skip to main |
skip to sidebar
assalamualaikum kengkawan,
nomie macam tak sangka da nak abih da kiter blaja kat usm nih.. rasa mcm baru jer blaja n tak puas lagik dok kat usm nih... sayang sangat nak tinggalkan usm.. mcm nak berkhidmat balik ngan usm lak... kalau boleh xmo kuar.. tp nak wat camner, da tibe mase kiter meninggalkan usm.. ader pertemuan, ader la perpisahan..
perkara yang tak mungkin dilupekan adalah semasa berada kat usm nih, dengan kengkawan dan semua la. kat sini la nomie mule mempelajari pelbagai perkara dan melihat pelbagai karenah dan mengenali susah payah berada di universiti dan bergelar mahasiswa.. walau camne pon perkara nih merupakan proses pembelajran sepanjang kita hidup dan selagi kita hidup.
i'm going to miss my friends, lecturer and usm.. sshnye nak tinggalkan usm.. sbb tuh nomie abih exam 16hb april tp nomie balik 25hb april iaitu hari terakhir exam nant..
insyaallah nomie akan sambung masters kat usm lagik, so kengkawan yang sambung masters, kiter akan berjumpe nant yer...
adeh sedeynyer............
ini kenangan yang xmungkin nomie lupekan sebelum nomie menamatkan pengajian kat usm nih.. mcm xsangka poster nomie nih leh dapat anugerah platinum and bukan saje platinum tp diamond iaitu yang terbaik dalam kalangan yang dapat platinum... poster nih berkaitan dengan tanggungjawab sosial korporat. nomie wat tentang ambank group n bahulu cafe.
nih la poster yang menyebabkan nomie dapat anugerah diamond tuh.. simple jer... ramai yang wat cantik2...poster nih gak yang nomie wat sampai nanges2 n tak tido malam pastuh sampai demam2.. tension tuh.. tp berbaloi...hehee
nih nomie ngan lagik sorg ahli kumpulan nomie, azie.. name kumpulan kami adalah kamikawanbaik...ehehehe.. kami yang dapat anugerah diamond platinum..
mase nih ketaq n gemuruh gler nak amik sijil pasai org ramai gler dlm sk4 tuh... bukan dak sk jer tp dak2 management pon ader.. 2 pusat pengajian ader dalam tuh... peluh sejuk kuar... senyum pon takot2..hehehe
mase nih kump nomie kene lak berucap... dah la tak ready aper2 teks.. men hentam jer la mase tuh... nak tau tak aper ucapan nomie... bg ucapan selamat jer malm tuh...hehehe... ucapan die camnih..
"as'kum n slmt mlm, alhamdulillah ,firstly kami ingin ucapkan tahniah kepada sume kerana kami tahu kamu semua dah berpenat lelah dalam membuat poster nih, ader yang tak tido malam dan sebagainya. oleh itu, tahniah kepada kamu sume. (pastuh nomie tarik nafas panjang n lepaskan saje jer depan mic...hehe, semua dok gelakkan nomie n tepuk tangan. sebenarnyer nak ilangkan nervous tp diorg ingatkan nomie melepaskan kepenatan dan lega lepas sume assignment tuh siap.. lecturer pon gelak..lupe ader mic kat depan, terlepaskan nafas kat situ lak...) an then, terima kasih kepada dr. reevany kerana memberikan kerjasama dalam melakukan projek ini, kepada ambank group dan bahulu cafe (walaupon diorg xder pon), kepada rakan2 yang banyak membantu especially cik raidah(roomate nomie, die dapat platinum gak..roomate same2 bekerjasama).. lastly, tahniah utk sume kerana berjaya menghasilkan poster2 yang cantik2 belake... azie, nak tambah lagik ker?"
azie pon tambah " xlupe jugak kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini."
itulah die ucapan kami...yang disediakan dalam keadaaan kelamkabut n dibuat pada mase tuh gak...
nomie ngan pemegang anugerah silver, ea n ummi...
kenangan ini bawak seribu kemanisan... sukenyerrrrrrrr..... tp yg xbestnyer, ble nomie lalu kat sume org bau minyak wangi semerbak pasal minyak wangi nomie tumpahhhhhhhhh...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... nih pon xleh lupe gak... nak bli lagik mahal, baru pakai sket.... huhuhuhu skang da tinggal botol jer...huhuhu...lastly tahniah pada sume kengkawan nomie...that's all ok...daaaaa...as'kum
Suami bin Lelaki
No. 99 Jalan Todak,
Taman Seri Tenggara,
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan.
Isteri binti Perempuan
No. 99 Jalan Todak,
Taman Seri Tenggara,
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan.
31 April 2007
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki
ps: berani ker lakik bagi nih??