat kek yang sedap nih...:D:D:D


Bahan-bahan:
  • 250 gram tepung gandum
  • 250 gram gula icing
  • 250 gram marjerin
  • 70 gram koko
  • 1 sudu besar kopi
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 biji telur
  • 1 tutup esen vanilla
Cara-cara:
  • pukul marjerin dan gula icing sampai kembang
  • tapis tepung gandum, koko, kopi, soda bikarbonat 2 hingga 3 kali.
  • masukkan telur satu persatu dalam campuran gula dan marjerin tadi dan pukul sampai kembang. masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • masukkan adunan yang ditapis tadi sedikit demi sedikit berselang dengan air dan kacau rata.
  • kemudian masukkan dalam loyang dan bakar di dalam ketuhar....
utk kek nih, nomie ske letakkan coklat masakan yang telah dicairkan kat atas kek tu... sedappp sangat.....

SELAMAT MENCUBA SEMUA :D:D

AKAN DATANG KEK COKLAT LEMBAP PULAK YER....





Thursday, April 15, 2010

Kempen Kami Prihatin Harapan Tanpa Suara


salam,
entry kali ni adalah tentang Kempen Kami Prihatin...


kempen ini dianjurkan oleh utusan Malaysia dengan kerjasama kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat serta
stesen televisyen Astro Awani dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

kempen ini diadakan atas kepekaan terhadap isu pembuangan bayi dan penderaan bayi. nomie mmg sokong sangat dengan kempen ni.. diharapkan dengan adanya kempen ini timbul kesedaran dalam diri masyarakat untuk mengambil berat terhadap perkara yang berlaku disekeliling... dan apabila masyarakat terdengar, ternampak apa2 yang tidak diingini berlaku silalah hubungi talian Nur iaitu 15999.....


apabila ada kempen seperti ini, diharapkan juga pelbagai tindakan atau program yang lain diwujudkan untuk mengurangkan masalah ini daripada berlaku... apa yang penting adalah kepekaan dan tindakan yang sepatutnya dilakukan daripada masyarakat sekeliling...

lastly, sayangi anak anda, anak anda bukan boneka atau permainan... nyawa tidak ternilai harganya.....
atas tuh sume ayat skema...skang ayat xskema dari hati ni yang geram...
  • jangan ar korunk tambah dosa korunk dengan membunuh bayi yang tak bersalah tuh..
  • kalau korunk xnak bayi tuh, ramai lagik orang yang bersedia nak jaga baby tuh...
  • banyak tempat perlindungan bayi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sanggup amik baby tuh...
  • dosa korunk besar tau kalau membunuh nih... ingat la yer......
Skang hayati video klip harapan tanpa suara yang dinyanyikan oleh artis2 tanahair... melelh airmata ble hayati n tgk video nih...


Lirik lagu Harapan Tanpa Suara

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu S.Atan
Lirik Habsah Hassan

TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM NI.....